Merujuk kepada cerita panas sebuah negeri yang nak beli kereta Mercedes tu kan, sebenarnya tak kisah la dia nak beli kereta apa pun, sekiranya kepenggunaannya berpatutan. Saya sendiri sangat bersetuju apabila Bilal di masjid di mana saya belajar nih membeli sebuah Nissan Skyline, kerana sebagai bilal, dia memerlukan sebuah kereta yang pantas, tidak terlalu rendah untuk melalui bonggolan yang bertaburan.
Dengan fungsi kerjayanya sebagai bilal, yang memerlukan dia melaungkan azan tepat pada masanya, perlulah dia memiliki sesuatu yang membolehkan dia bergerak dari rumah dia ke masjid dengan pantas. Lagi-lagi bila Ramadan nak dekat nih. Kalau lambat seminit nak azan Maghrib untuk berbuka puasa tu, mau mengamuk orang. Dah la lapar, Bilal pulak tak azan-azan lagi. Walaupun kalau dah diyakini masuk waktu tu, tapi bila dah 5 minit dah makan, baru nak azan tak ke rasa pelik.
Tu sebelah kereta tu ada kereta Kancil. Itu ialah mobil saya. Ia adalah kereta paling perfect sejajar dengan status saya sebagai pelajar Uniten. Kerana parking di COE adalah sempit. Tapi kereta saya kecik saya bole masuk parking 5 minit lagi cepat dari sebuah Proton Persona yang panjang. Lihat saja gambar di atas tu. Nampak benda biru besar tu? Itu ialah tangki statik untuk simpan air sekiranya masjid takde air. Tangki tu diletakkan kat salah satu dari petak tempat letak kereta. Walaupun tangki tu dah mengambil ruang kat petak tu, saya masih boleh memasukkan kereta saya sebab kereta saya kompak. Kereta saya boleh melalui bonggol pada kelajuan 127km/h berbanding Porche "ehem ehem" yang rendah dan mempunyai harga shock absorber yang benar-benar mahal.
Setiap kali nak parking mesti tengok orang terkial-kial nak keluar parking kat COE tu sebab kereta mereka panjang. Dan aktiviti yang memakan masa itu mengakibatkan ramai orang yang baru datang terpaksa menunggu lantas menyebabkan kesesakkan.
Muka driver yang terkial-kial itu pastinya malu terhadap diri sendiri dan selalunya mereka akan menumpangkan gadis-gadis yang malas berjalan. Ini akan memalukan diri pemandu dan penumpang itu sendiri. Tahukah anda, gadis yang berjalan kaki mempunyai peha yang lebih mantap (slurrrp...)??
Saya akan membawa sekeping tikar setiap kali ke kelas. Tikar yang kecik cukup kerana setiap kali menunggu seseorang pemandu itu terkial nak keluar parking yang sempit itu, bolehlah saya keluar dari kereta, menghamparkan tikar di atas jalan, ketawa sambil guling-guling dia tas tikar itu tanpa mengotorkan baju saya atau terasa panas bahang jalan tar tersebut.

3 comments:
Yeah, hidup kancil!
ler.. tapi Mercedes kan laju sbb tu beli hahahahhahahahah
gyahahaha...aku suka part gelak guling2 atas tikar time orang nak kuar parking
Post a Comment