OMG! Princess Leia and Queen Amidala dancing to Spice Girls, Darth Vader and his stormtroopers being the Backstreet Boys and MC Hammer. Chewbacca and more. 12 minutes of pure WIN!
Now let's continue...
Now let's continue...
Sejak bermulanya minggu ini, pihak Unit Keselamatan Universiti Tenaga Nasional (Pak Guard Uniten) tidak membenarkan kenderaan yang tidak mempunyai sticker merah (Pelajar Luar Kampus) meletakkan kenderaan mereka di zon merah Kolej Kejuruteraan (COE). Saya sungguh gembira dengan langkah tersebut.

Ini kerana ratusan kanak-kanak foundation dan kanak-kanak tahun pertama ijazah yang tidak mempunyai sticker kenderaan atau pelajar-pelajar yang mempunyai sticker zone warna lain untuk Apartment Cendikiawan, Murni, Amanah dan Ilmu bersama-sama kenderaan milik mak bapak mereka gemar meletak kenderaan disitu.
KAMON LA! dah duduk dalam tu buat la cara duduk dalam. Bagi la student yang duduk luar tu parking kat COE Uniten tu, mana lagi diorang nak parking huh? Lu orang kanak-kanak naik bas sudah. Ini bawak kereta mahal-mahal, besar-besar nak menyempit juga di COE itu. Bukan harga atau jenama kereta menjadi ukuran, tetapi pengalaman memandu itu yang lebih hebat. Sikap anda membuatkan tempat itu sangat teruk.
Saya tidak berpuas hati dengan seorang adik perempuan yang memandu Viva kaler gelap bernombor pendaftaran WSQ or something camtu la kerana pemanduan anda yang teruk. Anda tahu jalan keluar COE arah belakang itu sempit tapi mengapa sangat mengelabit sehingga bersentuhan/berlaku pelanggaran pada side mirror anda dengan side mirror kereta yang dah parking di tepi itu? Side mirror itu juga sudah dilipat dengan baik tapi anda tetap melanggarnya juga didepan bijik mata saya, pemilik kenderaan itu, senior tahun-4 program ijazah dan senior tahun 7 Uniten.
Oh maafla, saya baru terperasan selepas itu bahawasanya sticker "P" anda itu masih merah menyala AKA baru. Baru dapat lesen, baru dapat kereta kah? Saya ingin membuka kasut Adidas saya dan membalingnya tanpa rasa segan silu, tapi kasut saya adalah baru dan saya pasti, pasir yang ada di tapaknya juga tidak sudi melekat di kereta Viva anda.
Sejak Unit Keselamatan Uniten menghalang kenderaan kanak-kanak ini dari memasuki kawasan itu, saya berasa sungguh selesa. Tidak perlu risau kena datang awal untuk mencari tempat letak kereta, tak perlu risau kereta akan calar kerana ketidakpandaian mereka memandu. Kerana mereka memandu hanya untuk show off terhadap geng-geng mereka sendiri, walaupun mereka hanya tinggal di Apartment Murni yang terletak sekentut sahaja jaraknya dari COE itu.
Saya berharap kanak-kanak ini akan mematuhi peraturan seperti pelajar tahun pertama tidak boleh membawa kenderaan kerana mereka adalah kanak-kanak yang tak tahu selok-belok dan tanggungjawab bila memandu ini. Membazirkan duit mak bapak sahaja beli kereta baru dan anda mencalar balarkan kereta itu.
Naik sahajala bas. Perkhidmatan bas teruk? Anda pergila report sama MPP Uniten yang anda banggakan itu. Yang memperjuangkan banyak hak pelajar yang duduk dalam sahaja, yang pelajar luarnya tidak pun. Kalau mereka turut memperjuangkan hak pelajar yang duduk luar, tentu kami yang duduk diluar tidak berasa berat hati untuk mengestart enjin kenderaan kami, datang ke Uniten walaupun takde kelas, semata-mata untuk mengundi anda.
Syabas dan terima kasih kepada Unit Keselamatan dan Risikan Universiti Tenaga Nasional. Besok saya bagi air soya V-Soy kepada guard yang berpanas menjaga laluan masuk ke COE itu.
3 comments:
Saya taknah ngundi pon MPP saya hahahahahahahahah
Ex-Mpp saya ada affair dengan DSAI. :proud::proud:
sungguh kelakar.. terms yang digunakan.
sekentut dekat?
kamu patut kasi redbull kat pakgard.
vsoy tak cukup.
Post a Comment