Wednesday, June 25, 2008

Chibi Maruko Chan at The Rainy Zoo


Saya ada diibuidii Chibi Maruko Chan!

Memang adalah sangat-sangat dirokemen kepada mereka yang ingin melepaskan stress sebab ianya sangat sengal. Aku tak pernah tengok kartun dia kat tv tapi pada suatu hari yang lepas Muizu telah meminta aku bawak ke Classic di Metropoint yang jual dvd Jepun dan Korea. Dia pergi plak test, jadi nampak best. Jadi setelah mengumpul duit lima sen dan satu sen lebihan dari McD dan Kentaki maka dapatla aku beli ahah.




Nih kalau sapa-sapa termasuk aku sendiri yang tiba-tiba kena panggil kat depan kena solve math problem dan tak tahu nak buat boleh la tiru. Apa yang perlu disebut ialah "Iijyan~ Iijyan~ Puppukuppu~".

Kalau perasan aku sudah ada domain name baru - www.therainyzoo.com. Takde benda nak taruk dah, kalau yang hebat semua dah orang beli, kalau unique karang susah plak nak eja, jadi aku translate jer le dari "Ame no Doubutsuen", tajuk sebuah lagu jiwang pengedatingan Laila dan Majnun di dalam zoo di hari yang hujan. Ianya bukanlah sebuah laman web yang menawarkan penjualan haiwan dan produk-produk ternakan.

Nak taruk header baru skit, nak taruk lampu liplap skit. Huh tu pun kalau rajin. Ada satu projek besar time cuti yang masih terbengkelai nih walaupun ianya hanya beberapa click sahaja.

No comments: