Ahh syahdu sungguh hari ini, awan mendung memberikan ketenangan di seluruh sudut hatiku, tak pernah ku rasa lapang, indah bak melodi arowana berenang-renang terperangkap empat penjuru kaca akuarium, menangis dalam air tanpa disedari manusia yang indah tertawa dengan muka seposen ikan arowana tu. [tak larat tulis ayat jiwang dah. baik aku tulis surat jiwang kat aweks (perhatikan terdapat huruf "s" pada ejaan awek)].
ayat ringkas: Hari nie. beli. harddisk. 160GB. takde duit nak beli yang besar. total space 360GB. sekian.
Keriangan sungguh aku hari ini kerana tak perlu lagi memikirkan, mencari-cari sudut-sudut yang sudi pabila memuatnuruni bait-bait baru.
Keriangan diriku sejak tamat pemasangan ku menari-nari classical ballet tanpa kusedari ku tak menyarungkan kasut ballet pink kegemaranku.
heh aku kena buang floppy disk drive sebab takde ruang nak skru besi nih. Kesian kat beberapa keluarga serangga yang kehilangan tempat tinggal yang hangat dalam PC aku. Apa nama binatang nih? angkut-angkut ek? ala yang buat sarang dengan tanah tu. Kat umah nenek aku kat Itali ade jugak tapi spesis lain, dia pakai simen, tak pakai tanah.
Ok bye, aku ada banyak test dalam seminggu nih.
...Akhirnya, cincin itu berjaya dileburkan daripada jatuh ke tangan Sauron si jahanam... end of trilogy.
No comments:
Post a Comment