Saturday, November 14, 2009

n Increased (Where n = efficiency)

Service Counter

Hari ini bukanlah kali pertama aku makan sate Kajang setelah 25 tahun duduk dekat Kajang nih. Tapi ada sesuatu yang baru dekat Sate Kajang Hj Samuri Bangunan Dato' Nazir branch. Pernah pergi McD? Sekarang kalau kita order burger kan nanti akan dia display dekat screen monitor yang mana cook dia akan prepare burger kat belakang berdasarkan order di screen itu.

Sate Kajang Hj Samuri pun macam tu sekarang. Tiada lagi panggil abang-abang pekerja nak order. Kena beratur dekat kaunter yang ada PC order yang sama macam dekat McD. Bila kita order, kita kena bagitau nombor meja dan order tu akan dihantar ke department seperti ;

Sate Kajang Hj Samuri Department of Elite Drinks and Mixed Iced Water (ABC)Preparation
Sate Kajang Hj Samuri Department of Centralized Sate Burning and Secret Sauce Service
Sate Kajang Hj Samuri Department of High-Class Nasi Goreng and Semua Goreng Ada.*
Sate Kajang Hj Samuri Department of Cucumber, Red Onions, Ketupat and Nasi Himpit v7.8.23.

Tak termasuk department-department sokongan seperti Lap Meja and Angkat Pinggan, Basuh Pinggan, Isi Tisu, Cuci Tandas, Kira-Kira, etc etc.

Apa yang menarik dengan terlaksananya sistem ini, kelihatan pelanggan membawa tray yang sama seperti di McD dan KFC tetapi mengandungi kuah kacang, nasi himpit dan mangkuk-mangkuk mengisi kuah. Air akan sampai tak lama bila anda duduk di meja dan sate pun akan dihantar bila siap dimasak.

Ini meningkatkan efficiency perkhidmatan as semua order will get through dan tiada lagi masalah order tak sampai ke hapa kerana semua order adalah computerized. Saya telah merosakkan bahasa Malaysia dengan merojakkannya dengan English.

*Sate Kajang Hj Samuri Department of Nasi Goreng and Semua Goreng Ada.
Sekiranya anda rajin melihat dinding akan kelihatan code yang digunakan untuk meng-order nasi goreng seperti;

NGA - Nasi Goreng Ayam
NGC - Nasi Goreng Cina <---- Sungguh racist
NGPRK - Nasi Goreng Paprik
NGMNXDELB - Nasi Goreng Ni, Malam Ni Takde La Bang
GGTM - Goreng-Goreng Tak Mau

Kini abang-abang dan akak-akak pekerja dari Indonesia sekarang mempunyai lebih banyak masa untuk menonton sinetron Indonesia di TV dari sibuk melayan order pelanggan.

Change? Yes Sate Samuri Can!
- Barrack Obama

1 comment:

azu said...

sate samuri chan?...hahaha