Saturday, September 13, 2008

Puasa punya entry.



Puasa. Ape nak citer ye? Macam biasala puasa tiap-tiap tahun macam tu jugak. Siang pegi sekolah. Petang pergi beli kuih tengok budak Melayu pompuan nak beli kuih Akok tapi pakai macam Beyonce. Malam terawih kat masjid, tak pun KFC. hmmm... Aritu je ler ade aktiviti berbuka dengan sate bersama Muizu ngan Bobo, fellow Bloggerowota.


Malangnya aku sangat kecewa sebab air tebu dah abis. Air tebu adalah minuman paling sedap sekali minum dengan sate. Mana saya tahu? Saya tau sebab saya orang Kajang. Masa saya lahir apak saya sumbat mulut saya dengan sate sedangkan orang lain bagi kurma. Restoran sate Hj. Samuri yang sedang memonopoli perniagaan sate, yang restorannya itu dilengkapi dengan wi-fi setaraf dengan Starbucks itu kehabisan air tebu? Shhhhhhiiiiieeeeeeeeeeeeeeetttt.

Pada hari puasa pertama tu aku gi la merasmikan hi-way LEKAS yang baru bukak sampai Pajam-Nilai tu dari Saujana Impian. Sebab dia free jadi tu yang nak try tu. Kualiti jalan dia adalah lebih baik dari Grand Saga yang kat Saujana Impian tu, mungkin sebab baru kot. Dah sampai ujung, buat u-turn terus balik.


Nih nak snap nih aku lepas dua-dua tangan ni, gila hebat. David Copperfield pun tak berani bawak Kancil stock maximum speed pastu lepas tangan, apentah lagi kalau AR Badul. Macam nak tanggal dashboard gegar dia.

2 comments:

-langkahbaru- said...

oi..itu rpm dah cecah 5 tu..nak meletup enjin tu...haha

mediaposter said...

wow... camtu nye laju oil temperature still ok..

terima kasih kerana menjadi host. takpe lain kali dapat merasa combo sate tebu tu..

aku try gak LEKAS.. memang LEKAS tapi sangat gelap... seram ooo...