Wednesday, November 25, 2009

Seven Years in Ti...



Aku dah graduate dari Uniten setelah 7 tahun belajar kat situ. 3 tahun diploma + 4 tahun degree.

Result keluar seperti yang dicatatkan ialah 25 November 2009. Tapi Khamis petang (24.11.09), dekat portal student dah hidup pun link RESULTS, yang mana aku tak rajin nak klik, tak rajin nak tengok memandangkan semester terakhir lepas, aku struggled gila nak siapkan Final Year Project, project-project kelas, tests dan exam.

Aku cadang nak bukak result kat tepi laut, kat PD, jadi kalau kecewa boleh la layan matahari terbenam. Jadi aku just bukak browser jadi kecik, just muat untuk aku right-click and save page result tu masuk thumbdrive. Malam tu rasa nak pergi Morib. Bukak result kat Morib la. Still tepi laut juga. Aku juga tak mau bukak kat rumah kerana ditakuti temperature naik mendadak, terus menyepak anak buah yang bercuti di sini heheh.

Tapi, pagi tadi pergi sepital antar mamanya check-up cam biasa kat Hospital Kajang. Sekali kena tahan la tidur wad satu malam nak cucuk masuk darah sebab low blood. Jadi terkontang-kanting la saya menjaga anak buah sorang nih. Plan nak bukak result hampir terbatal. Jadi saya menghantar anak buah itu ke rumah kakak ipar yang berdekatan. Semua orang happy. Nasib baik saya ada empat belas kakak ipar.

Lepas hantar terus la ke Morib. Hapelah pantai pun boleh jadi under construction. Nasib baik ada gak tempat lepak-lepak lagi. Dah setengah jam lepak, memotivasikan diri untuk membuka result, saya masuk kereta, pasang enjin, air-cond, lagu End of The Road kasi mood baeeek punya datang, bukak laptop dalam kereta.

Dah siap load window semua, cucuk thumbrive. Berdebar gila nak click page result yang dah di-saved dalam tu. Klik-klik sekali tak nampak result! Sebab saya tutup mata ahahahhahahahaha. Bila bukak ja, jeng jeng, semuanya adalah baik-baik belaka dan saya sudah graduated.

Status di page Biodata juga sudah tukar.
Bergraduan = graduated? Guna Google Translate takde jadi saya masukkan entry itu.

Sungguh nice terutamanya anda bukanlah seorang yang top scorer yang sentiasa score jadi dah bole agak dari awal-awal boleh berjaya. Ini budak dari sekolah harian biasa. Bukan budak MRSM ka, budak scholarship ka, ni budak yang masa form 5 escape kelas add math sebab nak lukis mural nama sekolah tapi kantoi dengan cikgu add math itu sebab dia mengajar kat kelas sebelah dinding mural itu.

Lepas raya boleh la apply kerja. Nak kerja jauh-jauh. KayEll aja pun bosan gak. Masa cuti tak apply sebab tak confident dengan result.

Terima kasih to my family, lecturers and friends for all your supports. Sungguh hepi. Masa drive pulang pun kereta lain bawak macam sial pun tak rasa nak marah.

8 comments:

azizi said...

Tahniah! Tapi pastu jgn lupo bayo hutang,kang nama tu kuar paper laks..hahaha

abgmu said...

x buat parti buih ke celebrate? best ape kantoi ngan pn gan haha =p omedetto, dah bole kuar dari kajang pasni beb

artszfar said...

Ahahah Abgmu ko pun ada skali kena marah kan?

Anonymous said...

Tahniah kerana dah grad tu...
Ambil 6 papers dgn saya:
- 1 semasa Diploma
- 5 semasa Degree: MicroP, MicroP Lab, Adv MicroP, FYP 1 dan FYP 2
Tahun depan semasa naik pentas ketika konvo tu jeling2lah saya.
Semasa konvo lepas, dalam ramai2 yg naik pentas semasa konvo tu cuma seorang shj yg saya ingat tengok dan senyum kpd saya. Yg lain-lain tu mungkin tengah teruja menjadi graduan, tak tengok kiri kanan lagi.
***Lalalalalaaaaaaaaaaa***

artszfar said...

Thanks Sir!
Adoi masuk sini dah pulak. Habis rahsia terbongkar nanti hehe.

Anonymous said...

Rahsia2 dlm blog ni OK dgn saya.
Cuma ada 1 komen yg mengatakan ***Lalalalalaaaaa*** yg cool (10Q, hehe!) hanya masuk ke blog budak perempuan yg comel2 (lebihkurang macam tu lah) tu kurang tepat. Sehingga kini ***Lalalalalaaaaa*** cuma mengkomen di 2 blog, iaitu CC dan G, yg juga merupakan bekas pelajar ***Lalalalalaaaaa*** spt artszfar juga!
***Lalalalalaaaaa***

artszfar said...

hehehe bukan maksud begitu sir, tu pujian kepada 2 pihak yang terlibat. (sir yang cool dan adik2 junior yang chomel).

Rina (◕‿◕)✿ said...

kantoi! :p