Semalam hari ahad. Semalam pergi kenduri kahwin kat Kampung Bharu. Tapi kampung baru kat ceruk Jerantut Pahang sana. Aku drive kereta sport boss aku. Pergi ikut Karak dan LPT. 2 jam setengah sampai.
Sampai la kat area kampung yang takde kereta pun. Hutan agak tebal. Sistem pernafasan aku nih menjadi lebih bersih setelah diperbaiki dengan udara bersih kawasan itu yang mana tidak secara langsung menyihatkan sistem uluran sekali. Udara yang nyaman dan sejuk itu boleh menyebabkan terbinanya igloo sekiranya aku ludah banyak-banyak kali kat tanah.

Bila balik, boss aku suruh ikut jalan lama, ikut Benta ke Raub dan ke Bentong sebelum masuk balik Karak hi-way. Boss aku suruh lalu jalan lama kerana ingin mengembalikan memori dia menjalani operasi anti-komunis pada tahun 1978 dahulu. Dia kata dia ada tumpang itu satu balai polis kat situ dan juga sebuah istana diatas bukit tapi tak jumpa plak istana apa. Pengganas komunis mempunyai hobi menyerang balai polis jadi para soljar buat kem kat situ. Oh boss saya dari Rejimen Semboyan jadi kemungkinan dia takde la nak pegang bazooka atau pun memandu kereta kebal. Beliau sangat hebat seperti saya. Dengan mengibas daun keladi di udara, dia dapat menghasilkan electromagnetic waves yang dapat mengganggu tranmission radio para pengganas komunis. Malangnya saya tak pass subjek eletromagnetic field and waves semester lepas di universitas.
Jalan kat Benta itu gilalah punya selekoh. Setiap 2 saat je selekoh (5 saat untuk anda semua. Saya bawak laju tu yang 2 saat je~). Ikut belakang lori askar yang gila lagi laju bawaknya. Sampai lori kontena pun terbabas nak elak bertembunglori askar tu. Lori tu masuk lopak kat sebelah jalan dia habis tersembur air lopak tu kena kereta sport yang aku bawak tu. Punya la banyak selekoh rasanya belakang badan dengan bahu tu mengalami evolusi yakni terbentuknya otot-otot baru.
Saya juga memasang Radio Malaysia Klasik Nasional yang memutarkan lagu-lagu slow Melayu era 40-an dulu. Saja pasang itu kasi boss tido. Biler boss tido saya boleh memedal to the floor bak kata omputih.
Sekian terima kasih.
Saja nak post. Gian balik dari opis pukul 4 sekali internet down. Hari ni takde staff TM nak bawak jalan-jalan jadi balik awal. Agaknya diorang marah aku balik awal tu yang diorang kasi off itu pizzabox. 3 minggu je lagi nak abis. Pastu masuk last semester. Target saya untuk semester akhir ini ialah ingin mendapat seorang awek. Eh! apala awak belajar tapi target mau seorang awek.
Baiklah, untuk semester akhir ini, target saya ialah ingin mendapat ramai awek.
Terima kasih kerana membaca sehingga abis post ini. Saya berjaya membuang masa anda. Wassalam.

4 comments:
"Pastu masuk last semester. Target saya untuk semester akhir ini ialah ingin mendapat seorang awek. Eh! apala awak belajar tapi target mau seorang awek.
Baiklah, untuk semester akhir ini, target saya ialah ingin mendapat ramai awek"
HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAH veryy funnnny
kenape? tapecaye ek?
tgk title cam ganas...
:P
beli arr baju yg ade cop "saya nak awek ramai!"
ending post adalah jauh sekali dgn chin peng...haha
Post a Comment