Thursday, December 4, 2008

Melangkah Masuk ke Tahun Akhir.


Tu kaki diblurkan untuk mengurangkan dosa mendedahkan aurat.

Yelah |z|ana saya nak hapdet la ni. Ya saya sudah masuk tahun akhir pengajian saya di situ! kurang dari satu tahun lagi bolehla saya keluar dari situ. Semester baru bermula Isnin yang lepas. Semester ini ada final year project #1 di mana saya telah menyiapkan proposal dan nama sudah pun masuk sistem sejak minggu ke-3 November lalu di mana students lain baru je pulang ke rumah. Ini adalah kerana supervisor pilihan saya Dr. Jamaludin telah mengerjakan Haji bermula ahad lepas.

Selain itu aku ada 4 subjek lain, 3 subjek 4th year dan satu subjek 2nd year yang sengaja dilewatkan ambil. Mungkin sebab saya takde duit nak bayar sebab ptptptptptptptn block pembayaran akibat kegagalan mungkin juga sebab subjek tu senang. Bila masuk je kelas Electromagnetic Field and Waves tu, kelihatan adik-adik 2nd year sedang bermain teng-teng, lompat getah, lompat toyol dan roundes di dalam kelas. Aku belajar bersama kanak-kanak rupanya.

Satu lagi kelas, diajar oleh bekas supervisor final year project masa diploma dulu. Encik Suhaimi atau lebih saya kenali dengan nama kak Mimi. Dia mengambil attendance dalam kelas. Bila dia panggil saya, dia kata saya dah gemuk dihadapan chickas-chickas di dalam kelas. Petang itu saya mencari lawyer untuk memfailkan saman malu.

Pada hari Rabu yang lalu, aku nak pegi la amik Encik Mohd Kamal yang ingin ke Lowyat untuk membeli laptop konon-konon senang nak taip project dia nanti. Tetapi ku fikirkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kereta Daihatsu Evo 850 yang aku pakai dekat 6 tahun ni tiba-tiba fanbelt dia putus di tengah jalan. Temperature naik mendadak. Jadi terpaksala berhenti tengah jalan dan meminta bantuan Encik Mohd Kamal untuk mencari workshop berdekatan. Pak Incik workshop berdekatan tu pula suruh saya tunggu enjin sejuk pastu drive pegi kedai dia. Kedai dia tak jauh sangat. Tapi kalau jalan itik amik masa setengah jam jugak. Oleh sebab saya ada superpower yang bole mengeluarkan ais melalui celah-celah jari, maka saya sejukkanla enjin tu. Selalu saya pakai superpower ni untuk buat cendol kalau panas terik.

Sekian saja post untuk semester baru ini. Ianya kelihatan seperti tergantung tapi tak tau plak ape nak tambah lagi HAHA!

2 comments:

mediaposter said...

aiyoh... keta hang rosak lagi ka?
wotmobil memang camtu.. die manja sikit.

-langkahbaru- said...

lol...anda dipanggil gemuk di depan chickas2 :D