Salam tahun baru adik-adik. Tahun baru dah dekat dah ni. Hari ini 30/12. Besok 31/12. Lusa dah 32/12. Ada apa sambutan tahun ini ya adik-adik?
Adakah saya akan menonton bunga api di Putrajaya atau KLCC? Adakah saya akan bersama-sama kawan-kawan saya merempit di Dataran Merdeka. Mungkin juga saya akan menelan sebijik dua shabu dan minum Tiger di dalam disko di Jalan Telawi? Lagi best kalau saya layan bohsia di tasik titiwangsa atau arbok-arbok tempatan dan import (bergantung kepada harga dan kualiti). Tapi kalau bosan mungkin saya akan jadi sukarelawan Ops Masih Ada Yang Sayang, dimana saya boleh ngorat akak-akak yang bertudung labuh wahahahhahahaha.
Tidak-tidak. Tahun ini seperti dua tahun lepas saya akan berjaga malam walaupun saya seorang morning person. Saya bertekad untuk berjaga malam bukan untuk menunaikan solat tahajjud mahupun bersolat hajat tetapa saya mahu download Kouhaku Uta Gassen. Saya telah melayani show tahun baru ini sejak 2005. Tahun lepas saya download full show sebesar 3GB (walaupun terdapat variasi lain sebesar 7.6GB dan 50GB!).
Tahun ini ada Hello! Project, gandingan Morning Musume, Berryz Koubou dan C-ute. Selain itu juga ada AKB48 yaaaaaaaaaaaa. Nak tengok tu jer. Penampilan sulung untuk 3 group selain MM itu.
Saya memerlukan ...

1. Semangat keWotaan
2. Ali Cafe untuk kesegeran yang sememangnya pilihan saya.

3. Ruangan harddisk
4. utorrent + vpn

5. Downloader
Azam saya tahun depan ialah:
1. Bertukar menjadi Ultraman di hadapan awek-awek.
2. Target 220 raksaksa dikalahkan
3. Blogging in English
4. 3.0 gpa
5. Repair blog nih
6. Memikirkan lebih banyak azam.
sekian terima kasih. Loan bila nak masuk?
No comments:
Post a Comment