Wednesday, January 13, 2010

Max level at Farmville.

Sekarang, bila masuk je Farmville kat Facebook, aku akan gelak macam nih;





Ini adalah kerana aku dah sampai maximum level kat game itu iaitu level 70.

Aku start main game nih awal semester akhir kat Uniten circa July 2009 setelah dihasut oleh Encik Faeez Bakri yang dok risau petang-petang nak harvest berryz semasa dalam kelas Data Network Architecture.



Masa start main, ada promotion apa-nama-berryz ntah yang sangat murah, sangat cepat tumbuh dan banyak XP yang membolehkan naik level cepat. Lepas promotion habis, progress adalah slow. Honestly ia adalah membosankan sebab kena klik banyak. Mouse yang aku pakai sekarang nih pun dah rosak left buttonnya. Kadang single click dia baca double click, selalunya tak baca langsung kena tekan kuat-kuat baru boleh.

Akhirnya setelah level 25, aku tak rajin masuk, siap hentam lagi. Dan akhirnya berhenti main selama sebulan dua concentrate FYP. Lepastu dekat exam main balik secara extreme sebab neighbour sudah ramai dan sangat best menyemakkan ladang orang dengan signboard.

Jiran-jiran petani setakat entry ini ditulis. Terdiri daripada, member skola, member uniten, penceramah motivasi uniten, geng otaku, geng internet, akak ipar, nephews and nieces dan orang persorangan yang tidak dikenali langsung. Tak kenal boleh jadi kenal sebab main game ini. Thanks untuk gift2 anda. Saya mau free fuel!

Orang kata main game ni buang masa dan takde life sebab mengadap aja komputer. Tapi tengok macammana orang main jugak. Aku mencari teknik untuk naik level dan setelah google jumpalah. BUKAN cheat, dan bukan farmbot. Tapi teknik automation lain yang membolehkan ladang itu berjalan semasa saya kelas, ke shopping mall, ke tidoran dan ketandasan. Tetapi naik level cepat bererti duit habis cepat. Sekarang ada dalam 50k aja.

Lepas ni boleh relax, main susun-susun ladang je, reply gift neighbours dan tunggu update baru. Kalau dah keja tak sempat nak main dah...

Maximum level requires 437,000XP. Lepas tu, tak naik level dah tapi XP sentiasa bertambah.

Rahsia sebenar still tak di beritahu lagi HUE HUE HUE HUE HUE...

No comments: