Thursday, September 17, 2009

The Invisible Antenna


Baiklah dalam post kali ini, dan sempena hujung Ramadan ini, saya ingin membuang imej ganas yang lahir sejak azalinya bila nak post kat sini. Call me Dude Love and I'm going to explain about something amazing that only a few may know. Or at least one - ME! AHAHAHA

Hari ini saya ingin menerangkan tentang cinta. BLUWEEKK CINTA! tentu rakan-rakan gangster pukul orang saya berasa sungguh geli mendengarnya. Tapi hari ini saya tanak cerita tentang cinta tetapi tentang komponen cinta yang bernama Dawai Penerimaan Halimunan.

Saya pasti ramai tak tau pasal pancaindera ke enam yang ada kita ini. Saya terpaksa berpura-pura menjadi angau kepada adik-adik di Uniten ini untuk membuktikan kewujudan komponen ini, which is cannot be proven by using the Implicit/Explicit Method of the Partial Differential Equation taught by Dr. Norshah in Numerical Methods (betul ka itu?).

Baiklah, dalam eksperimen yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawasanya bila anda berminat dengan seseorang itu, berminat sangat-sangat, dalam masa beberapa hari aje, anda boleh tahu nama penuh dia, nombor ID Uniten dia, subjek apa dia amik, berapa carry marks dia, bila dia nak buat presentation, pukul brape dia datang, berapa banyak cermin mata dia ada, berapa kali dia lipat lengan baju dia, pokok bunga apa yang dia pakai sebagai minyak wangi, berapa value brightness dan contrast warna kulit dia, cara dia jalan, dia duduk dekat mana bila naik lif.

Geng-geng dia, akaun friendster dan facebook dia, kereta apa dia pakai, dia ikat tali kasut macam mana, dia taruk dompet kat poket kanan ke kiri, dia pakai jam digital ke analog, berapa kali dia pernah kena marah dengan Pak Guard India di block BN COE Uniten sebab tak pakai ID, lauk ape dia amik dekat kedai Delima Rasa kat COE foodcourt, pen brand ape dia pakai, tangan apa dia pakai nak tulis, ada gigi patah ke tidak, dan lain-lain lagi.

Ini adalah kerana antenna halimunan anda telah berfungsi dan mula menerima siaran-siaran dari channel yang anda pilih itu dengan Signal to Noise Ratio yang baik. Kemungkinan juga anda akan mendapat siaran HDTV sekali kalau ada cable-cable yang baik.

Anda juga akan mendapati bahawa anda akan menggemari subjek-subjek yang anda amik sama dengan si dia walaupun sebelum ini anda maki-maki pensyarah dan subjek itu sebab susah atau anda memang bangang sangat nak paham. Tapi yang peliknya, semua benda boleh difahami selepas itu. Ajaib bukan.

Kesimpulannya; Oh saya akan sentiasa membuat kesimpulan sebab hari tu masa presentation Applied Telecommunication Systems, lecturer bising takde conclusion. Kesimpulannya ada dua. Satu; angau tu danjeres. Dua; angau itu sungguh ajaib. Tiga; anda ada pancaindera ke-enam yang anda tak pernah tau. oh ada tiga kesimpulan.

Eh? Apa ni jiwang giler? Saya jiwang? UGH! Over my dead level 302 Facebook Mafia Wars' mafia body!

1 comment:

Slayn Subaki said...

bweeekkk...x gangster langsung! bwahahaha!!!