
Bila tengok dalam cermin nampak kurus, dalam gambar debab plak. adesss.
Lagi satu Emirates Airlines sila bayar komisen USD80 juta sebab aku promote kat tshirt.
Ya, bila bosan aku drive. Dulu ada sekali class cancel aku drive pegi PD. Hari ni aku drive jauh sikit, sorang-sorang T-T.
Some facts:
Distance Travelled: 560.4km
Fuel: RM140
Toll: RM53.80
Aku pergi Teluk Cempedak. Balik hari.

Sarapan je dah RM11.50
Pukul 5:15 pagi aku gerak dari Kajang menuju MRR2. Jalan kosong... ada la 3-4 kali bertembung mat rempit tengah practice buat wheelie. Pastu masuk la Karak Expressway. Gelap gelita. Gelap giler, dah la aku takde experience drive dekat situ. Jadi aku follow kereta lain bila jumpa. Diorang laju je. Aku guide line jalan dengan kilat2 atas jalan tu je. Tak nampak benda. Kalau ada hantu Karak lepak tepi jalan tu pun aku tak nampak punya. Pasang la lampu jalan. Kerajaan yang sebenarnya mau bunuh orang.

Sini jalan masuk dia pusing-pusing macam hape ntah.


Pemandangan yang priceless. Kamera phone pun okeh.
Pastu masuk LPT dalam pukul 7.oo pagi. Yang best jalan pagi-pagi buta ialah cuaca sejuk, ada kabus dan matahari terbit scenery dia sangat lawa. Tapi aku snap pakai henset je. Kamera aku pergi melancong ke Turki. Memandangkan pagi-pagi buta takde kereta, perjalanan sangat selesa. Aku snap gambar masa drive. Jadi aku drive melalui screen handphone hehe. Boleh bawak 40km/h. 120km/h dan sesuka hati. Aku singgah la mana perhentian yang aku suka samada saje nak rest kaki atau minum pagi.
Pukul 8.45 pagi aku exit kat Gambang. Lepas tol aku stop jap, pastu Sausage McMuffins pagi tadi nak kuar plak, maka aku pun meninggal hasil aku kat Pahang. Pastu terus drive sampai Kuantan Parade. Aku tunggu Giant. Dah bagitau dia suruh tunggu aku kat situ boleh guide pegi Teluk Cempedak. Aku sampai Kuantan 9.30 pagi. Dia tak datang lagi. Sampai Kuantan Parade tu bukak la aku tunggu. Pukul 11 baru dia datang. Bas problem dia kata.


Teluk Cempedak. Aku edit skit tau-tau macam gambar kamera tahun 80an.
Dah lunch kitorang pegi Teluk Cempedak. Yay, laut! Aku suka laut. Tak mandi pun tapi pemandangan besh. Lepas lepak situ, pergi East Coast Mall. Macam Jusco Balakong tapi besar sikit.
Pukul 3 petang aku gerak balik. Singgah kat Gambang buat Zuhur sambil minum phereshoren. Jalan lagi ada plak billboard Kolej Teknologi Timur, jadi aku slow la skit nak baca, ada plak polis wat speedtrap kat situ. Nasib baik aku tak sengaja slow. Balik petang nih panas dan mengantuk.
Pastu lalu Karak balik baru dapat tengok pemandangan sikit. Pagi masa pergi tak dapat tengok sebab gelap heheh. Tapi jalan baru tak besh. Takde bukit tinggi sampai telinga pekak. Tak sejuk. Tak pening. Singgah lagi Genting Sempah selepas 12jam. Pastu straight la balik.
Apsal aku post? sebab dah 13 tahun tak pergi Kuantan. Last time pegi '95, hantar brother masuk sekolah asrama kat situ. Lagi satu adalah suatu hobi saya drive sorang-sorang. Ingat nak pegi Terengganu tapi minyak naik la plak. Shiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeetttttttt.
- kamera phone memerlukan sedikit kerajinan untuk menajamkan gambar.
No comments:
Post a Comment