Thursday, December 3, 2009

Don't Give Up! <--- Ala Announcer DDR

Official Transcript of Results. Dalam Bahasa Inggeris, ia bermaksud Official Transcript of Results.

Semalam Hari Rabu saya pergi Uniten. Amik transcript. Dan teman member-member yang ada masalah dalam pelajaran. Sorang kena terminate, walaupun hanya tinggal 5 subjects saja lagi dan dah abis loan PTPTN. Sorang tak cukup 0.01 point CGPA untuk dapat 2.00 core CGPA untuk graduate. Kalau dia extend akan menjadikan dia student paling lama belajar di UNITEN dan melayakkan dia masuk Guiness Book of Records 2011 Edition, mukasurat 28.

Masalah-masalah yang datang ni akan membuat seseorang itu lebeh menghargai sesuatu, mempunyai daya kesabaran yang tinggi, ketahanan mental yang tinggi, menjadi lebih matang dalam banyak perkara dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kalau steady ja takda masalah, takdela pengalaman.

Itu yang busy ngan telepon tu Pak Arip, Dean IKAL (Institut Kajian Liberal). Beliau ajar saya dan geng2 Malaysian Studies masa diploma dulu, tapi malangnya sampai sekarang beliau ingat semua student dia. Malang lagi kerana beliau dalam senarai orang-orang yang pernah kata saya sudah gemok. Memang saja jumpa mintak nasihat, sebab nasihat orang-orang IKAL ni sangat bagus. Baju itam kanan sekali tu ialah Nashu-sensei. Sensei Japanese Language saya. Dulu masa ajar saya dia lecturer luar saja, masuk Uniten terus jadi... jadi apantah timbalan dekan ka apa.

Kalau saya tolak orang dari bumbung bangunan, yang takde pengalaman tu mungkin just jatuh, jerit, dan mampus. TETAPI kalau orang tolak saya yang konon-konon ada pengalaman jatuh bangunan ni, at least masa jatuh tu saya akan jerit "TOLONG SAYA ULTRAMAN!!!". Walaupun Ultraman itu terbukti tidak wujud, tapi itu adalah sebagai satu usaha.

Merujuk kepada satu bab dalam buku tulisan Muhammad Qutb Hadis-Hadis Pilihan yang bertajuk BEKERJALAH! WALAUPUN KIAMAT SEKETIKA NANTI; Baginda SAW bersabda supaya sekiranya ada benih tamar dalam tangan, tanamlah walaupun kiamat dah hampir. Dapat pahala sebab tanam, tapi hasil pokok tamar tu terserah kepada Allah SWT. (Baca pun sebab kena buat review Islamic Studies la...)

Ini masa diorang pergi mengadap HOD Electrical. Macam kena jumpa guru besar. Nasib baik tak masuk dalam. Kang aku pun sama kena basuh. Kang aku jugak yang nangis dulu. Tu tengok geng-geng saya tu, mereka memang dilahirkan dengan keadaan kepala berkotak-kotak.

Jadi bila saya ikut 2 orang nih saya tau macammana cara nak menguruskan masalah pelajaran. Kena jumpa siapa, kena submit apa, kena buat apa, kena bayar berapa, kena cakap apa, etc etc.

Mari belajar perbandingan
Top Scorer;
Member: Wow! 4 Flat! Apa rahsianya?
Saya: Belajar teruk2 di malam hari, tulis nota, baca nota, kawan dengan member skema, tinggal TV, tinggal internet, dan sembahyang 5 waktu.
Member: SKEMA! Macam baca buku tips belajar saja.

Low scorer;
Member: Wow! 0.34! Apa rahsianya?
Saya: Meraba gadis-gadis di dalam LRT, main tikam kat kedai mamak, ngorat kanak-kanak, ngorat arbok, merempit, race kereta, drifting, main skateboard, breakdance, shuffle, berkaraoke, memanjat Everest, merenangi lautan api, main teng-teng, hack website Uniten, hack lif cendikiawan, curik resistor dan kapasitor, kutuk lecturer tak best, puji lecturer chomel, kacau orang dating, bakar nyamuk kat dapur gas, melastik cicak, buli freshies, ngorat freshies, makan banyak-banyak kat Imrish Cafe, tido dalam library, main facebook dalam tutorial, tiru dalam test, masuk kelas lambat, buang masa salesman, koyak banner persatuan, tak tutup paip air, mengunyah tanpa menutup mulut, jilat hingus, membuang sampah merata-rata, dan sembahyang 5 waktu.
Member: Kakkoiiiiiiii~

Owh member yang tak cukup o.o1 point tu dah selamat untuk graduate. Ada lecturer yang baik hati buat recheck dapat up markah satu takuk.

No comments: