Saturday, January 14, 2006

arkk tanak masuk situ lagi dah...


Hari ini hari Ahad, aku ada test kat library.

Macam biasa sebelum masuk exam hall aku akan berjumpa dengan academic advisor aku, Dr. Tan Das dekat tingkat 6 library tu untuk mengosongkan tangki septik. Malangnya tandas semua penuh (ntah... semuanya tutup aje). ada satu terbuka tapi takde lock. Aku masuk jamban mesti kena ada privacy, tamau guna pee bowl tu, pengalaman lepas ada orang usha macam takde sendiri punya. Lagipun di tandaslah kita mengenal diri kita sendiri.

Maka aku pun teringat nak masuk tandas orang cacat. Memang dari dulu aku suka masuk tandas orang cacat; luas & bersih. Banyak palang-palang besi. Kalau nak practice gimnastik dalam kategori uneven bars, ala yang banyak palang-palang tu la...

Bukak pintu, masuk, masa nak tutup aku perasaan yang tombol sebelah dalam dah tercabut. Yang tinggal lock dia aje. Lock dia bukan jenis selak cam biasa tu tapi mekanikal yang jenis pulas tu. Aku test boleh lock. Aku pun meneruskan aktiviti sihat aku tu. Dalam masa air mencecah bowl tu aku terpikir, betul ke pintu tu elok? Rasa tak sedap hati aje.

Dah siap kerja aku pun pulas la lock tuh, pulas punya pulas, besi lock dia tak gerak-gerak dari initial state-nya iaitu berkunci. TIDAKKK!!!! aku terkunci dalam jamban....

Aku yang baru lepas terkucil, berasa nak terkucil semula atas beberapa sebab.

1. Exam lagi 10 minit tapi aku terkurung dalam jamban.
2. Kalau nak telepon pak guard, henset aku takde airtime walaupun balance ada RM84.34 (status jam 10 malam 15/1/2006)
3a.Nak jerit mintak tolong rasa segan walaupun emergency nih.
3b. Nak jerit mintak tolong kena pakai English ke BM? Kang foreigners ingat ada orang buat projek plak kat dalam jamban. (tolong... tolong...).
3c. Nak jerit mintak tolong tapi risau akan menjejaskan kualiti vokal. Memberi tekanan pada anak tekak dan pita suara.


Dalam masa kurang 20.34 saat, liang-liang roma merembeskan peluh. Hormon adrenaline memancut-mancut keluar. Pusing-pusing lock tu yang tak gerak dia punya besi (tombol pintu nih rosak kat sebelah dalam). Arrrgghh!! panik. Nak nangis pun ada. Dengan sekuat hati aku hentam pintu tu dengan bahu aku, first time buat rasa takde harapan. Pintu dia dahlah besar semacam, padat dan padu serta berat. PRAAKKK!!! second time aku hentam terbukak jugak. Tak taula bunyi ape yang patah, yang penting aku selamat... habis semua lupa dah.

moral: kalau pintu tu dah rosak jangan gatal nak pakai main kunci aje...


Petikan UTUSAN MALAYSIA, Selasa 17 Januari 2006.
"Seorang artis popular ditemui separuh mampus kat dalam jamban di U kat mana dia study sekarang. Dia dipercayai terkurung kerana kerosakkan pintu tandas ketika menghadiri ujian pada hari Ahad yang lepas. Mangsa ditemui oleh seorang cewek cleaner yang bertugas pada hari Isnin."

No comments: