Monday, July 13, 2009

Last Semester

Oh inilah timetable saya untuk semester terakhir. Tinggal 5 subjects saja lagi. Yuran saya adalah ~RM6.5k . Electromagnetic Field perlu diulang kerana semester lepas saya tidak berjaya mengesan electromagnetic field yang dipasang oleh Decepticons semasa lawan dengan Autobots tempoh hari. Sem ini repeat lagi la paper itu.

Itu AP Dr. Ong adalah lecturer yang best kerana dia adalah seorang Professor serba tahu dan dia sangat bias kepada Intel dan mengondem kelemahan AMD. Dia sangat obses dengan benda2 electronics dan saya dengar dia pernah ajar budak2 macam mana nak cas handphone dengan power supply dari tiang telepon saja. Data Network Architecture & Electronics adalah subjek kedua saya amik dengan dia. Sebelum nih amik Computer Architecture ngan dia, dan dalam kelas dia selalu tanya saya macam2 sebab dia kenal saya dari kelas itu.

Berbalik kepada subjek Electromagnetic Field and Waves tadi, ia adalah subjek yang sangat susah yang semua orang pandai kat sini pun kata susah. Jadi saya yang kurang pandai ini pun jadilah ia kurang susah. Kenapa tak lepas kalau kurang susah? Ntah. Tak paham konsep "Abang-ADik" & "Bukak pintu". Dan sem ini, AP Dr. RJ yang ajar. Juga bukan pemberi markah yang baik.

Itu ECRB424 adalah final year Project 2, Tu nama coordinator saja. Supervisor saya ialah AP Dr. Jambo. Itu adalah subjek ke-6 saya amik dengan dia. Hampir menyamai bilangan pingat emas Michael Phelp di sukan olimpik tempoh hari. Beliau adalah seorang lecturer yang cool yang selalu muncul di blog2 student2 yang comel hehehehe. Tapi Project 2 saya tak start lagi design kepala hotak Optimus Prime itu lagi.

EECB433 adalah Applied Telecommunication Systems. Subjek dimana semua benda yang saya jumpa semasa Industrial Training di TM hari itu muncul satu persatu. Elok amik benda ni dulu, jadi masa praktikal banyak benda boleh tanya. Kelas ini ada gabung 2 jam dengan budak Masters. Banyak Pak & Mak Arab. Mereka nampak lebih rajin dari Arab2 yang saya selalu jumpa. Saya banyak tahu jadi bila dia cerita pasal MDF, saya cakap dekat member sebelah dengan kuat-kuat "aku dah keje situ dah arituuu~" dengan nada riak dan takbur, dengan harapan amoi kecik comel itu terpikat dengan kehebatan saya.

COEB223 adalah Numerical Methods for Engrs. Ia adalah subjek tahun 2. Tapi saya tolak kebelakang dan mengambil beberapa electives dahulu. Bila masuk kelas, ramai adik-adik tahun 2 bermain kejar-kejar duduk, lompat getah dan sep sep sep tom tom tom. Bagi mengelakkan mereka mengganggap saya tua, saya pun join mereka sama. Tapi masalahnya ialah saya sangat terrer sampai mereka nangis sebab asyik kalah.

Sekian Terima Kasih.
Saya sangat bz!

2 comments:

WaiRai said...

main tom tom bak bersama org muda mmg anda ni masih muda lagi.... :P

Anonymous said...

yes,akhirnye update jgk blog ni>>thankiu2