Wednesday, January 6, 2010

Gua Taiko.



As mentioned in the last post, aku baru start main Taiko no Tatsujin. First time main dekat Jusco Balakong. Version 8. Memandangkan Isnin lepas adalah hari persekolahan pertama, Jusco adalah tidak ada orang. Pukul 1030 pagi aku dah terpacak dekat playland budak-budak yang sempit itu.

Malangnya cashier token itu adalah tidak terdapat di kaunter. Dia seorang perempuan sedang sibuk membulu ayam mesin-mesin game di situ. Lima minit pusing-pusing kat dalam tu takde pun dia nak pandang aku walaupun telah aku buat muka kesian paling hebat. Jadi aku mengambil keputusan untuk makan kepci dulu.

Setelah makan kepci aku kembali dan berjaya la menukar uwang kepada token. Oleh kerana tak ada orang, jadi dengan penuh bergaya dan keberanian aku pergi la ke mesin yang selalu di mainkan oleh loli-loli U-8 itu. Kayu ketuk itu adalah berdaki dan kelihatan sungguh unhygienic.


Wasshoi wasshoi wasshoi!!!

Masuk duit sekali keluarla menu-menu bahasa Jepun. Tak paham Kanji. Tapi Katakana & Hiragana boleh baca lagi walaupun font dia nampak macan semua tulis Kanji. Jadi dengan guide yang diberi oleh Encik Muiz Mediaposter melalui SMS dan sedikit pengetahuan dapat la main. 1P Purei cam tu la untuk single player. Pastu ntah skrin apa keluar ntah. Tapi ada tulis "むずかしい - muzukashii" iaitu susah, jadi 2 option yang tengah dan kiri sekali tu pasti untuk difficulty easy dan medium. Amik easy dulu sekali dia masuk tutorial yang comel itu. Peluh mengalir, cepat2 ketuk kasi exit dari tutorial yang boleh memusnahkan kemachoan diri itu. <--Example English tutorial. Yang arcade dalam Japanese dan tak sama ini untuk PS2.

Lepas tu main la dalam RM5. Boleh la dikira sebagai game yang fun. Tetapi sekiranya sudah boleh main level yang lebih mencabar pasti lebih mantap. Eye-hand coordination masih berterabur berbanding eye-foot coordination yang lebih berpengalaman setelah bermain DDR.


Jika nak compare dengan DDR, Taiko ini lebih mahal, RM1 untuk 2 lagu berbanding DDR RM1 untuk 5 lagu. Tetapi lagu-lagu dalamnya lebih familiar seperti lagu Opening Doraemon, lagu Mario, Otsuka Ai - Sakuranbo, lagu Linda Linda etc. Tetapi dari aspek kesihatan & fitness, aku tetap rekemenkan DDR yang pasti membuatkan anda basah kuyup dengan peluh & short on breath dengan hanya RM1. Taiko lebih mudah didapati dan agak popular yang mana mesti ada orang main game ini kalau ada. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke dewasa 74 tahun.

Tetapi adalah elok bermain kedua-duanya sekali kerana DDR tidak menggunakan tangan melainkan untuk imbangan. Jadi dengan bermain keduanya, satu badan akan berfungsi dengan baik.

Selepas main dan ingin pulang, kelihatan cashier itu sibuk menyapu lantai dan seorang Ah So mencuri gula-gula di kaunter dan memberi contoh yang baik kepada anaknya.


No comments: