Thursday, November 5, 2009

Double Mode!


Honey Punch - Medium --> A

Pagi tadi pukul 1030 dah terpacak kat Lowyat tunggu kedai bukak. Jalan-jalan pusing-pusing pukul 11 baru la kedai bukak. Masuk kedai tak sampai 5 minit, dah beli barang terus nak balik. Tu pun 10 minit kena tunggu cashier on PC dia. SMS En. Giant suruh dia mandi, aku nak terus amik dia kat Uniten, nak pergi Jusco SK.

Lihat apa saya jumpa di Jusco SK:

Dance Dance Revolution SuperNOVA.

Berbanding dengan Dance Dance Revolution 3rd Mix, SuperNOVA adalah versi yang lebih baru, tahun 2006. 3rd Mix tahun 2000 kalau tak silap. Lagu-lagu dalam tu pun aku tak tau, jadi main redah je main. Lagu Honey Punch adalah nice. Saya dapat "A" untuk lagu itu hahahah. Main 4 set habis basah kuyup baju.

Kat Lowyat pagi tu saya telah membeli sekeping lagi dance pad. Kali ni saya dapat dance pad yang lebih berkualiti. Lebih tebal, tapaknya dari span macam getah jadi tak gerak langsung.

Kiri tu baru. Lebih selesa. Yang kanan tu dah lama. Kasi rehat. Bila nak main double mode je pakai. Dari company yang sama.

Jadi dengan 2 dance pad saya boleh main Double Mode. 8 arrow panels kena pijak instead of 4 dalam single mode. Memang susah nak synchronize kepala dengan 8 arrow. Tapi saya tau bila dah ok nanti, double mode adalah lebih menarik dan lebih menyihatkan dengan purata kalori yang dibakar lebih tinggi.

Ni ade mamat main lagu Honey Punch Double Mode kat arcade. Muka dia macam Slayn ahaha



Macam budak Cindia cakap masa saya jumpa masa practical dulu;

"Sweating is GOOD!"

3 comments:

sankai said...

what the heckkkk....
aku baru pass light...
baru nak masuk level tu pun terkapai2....

artszfar said...

Yang orang buat punya file kadang2 light pun susah. Jadi download yang mesin arcade punya pack.

+http://www.stepmaniadownloadsource.com/DDR/
mesin yang dah jumpa: 3rd mix, supernova & extreme.

Slayn Subaki said...

uish...panjangnye rambut Slayn...