Wednesday, November 4, 2009

Update akhirnya


Hmmmm... sungguh mengecewakan bila paper yang sepatutnya terakhir sekali dalam degree, adalah paper yang paling susah sekali. Mungkin tak susah bagi mereka yang bijaksana tapi aku tak dapat la nak jawab tadi. Kemungkinan nak extend lagi satu sem amik lagi paper tu adalah tinggi.

Tawakal je lah, kalau kena repeat pun boleh buat apa kan?

Jadi bermulalah cuti setelah tamatnya paper pagi tadi. Akibat stress yang melampau, takde ape yang menarik nak dibuat siang tadi. Nak tido pun ditakuti boleh terjadinya mimpi-mimpi ngeri di siang hari.

Antara perkara yang dirancang semasa cuti ini adalah:
1 - Belajar buat simfile untuk stepmania. Untuk satu dua lagu je. Tak berasa rajin nak buat banyak.
2 - Membeli sekeping lagi dance mat untuk main Double Mode Stepmania. 8 panel instead of 4.
3 - Membuat aktiviti dubbing rancangan memasak kanak-kanak. Mengasah bakat mana tau nak apply company dubbing kalau nak buat part time.
4 - Menguruskan badan.

Baik. Yang lebih serious pulak.
1 - JLPT (Japanese Language Proficiency Test) pada 6.12.2009. Dekat UPM. Nak kena start study.

Lebih banyak benda ngarut yang nak dibuat dari benda serius. Kena rest beberapa hari untuk meredakan keadaan.

No comments: