Wednesday, January 2, 2008

asdfsdf




Hampes sesungguhnya. Punya la shiok nak tunggu persembahan diatas, pada 31/10 jam 1:30am line aku down... sehinggalah sekarang nih baru nak elok skit.

For Him is this only that whenever He intends any thing, then He says to it, 'Be' and it becomes at once. (Surah Yassin, 82)
Pukul 6 pagi aku dah memekak kat customer care Streamyx dan siang tu datang la abang technician dengan pakaian putih, bercahaya, ada hula hoop (aka halo bagi sapa yang english lebih tinggi) kat atas kepala dia. Tapi dia tak dapat figure out nak repair line aku nih. Sebab semua manual untuk connection zaman Parameswara dah dibakar oleh Portugis.

Pagi tadi aku terpacak dekat lab kat Uniten download performance ini. performance AKB48 ini dulu. Hello! Project aku tak kesah hahaha. Download direct dari site Thai. Memandangkan saya sangat hebat berbahasa Thai. Pastu pergi umah giant dan terus pasang sebab tak tahan nak tengok punya pasal. 1 menet setengah jer adeidei.

Lihatlah seplatun AKB48 buat persembahan tapi malangnya hanya yang top saje menyanyi dan bergerak lebih aktif berbanding yang lain-lain. Jadi murid-murid, hari ini kita belajar mengira ya!

Ya kehadiran 48/48.

Tahun baru disambut dengan penuh kebosanan. Antara aktiviti yang aku buat, yang selama nih tak buat ialah:

1.Aku pun menonton la tv sebab dah lama tak menonton dan rupanya sudah ada TV9 ya hahahahha.

2. Aku juga merajinkan diri mengumpil button2 keyboard ini dan membersihkan habuk2 yang ada kat bawah tu. Celah-celah tu diberus dengan berus gigi Oral-B kerana ia boleh mencapai bahagian-bahagian yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa. Button-button tu pula di masukkan dalam baldi dan dicampur sedikit sabun basuh baju dan clorox (serius) dan ianya menjadi putih berseri seperti baru beli.



Keyboard yang dah dibersihkan dari najis mukhallazah & W adalah huruf pertama masa nak pasang balik.

Lepas tu nak pasang balik lebih menarik sebab terasa macam main jigsaw puzzle 100+ pieces jer. Cuma on kan notepad dan boleh check sama ada betul ke salah button itu ditempatnya. Bila bersih, keyboard ini kurang kerangupan dia. Senyap pulak. Kerana ianya bersih! Maka keyboard yang bising itu bererti banyak habuk. Korang elok bersihkan keyboard. Mana tau boleh jumpa balik seluar dalam busuk anda dulu-dulu tu ada kat celah button tu.

3. Aku juga telah menginstall dan main game "FATE". Lama dah ada game nih tapi sebab selalu crash kerana install MODS dia, aku tak main. Tapi kali nih, setiap kali crash aku restart balik. Mods dia besh! Character aku boleh pakai AK-47 atau Lightsaber Star Wars walau pun tu zaman dulu punya game. Kasut North Star pun ada dalam tu.



First picture tu gambar menu dia dengan character aku dengan blue & yellow lightsaber. Ada api tu sikit tu maknanya ada Fire Damage, dan yang karan tu Electric Damage. Gambar second tu ialah character aku tengah pancing ikan. Ikan tu boleh bagi kat kucing aku, dan bertukar jadi naga. Jadi naga tu ialah kucing aku. Sangat kuat. Nama dia SHOKORA. Gambar ketiga tu gambar dalam dungeon.

1 comment:

Mai said...

giler byk mase.. hidup tanpa tenet~ aku penyabar xpe, keje dolod semua aku serahkn kt adik aku, balik tinggal tgk je.. hahah..