Thursday, January 28, 2010

Burpppp!!!



Ada sesetengah dari kita yang suka membazir makanan. Ada yang buang roti Gardenia yang sangat mahal dengan harga RM2.30 sebungkus itu walaupun baru satu hari lebih dari expiry date dan tidak ada unsur-unsur kecendawanan hijau diatas roti itu.

Tarikh yang tertera pada tag roti untuk kemungkinan hanyalah anggaran ketahanan roti itu. Sedangkan ramalan kaji cuaca pun selalu tak tepat, inikan pula anggaran kaji roti. Link diatas dijumpai pada hari ini dalam rutin harian surfing internet.

Cadangan untuk makan sedap-sedap malam ini terpaksa dilupakan begitu saja selepas menonton kelima-lima video dalam link tersebut. Apa video yang ada dalam link tersebut? Hit the jump untuk sedikit info. Warning: Mengandungi perkataan keji yang sangat besar, berwarna merah, dan bolded.

MAKAN KEJU BASI, MAKAN BUNTUT BABI HUTAN YANG DIPERAH TAIKNYA KELUAR DAN TAK BASUH LANGSUNG, MAKAN TELUR ADA NAK ITIK, MINUM KENCING SENDIRI dan MINUM AIR PERAH DARI TAIK GAJAH.

Enjoy and have a nice day~

1 comment:

sankai said...

bear grills memang gila....
aku selalu tengok rancangan dia kat discovery channel yg man vs wild tu...memang betul2 dia makan apa dia jumpa..