Thursday, December 31, 2009

HYPER MODE ON!!!


Me versus 13 years old Chinese boy on Hyper difficulty.

Oh hi! It's the end of 2009. Tadi saya pergi main DDR sebab tak minat nak tengok bunga api malam karang. Hari Isnin lepas saya pergi juga dengan Encik Muiz Mediaposter. Hari ini saya pergi lagi. Masa tengah main ada budak Cina nak join main dua orang. Jadi saya tak kisah sebab main dua orang adalah lagi best.

As expected budak ini sangat hebat. Dia sudah main 2 tahun. Saya baru 5-6 bulan. Jadi dia hanya main Hyper mode iaitu difficulty paling susah. Saya baru lepas satu lagu Hyper, lagu Jena Jana (lagu Hindustan) iaitu lagu diatas. Itu pun baru lepas main tadi. Ini adalah satu progress yang hebat dalam usaha untuk membina stamina, kaki, pinggang, pinggung dan abdomen yang kental.




Lepas tu saya lepak-lepak tengok ada Pinkie Girls pulak main, sorang Cina, sorang lagi Melayu juga. Hey! Ini adalah 1Malaysia. Diorang main basic level tapi sedikit modified kasi laju skit dan sungguh nice tengok diorang main, berbanding sebelum ini saya tengok ada budak sekolah perempuan gaya rempit yang main terkangkang-kangkang. Untuk perempuan, ada cara yang sopan untuk mainnya.

Ok. Sesiapa yang duduk dekat-dekat Kajang/Bangi yang berminat nak belajar main DDR sila ajak saya sekali. Saya bole bayarkan 1-2 token untuk main sama-sama.. Transport pun provided. Laki atau preferably perempuan hehehe tak kisah la kerana ianya sangat fun. Dan tempat saya main ini tidak ramai orang atau takde orang nak kisah anda hebat atau baru nak mula main.

8 comments:

sankai said...

aku tak berani lagi nak main kat arked...

karang ada orang lagi terer ajak main tak pepasal rugi 4 token...

artszfar said...

hehe, dia kalau main 2 orang, sorang fail, dia akan tetap continue. Tapi sorang lagi kena pass la.

Faiz said...

main kat arked alamanda ke? tempat macam sama.

artszfar said...

Tak kat Jusco. Alamanda punya version lama yang agak susah dan lagu sikit.

Faiz said...

jusco cheras selatan?

artszfar said...

Jusco Taman Equine Seri Kembangan. Jusco Balakong tu tadak ddr. Nak main ajak sekali. Bosan meh main sorang2.

Faiz said...

oh. aku rasa aku tak pernah lagi jejak jusco taman equine tu. boleh je join. aku dok main stepmania sorang2 kat rumah sekarang.

artszfar said...

Alrite! anytime. Nombor aku still yang dulu kalau ko ada simpan la. Atau hit facebook/YM.