Ini video saya buat tapi tak hebat sebab nak siap cepat
Okay, 5 hari lepas aku offline sebab aku jadi fasilitator untuk Kursus Motivasi Perdana Uniten Felda 2008 29/5-2/6. Adalah dekat 400 pelajar form 4 dari 10 wilayah Felda ni datang.
Kalau citer Felda selalu ingat mereka ni macam kampung, Mawi dan Ina Naim. Tapi mereka sebenarnya banyak yang lebih baik dari anak-anak "bandar". SMereka mempunyai ciri-ciri positif yang semakin pudar kat bandar-bandar. Semangat kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan, bijak memberi hujah dan pendapat, merancang sesuatu dengan pantas dan efektif semua mereka ada. Agak terkejut dan kagum la saya terhadap mereka.
Dalam Mass Group G (mass group saya) yang terdiri daripada 48 pelajar, terdapat pemimpin-pemimpin yang berani berhujah, pelajar yang mampu mengeluarkan pendapat dengan pantas dan bernas, pelajar konfiden dan lain-lain lagi. Tak hairanla anak-anak peneroka ni suatu hari nanti akan masuk semua universiti di Malaysia ini dalam jurusan yang hebat-hebat belaka.
Dalam Mass group saya juga ada leader, ada peloyar buruk, ada makcik garang, ada adik yang sangat peramah, ada yang pemalu dan segan, ada yang boleh memberi alasan balik kepada yang cuba provoke mereka, ada yang mempunyai vokal yang sangat baik macam saya, ada yang boleh menari zapin, dan ada yang saaaaaaaannggggggggggggggggggaaaaaaaaaaaatttttttttttt lawa sampai semua yang ada kamera datang singgah amik gambar.
Aku handle Group G5 seramai 10 orang, 1/5 kumpulan yang dalam Mass group G ni, dan mereka sangat hebat. As a group of ten and a whole mass group G. Good luck guys in your SPM!
p/s: Deeeeeemmnnnn aku layan lagi Gemuruh Faizal Tahir sejak kursus nih.
No comments:
Post a Comment