Yay!
Setengah hari dihabiskan untuk menukarkan template baru ini kerana sesungguhnya saya adalah bosan dengan gambar ampat ekor penguin itu dan curvy edges yang ada pada template lama. Jadi pakai template lain yang lebih simple dan lebih suci. Template nih dah pakai kat blog Haromoni lama tu. Jadi memandangkan tema tahun 2009 ialah pantas dan suci, maka template ini pun dipakai. Kat atas tu ada link-link 2 lagi site aku yang sekarang aktif dan satu link youtube ke channel aku yang ada la video-video yang dibuat bila takde benda nak dibuat.
Benda paling lama nak buat kalau nak tukar template baru ialah memilih template itu sendiri. Kalau aku, aku nak yang simple, putih, tidak ada 3 column sebab tak tau nak isik apa atau tamau kasi berat-berat nak load, default font yang kecik dan tak pelik. Pastu nak buat gambar header tu pun tak tau nak taruk apa jadi taruk je gambar pompuan jalan kat railroad tu. Taruk gambar idol adalah tidak mahu untuk site bukan idol ini.
Baiklah setelah seminggu sesi persekolahan kanak-kanak bermula, adalah penting untuk diri sendiri mengingati bahawasanya silalah keluar awal sekiranya lecture start pukul 8 pagi kerana ibubapa sangat sibuk menghantar anak masing-masing ke sekolah sehingga mereka sanggup memandu di luar tabii janji dapat drop anak betul-betul depan pintu masuk. Saya bercakap tentang sebuah sekolah yang terletak betul-betul sebelah jalan utama iaitu sekolah Saas. Situ sekolah budak nakal tapi saya terpaksa belajar disitu dengan harapan menaikkan grade SPM sekolah itu tapi saya tolong turunkan lagi HAHAHAAHAHA.
Saya sudah melalui 2 test pertama untuk dua subjek iaitu electromagnetic field and wave dan data communication tapi saya tatau buat lantas saya melukis komik di kertas jawapan. Komik tu berkisar tentang cinta seorang gadis yang bernama Kasimah Safe yang pandai bermain rekoder, tapi dia mengalami resdung kerana makan banyak belacan setelah frust apabila boyfriend dia curang dan bercinta dengan seorang lagi perempuan yang bekerja sebagai pengamal perubatan resdung. Pada satu hari dia ditawarkan oleh girlfriend x-boyfriend dia nih untuk berubat dengan nya. Apakah kesudahannya? Hanya lecturer yang memberi markah mengetahuinya.
Anak-anak jiran sebelah rumah saya sekarang adalah sangat sibuk memantap diri dengan latihan intensif, 18 jam sehari tanpa henti dengan bermain guli. Saya pasti sekarang adalah musim bermain guli di sekolah. Dulu masa sekolah agama (sekolah agama adalah sekolah dimana semua permainan tradisional wujud) saya tak main guli sebab saya tak terer membaling guli atau tak tau atau malas nak sibukkan diri untuk belajar rules dalam permainan ini. Saya juga tidak ada duit untuk membeli guli kerana semua duit telah dihabiskan untuk membeli keropok ubi pedas yang dijual oleh Nor Zaihan yang dibuat oleh emaknya. Pada mulanya ustazah sangat marah kerana berniaga di dalam kelas. Tetapi apabila ustazah merasa sedikit keropok ubi pedas itu, ustazahlah orang yang selalu mendapat nombor satu bila berebut dengan kami untuk membeli keropok-keropok tersebut.
Baiklah saya ada banyak kerja yang perlu dibuat tapi tak tau bila nak start buat. Cuti 2 hari Sabtu dan Ahad adalah sangat cepat.

3 comments:
theme lama lagi best lah
Nak yang simple lah
itu gambar budak pompuan kat railroad ade yang pedobear punye version kan?
kaki sungguh derishous.
Post a Comment