Monday, January 4, 2010

Azam 2010?


Heh setelah aku check, kalau tak silap, hanya sekali je aku tulis azam tahun baru kat dalam masa blogging ini. Tak pernah ada azam pun. Apa yang mendatang pasti akan dihadapi by hook or by crook. Bila blog hopping baca azam orang rasa macam banyak sangat yang typical blablayadayadayada. Takde yang extreme atau menarik (padan muka aku mengata korang).

Aku tak pernah la rajin nak pikir azam ni, sebabnya ialah:
(i) tak pernah nak ingat
(ii) tak rajin nak
(iii) kalau tak tercapai nanti kecewa

Tapi azam baru untuk tahun ini secara generalnya ialah:

Berani Menghadapi Cabaran aka Just Do It!
cewah! tak extreme mana pun...

:applause::applause:

Hari ini saja aku telah mula bermain taiko no tatsujin di Jusco Balakong yang dekat sekentut itu, dan kemudiannya bermain DDR double mode (main 8 panels) Basic level di Jusco SK. Hehe takdela cabaran yang hebat buat masa ni. Nak score dean list pun dah lepas pun time tu. Dulu pernah berazam nak pointer tinggi tak dapat punnnnnnn...

Jadi azam tu biarlah realistik biarpun tak setinggi Everest ataupun Banjaran Andes. Biar achievement tu banyak. Nak banyak macam mana meh sini ada contoh;

1. Menaiki tangga escalator turun di Alamanda berhampiran cinema dengan memandang ke belakang sambil mengangkat kaki tangan, mendepangkan tangan dan menutup mata.
2. Memakan biji tembikai dan membuang isinya.
3. Membuat 6 1/2 backflips di atas pentas semasa konvo bulan 7/8 nanti.

And so on. Malas nak mengarut kerana azam tahun baru juga ialah menulis entry yang lebih emosional dan meruntun jiwa. Biarla achievement tu lagi banyak supaya hidup menjadi lebih positive.

Dan, aku akan apply kerja di mana-mana saja dan kurang memilih mulai esok. Jauh ke dekat, Aiman tak kesah...

Kalau rasa nak tumbuk mana-mana budak bernama Aiman pun.. just do it la~
Nak yang lebih extreme? Mencapai level maximum i.e. Level 70 dalam Farmville sebelum 15.1.10. XD

Apa ya resolution yang extreme & menarik?

No comments: