Tuesday, October 20, 2009

Supersweatin'


Low quality video taken by phone. Kasut saya tampak lebih putih~

Hari ini adalah due day untuk hantar hard bound thesis final year project (FYP). Jadi setelah menghantar ke kedai yang sangat bagus berhampiran UPM semalam, yang bole siap bind dalam masa satu hari, hari ini pergi ambik dan terus hantar. Tak larat dah dengan FYP ini, ia adalah pengalaman yang menakutkan.

Jadi pukul 10 tadi, saya dan En. Giant telah pun selesaikan proses ini. Di sebabkan saya ada 2 jam gap, menunggu untuk waktu presentation mini-project untuk subject Numerical Methods pulak. jadi saya cadang la nak pergi karaoke, melepaskan tensi-tensi yang telah terbina nih.

Sampai ke karaoke center Alamanda tu, tengok tutup lagi. Bukak lambat la kot. Kecewa buang masa & minyak pergi situ. Jadi pergi la arcade situ saja nak tengok-tengok apa best.



Sekali ada mesin Dance Dance Revolution 3rd Mix la! Tak pernah tahu plak ada mesin tu kat situ sebelum ini, dan sejak berkecimpung dalam DDR/Stepmania ni, 2 bulan lepas. Sampai Sogo cari, tapi kat Sogo pun takde. Tanpa membuang masa, dan disebabkan pukul 10 takde orang lagi, maka aku terus menukarkan duit kepada token. Aku tak berminat main game kat arcade sebelum nih. Nih la baru nak start main DDR.

Sungguh nice main atas metal dance stage itu. Dapat gak rasa macammana. Ada pulak satu lagu favorite dalam tu. Jadi lepas ni, kalau bosan bolehla pergi situ selalu.

Note:
Satu game 2 token = RM1.00
Soft mode (beginner) 4 songs per game.
Medium mode 3 songs per game
Heavy mode tak perasan pulak.

Masa main tadi, pakai seluar jeans baggy, jadi agak susah nak gerak. Kasut pulak agak berat dan longgar jadi sungguh tak best. Akak pekerja kat situ pun tengok dengan rasa terpegun. Maybe dia tak pernah tengok aku main situ, bila main bole pulak abis semua lagu dalam satu-satu game.

Tadi main RM4, satu soft mode, 3 medium mode. total 4+3+3+2(failed kat 2nd song) = 12 songs. Nak tercabut dada penat. Peluh-peluh kuyup agaknya orang pun pelik tengok baru lepas kena kejar anjing ke ape.

Next time:
Bawak air sebotol.
Main RM5 medium mode maximum.
Pakai kasut ringan.
Pakai pakaian yang selesa.
Bawak tuala lap peluh.

Kat The Mines ada Pump It Up. Tapi kiranya ia adalah copycat DDR, agak popular di kalangan arcade operator sebab murah nak pasang berbanding DDR. Step panel dia juga adalah berbeza. Tapi kenapa pilih DDR?

Kerana DDR adalah pioneer dalam rythmic game ni. Sungguh popular di seluruh dunia. "The success of the Dance Dance Revolution series has resulted in Guinness World Records awarding the series with: Gamer's Edition 2008. The records include, "Longest Dance Dance Revolution Marathon", "Most Widely Used Video Game in Schools", and "First Video Game Recognized as an Official Sport", when on December 9, 2003, the country of Norway gave "Machine Dancing" official recognition".

Search aja di Youtube.

1 comment:

sYdRaz said...

uit... haha.. giler gempak ko main..
tak sia2 ko prektis ari2.. hehe