Wednesday, August 26, 2009

Sultan Selangor Buka Puasa di Uniten

Nenong~ Nenong~ wiuwiuwiu~

Hari ini selepas saja test Data Network Architecture yang amat susah itu, saya bergerak la ke Upten untuk berkumpul berkumpul dengan geng-geng Encik FastRain, Encik ArmMer, Encik Ohteq, dan Encik Giant untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan, tibalah kat simpang dengan dengan gate belakang Uniten tu, banyak la pulak kereta nak keluar.

Saya tengok rear mirror saya yang bergegar mengikut beat bass lagu. Tiba-tiba gegaran rear mirror itu adalah tidak synchronize lagi. Ia bergetar dengan laju. Saya pun berasa bergegar seperti ribuan lembu-lembu bison yang berada di padang rumput di South Dakota sedang berlari-lari dengan riangnya didalam bulan puasa ini.

Kemudian masuklah kedalam retina mata saya ini satu dozen outrider polis trafik diikuti dengan beberapa kenderaan escort dan sebuah kereta BMW 7 Series dengan bendera dihadapannya. Oh baru sampai Sultan Selangor rupanya. Pada hari ini, 26.8.2009, Sultan Selangor telah mencemar dulinya untuk berbuka puasa di Masjid Universiti Tenaga Nasional. Wiu wiu wiu~

Adakah saya pergi bersalaman dengan Sultan Selangor, dan berbuka puasa beramai-ramai dengan ramai lagi VIP?

Oh tidak. Kerana pelajar dikehendaki memakai national attire masing-masing. Saya dari Mongolia ini agak kecewa kerana tak dapat mengimport kuda kesayangan saya yang amat kacak diri saya ini berpakaian kebangsaan sambil menunggang kuda saya sendiri. Saya makan kat Upten Chikin Rice aje bersama geng-geng. Ayam goreng berempah dia sungguh sedap dari ayam percik kedai itu sendiri. Di samping itu saya boleh makan dengan mulut terbuka dan menghasilkan bunyi yang kuat sebab takde orang kisah.

Di bulan puasa ini, jadual adalah sangat ketat. Malam memang takde masa lah kalau nak buat kerja ke ape. Tapi lepas sahur kalau tak tidur memang ada masa. Malam pergi terawih sampai pukul 9.30. Lepas tu saya akan ber-stepmania selama satu jam sebelum mandi lagi dan berasa ingin pengsan lalu tidur. Ia adalah diharap dapat mengurangkan berat badan dan membina stamina dengan baik. Sembahyang terawih dapat melegakan kekenyangan selepas berbuka sebelum aktviti lasak stepmania ini dimulakan.

Heh, saya ada la baca beberapa blog kanak-kanak Uniten ni. Sungguh hebat kerana diantaranya berbunyi begini:

1. "Tinggal 15 minit sebelum dateline progress report dan saya tengah bertungkus lumus menyiapkannya tapi saya sempat menulis blog yang panjang 800 perkataan ini".
2. "Sudah 8 malam tak cukup tidur. Nih rasa tak boleh buka mata nak pingsan tak cukup tido tapi I sempat tulis entry blog 4000 patah perkataan ini!"

Aiyo, sungguh hebat bila kena penangan bloggin' ini ya? Sampai dah tahap kronik pun boleh berblog lagi.

Saya pun nak buat juga sebab ia sungguh dramatik.

1. Oh saya sedang kerat pergelangan tangan saya! Tak sabar nak tengok darah terpancut dengan banyaknya... \(^^)/

2. Ada kereta langgar saya sebentar tadi. Sekarang dekat hospital Putrajaya tengah potong kaki. Posting dengan iPhone saya. Adakah saya berasa sakit? Sila vote.
( )sakit ( )tak sakit

1 comment:

WaiRai said...

iphone woo.... igt pegi jumpa sultan XD