Thursday, March 5, 2009

Saya beli teddy wabbit!


Owh lihat saya ada beli seekor teddy wabbit. Apakah maksud ini? Adakah saya sudah ada gurlfren? Adakah saya saja-saja beli kerana saya telah menjadi lelaki dewasa lembut?


Hahaha jika salah satu perkara diatas adalah benar, maka balai-balai polis akan menerima banyak laporan kes bunuh diri yang melibat anak-anak gadis. Uniten juga akan menjadi pelik apabila rekod kedatangan pelajar perempuan merosot dan banyak yang gagal dalam pelajaran.

(Nak promote nih) Saya adalah masih single lagi laa... Status saya di Friendster adalah benarrrr. Status saya di Facebook adalah benarrrr. Macam talkin orang mati plak.

Itu teddy wabbit adalah untuk satu projek X yang melibat para-para W (dabaliyuhoootiyee) dari seluruh dunia yang berharap dapat menggegarkan dunia W (dabaliyuhoootiyeee) dan mencairkan kutub utara. Saya adalah salah sorang wakil dari Malaysia dengan Encik Ahmad Wairai Yang Nombor 3 Paling Kuat yang tengah pening kepala mencari benda yang comel.

Saya adalah sungguh segan bila membeli benda ini kerana terpaksa menipu amoi-amoi sales assistant yang sering bertanya "Mahu kasi gurfren ka?". Saya juga terpaksa menyorokkan benda ini dari pengetahuan penduduk-penduduk Kajang agar status saya tidak tercemar seperti tercemarnya Sungai Citarum di Jawa Barat.

6 comments:

mediaposter said...

kenapa tak beli anak patung barbie pakai baju kurung?

ade jual tau... sungguh

artszfar said...

barbie tak cute. Ini wabbit ada polka dot warna pink. :hint::hint:

totty said...

hahaaha..giler jiwang..

-langkahbaru- said...

haishhh...ni menghala ke mana masa depan dak2 xmorfis nih...ahahaha
seb baik teddy je....kalo barbie..lol

twenty-six said...

suar dalam saya mempunyai lambang seekor rabbit yang telah di rabit oleh saya.

artszfar said...

Oh macam seluar dalam pink yang ada rabbit tu ka?