Saturday, December 31, 2005

Nineteen!

Happy new year! Kalau 20 tahun lepas, time nie mesti aku dah tido. Tapi tak untuk hari ini. Sekarang nie baru aje 2jam 10minit dalam tahun 2006. Aku tak tido sebab ada hal yang cukup mustahak. Iaitu menunggu habis download.

Aku mendownload persembahan terakhir Morning Musume untuk tahun 2005. By the time aku siap download, aku pasti diorang pun tak salin baju persembahan diorang, tengah makan-makan
aftershow punya party. Persembahan baru ajer lepas beberapa jam tadi tapi dah ada orang uploadkan dah.

Apa yang special ialah 19 members Momusu buat persembahan sekali, satu lagu - Love Machine. Love Machine adalah lagu Momusu tahun 1999, adalah merupakan single Momusu paling banyak terjual iaitu sebanyak 1,646,630 unit <- Biar aku tulis biar nampak banyak, satu juta, enam ratus empat puluh enam ribu, enam ratus tiga puluh unit. Love Machine juga adalah single ke 7 daripada 28 buah single yang pernah keluar. Single ke 29 akan keluar pada 15-03-2006.

Dalam persembahan tadi, 8 daripadanya ialah anggota yang dah graduated, 1 orang bersara mengejut dan 10 lagi current. Bukan selalu dapat tengok gen 1 sampai gen 7 buat persembahan sekali. Yuko Nakazawa yang 30 lebih tahun pun nak join jugak, pergi masjid la makcik.

Sebenarnya aku lagi suka kalau member-member lama nie still ada dalam group nih sebab diorang nih lawak-lawak dan lebih ceria. Yang baru-baru nie lebih kontrol cun. Yang betul-betul lawak pun tinggal Kamei Eri aje. Kalau dulu ada budak cute yang lawak, Aibon & Nono; si rendah yang ceria, Yaguchan; leader yang lawak dan tinggi, Kaorin; Nacchi yang murah senyum dan Rikachan yang konon-konon cute tapi asyik kena hentam.

Ok sekian terima kasih untuk HAROMONI NEWS, NEW YEAR SPECIARUUUU!!!...

No comments: