Wednesday, August 5, 2009

Pengembaraan ke KLIA di Kala Hujan dan memonteng kelas Electromagnetic Field and Waves buat pertama kalinya.

Sungguh laju bila keta saya masuk ke mode Light Speed. Sungguh berbaloi pelaburan saya di kedai Brother's untuk class 1.0 hyperdrive motivator itu. Saya tercampak ke kerusi belakang dan sempat mengambil gambar ini.

Tadi lepas kelas Applied Telecommunications pukul 9 pagi saya terus ke Apartment Cendikiawan menghantar homework saya kepada Encik Giant yang akan menghantar homework itu semasa kelas pukul 11. Ini adalah kerana saya tak pergi kelas pukul 11 sebab saya pergi KLIA ada hal.

Pukul 9:13am tayar keta mula bergolek dari Cendikiawan menuju ke KLIA. Hari hujan selebat-lebatnya. Oh tak, saya tipu. Hari hujan kejap selebat-lebatnya, kejap tak selebat-lebatnya. Tapi lagi banyak lebatnya. Selebat buah rambutan di pasar malam dalam musim buah. Saya ikut Jalan Bangi Lama melalui Dengkil sebelum masuk ke jalan pergi KLIA ntah ape namanya, tapi ia sambung dengan Maju Expressway (MEX). Pukul 9:17am saya di flyover menuju Bandar Baru Bangi. Pukul 9:22am saya di flyover menuju Bandar Baru Bangi. Gila sungguh lama traffic light itu. 9:33am saya di traffic light depan UKM. Selepas itu saya terus melalui Bangi Lama.

Jalan Bangi Lama itu sangat hebat kerana ia seperti melalui laluan "Touge" (tapi tabley lawan Jalan Benta kat Pahang). Dengan keadaan hujan lebat, saya membuat drift sepanjang masa. Sapa kata keta auto takleh buat drift? Orang yang kata takbole itu ialah orang yang tatau buat drift menggunakan kereta auto. Mungkin juga saya drifting disebabkan hydroplaning, dengan kadar kelajuan luar tabii di kala hujan lebat, di jalan yang sangat sempit dan bengkang-bengkok tersebut.

Drifting sepanjang jalan itu membuatkan saya hampir menangis. Ia adalah satu suasana yang sungguh romantik. Tapi saya tak menangis, sebab saya dah besar. Saya sikat rambut belah tepi. Toyota Hilux yang berada di depan saya agak cuak kerana saya seolah-seolah menail-gatingnya. Tapi tidak, saya dan dia berada dalam kelajuan yang cukup baik bagi saya.

Steering lock model kayu besbal yang saya pakai. Boleh digunakan untuk memanjangkan jari tengah sekiranya ingin mencarut di jalan raya. Cuma masukkan jari ke lobang yang disediakan.

Saya tiba di KLIA pukul 10.05am. Jangkaan awal ialah 9.50am. Agak lambat sebab nak masuk pukul 10:30am. Tapi ada masa bagi saya untuk memasang steering lock. Tapi steering lock saya tidak berperangai dengan baik kerana setelah 5 minit, saya masih belum lock steering saya. Jadi saya membuat kesimpulan untuk mencampakkannya bersebelahan dan bersifat lantak la kamu.

Abang saya dan kakak ipar saya dan 3 orang budak kecik, menulis nama budak-budak kecik itu boleh memendekkan hayat keyboard saya saja. Mereka berhijrah ke sebuah negara Harrab. Saya mengajar yang budak kecik perempuan itu cara mengucapkan terima kasih kepada driver teksi yang mereka akan naik bila sampai di sana.
"Syukran, ente khinzirun".
(ehem Bahasa Arab SPRA saya gred equivalent to C la...)

Naik balai berlepas, mereka-mereka yang nak berlepas tu dah bergerak nak masuk dalam dah. Sempat gak jumpa. Kalau saya mencarut pada steering lock tu, kemungkinan lagi banyak masa terbuang.

Sekian. Tamatlah pengembaraan ke KLIA dalam suasana hujan lebat. Baker's Cottage Chicken Curry Doughnut RM1.90 itu sungguh sedap.

2 comments:

mediaposter said...

bwahahah super sengal...



btw whats with your banner? scary loh..

azu said...

kadar kelajuan luar tabii???...errr....luar tabii?...erm...ok...nevermind