Pada tepat jam 1230 tengah hari saya telah pergi ke MetroKajang membeli Chicken Curry Doughnut di Baker's Cottage. Rupanya harganya ialah RM1.70, bukan RM1.90 seperti yang ditulis semalam.
Saya membeli bukan satu, bukan dua, tapi empat kerana ia sedap. Karinya panas dan pedas sehingga boleh terasa kepedasannya semasa ia melalui usus besar dan kecil. Ia juga akan membuatkan anda terkangkang besar dan kecil sewaktu berjalan keluar dari tandas selepas hadas besar kerana kepedasan karinya boleh dirasai hingga ke hujung rektum. Cadangnya beli empat. Masuk kereta makan satu, gap antara kelas pukul 4 makan satu, dan malam makan lagi dua.
On the way ke Uniten Encik Giant called ajak makan. Rupanya Uniten telah ditutup akibat gejala H1N1. Pada pukul 1130 pagi tadi, semua pelajar dipaksa berkumpul di MPH untuk announcement penutupan universiti ini oleh Tuan VC. Saya duk luar jadi tak tau benda. Tak dihantar email juga. Tapi pergi jugalah sebab Encik Giant ajak makan.
Ini mask saya beli kat eBay tahun lepas. RM15. Satu bulan shipping dari USA. Glow in the dark. Tahap keefektifan terhadap virus H1N1 adalah tidak diketahui tapi bila pakai, buat-buat la bagus. Biar tak efektif asalkan bergaya!
Pelajar-pelajar semua dah mula balik rumah. Saya berasa agak happy kerana ada kerja yang tak siap tak perlu dihantar ahahaha. Tapi tiba di Upten, saya agak berasa sungguh pelik kerana semua orang tak ambil inisiatif untuk memakai facemask walaupun universiti ditutup. 80% adalah dari kaum Melayu. Mengapakah mereka tidak menghiraukannya?
Hampir setengah jam saya membuat kira-kira mencari jawapan kenapa mereka tidak memakai facemask. Saya menggunakan kedua-dua calculator Casio FX570MS dan Casio FX570W saya. Saya menggunakan Stoke's Theorem, Newton-Rhapson method dan Lagrange Interpolating Polynomial. Hampir putus asa saya mencari jawapan dan akhirnya saya mendapati bahawasanya mana ada orang makan nasik sambil memakai facemask... Mana nasi mau masuk mulut. Kalau makan ikut lobang idung pun tak boleh suap juga sebab mask tu menutup lobang idung juga. Kalau ikut mata barulah boleh. Tapi kalau sambal belacan itu mengenai permukaan kornea mata tentu menjerit tak sudah orang itu.
Jadi dengan itu maka hari ini bermulalah midterm break Uniten. Progress report 3 FYP juga dipostponed submissionnya dari hari esok ke hari Isnin 17 haribulan.
Sekian terima kasih.

5 comments:
saya takde lagi org mati...sbb tu tak tutup2 lagi.... hahahaha
Mana ada kena tunggu orang mati baru nak tutup.
adoii..nmpk sodapnye..roti...2..nyam2.
-favthen-
Awak ini sungguh kelakar.
Nice...
http://youritzone.blogspot.com
http://onetechspot.blogspot.com
http://urtechguide.blogspot.com
http://onetechsite.blogspot.com
http://thecomputersight.blogspot.com
Thanks!
Post a Comment