Thursday, June 12, 2008

Saya ada selipar itam brand Asadi


Habis dah exam...

Huiiyooo hari ini dalam sejarah. Sepanjang enam tahun aku kat UNITEN ini lah first time paper exam postponed depan mata. Pagi tadi ada paper pukul 9.00 pagi, Engineering Economics. Pastu semua orang dah tunggu dah kat luar exam hall kat library tu, 9:10, 9:30, 9.50, 9:75 baru la ada announcement paper postponed petang. Kan dah kerugian 1 jam 15 minit tu.



Dengan habisnya paper itu, makalah tamatlah special semester untuk tawun ini. Tapi belum boleh rileks lagi, project and assigment Principle of Management kena reject! Aku kena sound sebab group buat tak betul. Lecturer check 15 saat je dah reject. Dia kata tak betul. Banyak lagi group buat tak betul. Semuanya group Melayu. Dia kata Melayu malas. Melayu enjoy sangat dengan duit subsidi, buat keja pun ala kadar.

Tapi aku rasa cuma sebab aku just staplekan aje assignment tu, tak binding macam orang lain, dan aku hanya gunakan kertas A4 60gram berbanding orang lain 140gram, sebab tu aku punya nampak nipis. Dan aku bukan Melayu, aku orang Mongolia. Nama betul Azfatunya Duaribu.

Esok gi kilang papan carik plywood nak buat kulit assignment. Pastu nak taruk engsel. Pastu nak sewa lori nak hantar Uniten. Plastic binding? wadefak?

Nih nak cerita lagi, aku sepanjang daddy and amma pegi holiday sempena ulangtahun Agong aku lunch tiap-tiap hari kat R&R Bukit Dukong. Tapi semalam kedai peberet aku tu tutup, jadi aku pergi la kedai yang pernah jadi peberet aku suatu ketika dulu sehinggalah masakannya menjadi cincai. Makan nasi lauk tak seberapa ngan air RM7.50. Gilar mahal. Kedai wak kat foodcourt Uniten tu bole dapat RM4.00 je termasuk coleslaw buatan sendiri. Tapi bukan nak cerita harga. Ada satu lauk tu, koktel dalam sambal. Aku ingat sedap. Sekali makan rasa macam buntut. Dalam hati aku sumpah je. "Babi ke ni? Babi ke nie?" abis je makan aku doa je kalau benda tu babi harap termuntah la aku balik. Petang tu aku muntah. Tapi tak kuar pun benda tu. Keluar Coca-cola, kuar Nips, kuar wafer Loacker, kuar kentut sekali. Ahaha tu makanan ringan tu untuk menyeimbangkan makanan sihat yang aku dah amik.

Sekian terima kasih. Saya mau ganti tido study malam tadi. Esok keluar mencari bahan buat assignment. Jiran saya pinjam mesin rumput tak pulang-pulangkan lagi. Argh! stress!

Stress = 3xBigMac

No comments: