Wednesday, September 9, 2009

Berat Berat.

PIC programmer board saya amat curious dengan borang ini~

Aiya semalam pagi dah nekad, kalau application form JLPT nih tak sampai semalam, terus tanak ambik test nih tahun ni. Tapi ia datang... T-T. Lalu tergocoh-gocoh la isi borang tu sampai tak ingat level berapa nak amik hahah. Pukul satu masa nak pergi post office, saja la nak tengok email Uniten dari pagi tak tengok. Sekali ada email dari Dr. Azree, ada meeting untuk group leader untuk project Numerical Methods pukul 3 petang. Dia bukan lecturer aku tapi dia coordinator subject rasanya. Aku takde group pun lagi memandangkan baru Dr. Norshah lecturer aku baru inform pasal project kat kelas hari Selasa lepas. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, aku pun melantik diri sendiri sebagai group leader yang takde group members pun.

Aku pergi la post office harap sempat nak settlekan borang JLPT nih sebelum pergi ke Uniten. Sepatutnya kelas aku pukul 5. Tapi sebab meeting ni, kena la pergi awal. Sekali dekat post office ramai la pulak orang. Amik nombor untuk beli postal order, stamp and other shitsu. 10 minit je tunggu. Pastu isila semua borang Pos Laju, tulis alamat kan envelope etc etc, ambil balik nombor untuk hantar borang tu dengan Pos Laju. Yang second time nih lambat sebab staff 3 orang tu start gilir-gilir amik rehat sembahyang. Jadi 2 staff tinggal, sorang jaga bil, sorang jaga lain-lain hal berbanding sorang jaga bil & 2 orang jaga lain-lain hal.

Ini sangat lambat. Ada Uncle Chinese keje Toyota yang happy-happy di kaunter renew road tax kereta lama dia "Tahun sembilan buluh laban buluh laban". Tahun brape ntah tu. Pukul 2.15 baru la nombor aku. Seminit dua je. Tunggu 40 minit.

Singgah rumah dulu pakai kasut hahah ingat kejap je. 2.30 baru bertolak. Tapi sebab dah tau waktu nih, masa yang diambil untuk sampai ke tempat parking Uniten dari rumah aku hanyalah 16 minit dan 43 saat sahaja. Jadi tak risau nak bawak laju-laju.

Jumpa Dr. Norshah dulu tanya nak kena pergi ke benda nih. Dia kata pergi je la tengok ada demo ke ape sebab dia pun tak tahu menahu ada meeting ni. Sampai kat meeting room, lepak-lepak tunggu Dr. Azree.

Bila dia datang dia tengok aku ngan 3-4 budak-budak perempuan sama section dengan aku, dia tanya section mana nih sebab dia tak kenal. Katala kat dia dari section Dr. Norshah. Rupanya dia silap terhantar email kat section aku. Dia nak discuss dengan budak-budak section dia aja. Dia suruh kitorang berambus. Adoila sangat penat. Maka aku pun membuka puasa dengan menggigit tayar belakang belah kiri Proton Waja Dr. Azree depan COE itu sebab frust.


Dengan submission borang ini maka bertambahlah beban sehingga hujung tahun ini.

16.09 - Applied Telecommunication Systems Presentation - Metro Ethernet.
26.09 - Electromagnetic Field and Waves Test 2
02.10 - Final Year Project 2 Logbook Submission
02.10 - Final Year Project 2 Draft Thesis Submission
02.10 - Numerical Methods for Engineers Test 2
05.10 - Applied Telecomm. Systems class project 2 submission - Report on Broadband Access Using xDSL.
09.10 - Final Year Project 2 Oral Presentation
XX.10 - Numerical Methods for Engineers class project submission - Automatic Fish Feeder
YY.10 - Data Network Architecture and Electronics Test 2
ZZ.10 - Data Network Architecture and Electronics class project submission - kena buat 1st generation router kalau tak silap.
20.10 - Final Year Project Thesis Submission
28.10 - Final Exam - Applied Telecomm. System
29.10 - Final Exam - Data Network Architecture and Electronics
01.11 - Final Exam - Numerical Methods for Engineers
04.11 - Final Exam - Electromagnetic Field and Waves
06.12 - The Japanese Language Proficiency Test (JLPT)


Ikut kata Academic Advisor saya, Pn. Norani; "Tahun ni tak payah raya-lah~". Sekiranya semuanya lepas, maka tamatlah riwayat kesan degil di Uniten ini. Kemungkinan saya bawak laptop masa khutbah raya nanti menaip thesis.

No comments: