
Tapi hari ini pukul 1030 pagi dah kuar dah. Pergi Lowyat. Mencari benda yang 2-3 hari dah carik dan seminggu dua timbul dalam kepala. Dah search kat tenet, ada orang jual benda tu, company address Bangi. Kalau boleh jumpa kat Kajang ke Bangi tapi takde response jadi kena carik la sendiri. Dan pemergian ke Lowyat adalah berbaloi kerana menjumpai benda itu. Last one. Murah plak tu.
Ya murid-murid... cikgu menemui kaedah menguruskan badan paling fun sekali. Dengan menggunakan dance pad ini, cikgu akan berdansing sambil menguruskan badan. 20 minit je ke KayEll pastu terus balik hahah.
Owh sungguh seronok menggunakan dance mat ini kerana seluruh anggota dapat bergerak. Peluh mengalir sebanyak satu liter dalam masa beberapa minit sahaja. Tapi kebanyakkan lagu adalah fail kerana masih saya masih baru dalam acara ini. Koordinasi tubuh badan dengan kepala hotak juga tidak berlaku dengan baik. Keras macam kayu. Tapi takpa nanti seminggu dua bila sudah hebat adalah videonya kat sini. Awas Backstreet Boys!

Stepmania nih program macam Dance Dance Revolution (lebih popular, tapi kalau tak pernah dengar dua-dua takpa). DDR nih untuk Playstation tak silap, dan Stepmania nih untuk PC. Selalu orang main Stepmania dengan keyboard je. Dulu setahun dua lepas ada main gak dengan keyboard tapi agak bosan selepas 2-3 minggu. Kali ini terjumpa pulak kewujudan dance mat untuk PC, dan dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, tambah pulak dengan lagu best-best yang kebanyakkan masih belum berjaya lagi clearkan satu lagu dengan baik.
Jadi kalau anda ingin menguruskan badan secara fun, sambil mendengar lagu kegemaran anda, dan anda tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyertai gymnasium atau program diet, atau membeli treadmill atau exercise machine lain, atau anda jenis suka duduk dalam rumah mengadap PC anda tak kira samada PC anda itu ON atau OFF, atau anda mengalami Agrophobia, gunakanlah cara ini.

100% anggota badan dan otot-otot anda akan bergerak. Macam saya satu hari main dah kurang 3 kilogram. Kalau 3 bulan main, berat badan saya akan mencapai nilai negatif. Saya akan menjadi ringan seperti debunga Dandelion (rujuk komik Doraemon), saya pergi ke sekolah dengan tiupan angin saja. Bagi lelaki pula, bukan saja 6-pack anda akan dapat, 8-pack, tetrapack, backpack dan kerepek juga anda boleh dapat.
Program stepmania boleh didownload secara percuma, dan juga file-file lagu kegemaran anda. Lagu Cindai nyanyian Siti atau Selamat Jalan Romeo Ramlah Ram tentulah takde.
p/s: Oh kalau anda yang jenis 10-20 tahun tak bersenam, sediakan ambulan atau deep heating rub ya. Saya terkehel leher membuat headspin masa layan lagu Titanic tu. Wuuuu hebat lagu jiwang ada headspin. Bukan apa, untuk menyeronokkan lagi, gerakkan anggota lain. Pepoyo skit. Add jour own flava'! Yeah satu dua satu dua apa diatas apa diatas!
Mari tengok budak dansing guna dance mat.
Sungguh comel kan? Tapi saya dansing lagi comel. Lagi seminggu dua bukan sahaja comel, tapi comel dan hebat~
Tiba-tiba rasa nak beli lagu satu mat. Taruk dalam kereta. Kalau traffic jam ke, cucuk kat laptop pastu dansing la tepi jalan ahahah.
6 comments:
WAOW BEST NYE>>>>>>
nak cari juga...
post anda membuatkan saya juga teringin utk beli.. atau cari kt umah.. dulu ada..
Sila2. Kalau connect kat PC senang. Guna Stepmania. Lagu banyak. Mula2 memang susah. Tapi sebab semangat nak lose weight kan ahah.
errr..mahal x?
Tak sampai RM50 untuk dance pad itu.
peh aspar nk kuruskan badan, bagus2...
comel btol budak tu dance, mungkin sebab dia pakai pampers kot tu yg lebih mantap step dia, makanya aspar kena dptkan diapers dewasa teena value supaya aspar mampu sehebat adek comey tu...hehe
selamat berpuasa...
Post a Comment