Wednesday, December 28, 2005

Hari Hujung Tahun Yang Berasap!

Yay! Dapat jugak aku rileks akhirnya. Hari ini ialah hari yang penuh cabaran. Darah naik kepala dengan kadar pengepaman yang tinggi yang mampu menjadikan aku menghidap darah tinggi. Minggu nie pun dah start dengan masalah loan (waaa harddisk!). Pastu tiba-tiba dapat tahu kena hantar proposal projek yang due dia dah tamat 2 hari lepas!

Maka pagi hari ini aku bangun jam 4.30 pagi - terlajak tido 2 jam, ntahmacammana jam tak bunyik plak. Dengan kadar segera aku menaip non-stop menyiapkan proposal tersebut. Dapat jugak siap daalam masa 2 jam. Pepagi buta aku dah menaiki tangga kat BN <- nie nama blok kat uniten kalau tak tau; nak menghantar proposal. Tiba kat bilik lecturer ada pulak format proposal dia tampal dekat tingkap. BANYAK PULAK TU! keringat mengalir tanpa kusedari. Air garam galian juga hampir-hampir terbazir begitu saja melalui tetingkap mataku.

Lepas ajer kelas pagi tu terus aku menaip non-stop balik. Pastu lepas solat Jumaat sambung balik dengan kadar tergesa-gesa. Punya la laju aku taip sampai processor aku pun tak dapat mengira input-input yang dimasukkan dengan baik. Cerita bermula dari sini.

Tepat pukul 4 petang siap jugak proposal berkualiti tinggi daripada aku. Kalau aku lecturer dah lama kasi full mark kat student yang rajin macam aku nie (masalah due date dia 2 hari lepas!). Tepat jam 4 tu jugak hujan turun dengan selebat-lebatnya. Punyala lebat masa aku drive tu tak nampak hape benda. Aku memandu dengan membuka mata hatiku. Ingin juga aku memandu berdasarkan pantulan (macam kelawar) tapi hujan maka sonar aku tak 100% efisien.

Aku memandu dengan kelajuan 39.67 km/j. Wiper aku pula bergerak 73.2 kali ganda lagi laju dari itu. Manakala mulut aku tak henti-henti mencarut pada kadar dua kali ganda kelajuan wiper tadi memaki-hamun kat lori yang langgar lopak kat hiway kena kat windscreen aku. Mau pulak lori bawak babi yang percikkan air lopak tu, maka wajib ke atas diriku untuk menyamak kereta sepot aku.

Tak sampai suku jalan nak sampai kampus, tak hujan pulak, kering. Aku paksa jantung aku mengepam lebih banyak darah ke kaki kanan aku, meningkatkan kadar kelajuan kereta sepot aku dari 39.67km/j kepada 110,000 m/j, sambil menebalkan muka memotong RX-lapan, evo-lapan, Sakailain, dan pelbagai jenis kereta mewah (hanya boleh didapati di area Country Heights, Kajang).
Tekan brek, brek tak makan!! Brake basah sebab berenang kat lopak atas hiway (hiway kualiti rendah). Nak apply Advanced Parachute Braking System kat kereta aku nie, takut parachute tak dapat mengembang dengan baik sebab keadaan hujan.

Pendek cerita dapat jugak aku menghantar proposal yang meningkatkan kadar hyper-tension diriku.

Pulang ke rumah aku kemaskan katil sebab malam karang nak tidur seenak-enaknya. Ke tepuk-tepuk bantalku, untuk meningkatkan keempukkannya agar nikmat tidur dapat kucapai ke peringkat teratas duniawi. Ku tujah-tujah tilam katilku, ianya tenggelam bak menyedutku agar terus aku menyentuhkan tubuhku ke atasnya, keempukkan dan kelembutan tilam diibaratkan donut jenis "crunchy choc" Dunkin's Donut yang aku beli dekat Shell Sungai Ramal masa balik. [harga bagi seketul donut ialah RM 1.80, dua = RM 3.60, 3 = RM 5.40]. Aku harap malam nie dapat tido dengan lena, harap mataku dapat terpateri abadi tanpa memikirkan sebarang masalah dalam tempoh sehari dua nie...

Aku baca balik posting nih ntahhapehapentah motif aku tulis hari ni. Lantakla...
anyway; Happy New Year!


No comments: