Monday, April 6, 2009

Arini.


Yah hari ini saya keluar rumah pada pukul 6:30 pagi dengan berpakaian yang sungguh smart menuju ke PJ. Lalu LDP. Gila takbesh banyak kereta pukul lapan baru sampai. Sampai mana? Oh sampai ke TM exchange dekat PJ. Pergi report sana buat untuk buat industrial training.

Sampai sana, sudah report sama pak guard, dia suruh la naik tingkat satu. Pastu nampak ada sorang Chinese kat balkoni tengok saya. Naik je tengok dia pun tengah tunggu depan opis situ yang tak bukak lagi. Tegur dia, nama dia Tham. Tanya dia buat apa, rupanya dia juga mahu buat pratical juga. Universiti mana mari? Uniten la juga. Lorrr dak Uniten gak rupanya. 3rd year. Tu yang dia kata tak pernah jumpa. Pastu datangla sorang staff pompuan pukul 9. Dia buat tak layan. Jadi kami masuk la tunggu kalau ada lelaki smart-smart datang iaitu orang yang kami nak jumpa tu.

Tunggu sampai pukul seploh. Aku pun dah tak tahan, terus tanya staff perempuan yang dok bising buat minit mesyuarat. Rupanya encik yang kami tunggu tu ada meeting dan kalau tunggu mau sampai bila pun tak datang aritu. Jadi setelah dia memotostat offer letters kami. Dia pun telepon la orang-orang berkenaan. Tham dia mau buat praktikal dekat situ juga. Jadi dia jumpa supervisor dia dekat situ jugak. Aku pulak kena balik Kajang sebab aku buat kat TM Kajang. Jadi aku kena la report dekat supervisor dekat Kajang. Makan selesai urusan yang hanya memakan masa 10 minit je tu kalau buat lagi awal. Dan lagi lama masa kat LDP tu.

Jadi pukul 11 aku terpacak la dekat TM Kajang tu carik supervisor. Dah discuss rancangan masa depan saya, mula-mula dia suruh duduk dekat opis je, center untuk TM Kajang ni, yang ada 4 orang robot yang sibuk call orang tanya telepon dah elok ke belum. Gila bosan situ. Nasib baik la SV nih dia bawak la masuk kat bangunan bentuk rectangle yang selalu ada dekat mana-mana TM exchange ni. Oh sungguh kagum sebab sejak 24 tahun lalu asyik lalu sebelah bangunan ni je tatau ape ade kat dalam.

Yosh Iku-zoh! Waiya! Koppa! Waiya! Faibaa! Waiya! Cyber! Jya! Jya!

Kena assigned kat bahagian MDF, main frame distribution. Sini sapa register telepon atau streamyx, nanti dia cucuk la wayar kat menatang yang ada kat situ. Sebab saya dapat A dalam Technical Communication, jadi tak perlu la describe panjang-panjang dengan istilah yang anda semua takkan paham sebab konsep utamanya ialah mesej dapat disampaikan. Meh saya describe supaya semua orang paham. Saya duduk dalam opis yang handle hampir 40000 talian telefon dan Streamyx sekitar Kajang, Semenyih, Beranang dan Broga. Bilik itu adalah sejuk dan banyak giler wayar.

Situ ada 3 orang staff yang kerja diorang connect line telefon baru dan check kalau ada kerosakkan. 2 orang tak datang, jadi tinggalla akak sorang ni yang lari sana lari sini panjat tangga, tolak tangga nak connect wayar2 ni.

Bila saya bosan takde kejer nak buat, dia suruh saya punch wayar2 tersebut mengikut list yang TM antar kat situ. Okla sebab hari ini saya ada SUPERPOWER baru WAHAHAHAHA! Iaitu menyambung dan memutuskan line telefon orang AHAHAHAHAHA. Saya bole memutuskan line telepon mamat yang tengah berjiwang dengan makwenya lantas memutuskan hubungan percintaan mereka WAHAHAHAHA!

Maybe 1 minggu je dekat situ. Nanti saya akan dipusing-pusing ke department lain seperti department of panjat tiang telpon. department of tanam tiang telpon, department of tanam kabel fiber optik dan juga department of encik tolong tutup modem encik selama satu minit lepas tu on balik, lampu dsl tu stable tak?

Sony ada offer tempat practical dan ada allowance tapi sebab aku dah memang dari awal nak pergi sini sejajar dengan bidang saya, saya pergi sini juga. Sama juga seperti Tham yang dapat RapidKL tapi nak pergi TM juga.

ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Banyak yang apply kat tempat-tempat yang dahulunya bagi banyak allowance kini buat practical di Uniten saja sebab tak dapat offer AHAHAHAHAHA. Baik buat kat TNB (untuk Elect. Power), TM (Elect. Electronics, Elect. Comm.), dan Jabatan Kerja Raya, JKR (untuk Civil Engr) sebab walaupun takde allowance, ada juga benda yang diorang ajar dan kena buat.

Saya juga apply kat Stark Industries tapi memandangkan mereka tak mahu Tony Stark menerima kemaluan akibat saya yang mampu membina satu sistem komputer yang lebih hebat dari Jarvis, tak boleh buat apa la kan...

Beberapa blog random 1st day dak uniten yang buat practical yang dijumpai.
[1] [2] [3] [4] [5]

2 comments:

mediaposter said...

mana 48??

abang modem saya takde lampu dsl lah..

artszfar said...

Mana 48? tempat aku letak tu 48 la.
Aiya!