Henry, Ameq & Abang Kai
Malam Khamis lepas, dalam pukul 10 malam, aku dapat call dari nombor yang tak dikenali, dari seorang macha. Mr. Arul Retnam. Classmate form 5 aku. Dia suruh keluar pergi rumah lagi sorang member form 5, Henry Kusunar. Aku pun ntah mengapa merajinkan diri pergi.
Sampai jer kat situ ada kereta-kereta dan muka-muka yang dah 7 tahun aku tak jumpa, Arul, Henry, Ajep, Wong, dan juga Ameq yang sekarang sama Uniten ngan aku. Pastu tak lama kemudian datang Encik Kai dan Jamil.
Maka bermulalah sesi hina menghina, kutuk mengutuk, ungkit mengungkit kenangan 7 tahun lepas. Semua benda lama keluar balik macam baru semalam abis kelas. Satu-satu cerita keluar.
Kemudian pukul 11.15 malam kami bergerak. Ke mana? Ke rumah Pn. Suraya, cikgu kelas form 5 yang sekarang menghidap barah otak. Dapat gak naik MyVi baru Jamil pergi Saujana Impian ehehe.
Sampai rumah tu kami disambut dengan senang hati oleh suami Pn. Suraya. Kelihatan Pn. Suraya terbaring lemah dekat ruang tamu. Aku sedih gak tengok yang cikgu penuh sabar dibuli oleh kami tu macam tu. Dia menangis sebab kami datang. Suami dia mula-mula tanya dia kenal tak siapa yang datang ni? Dengan kepayahan untuk bercakap dia jawab "Kelas Derhaka" dengan senyuman. Kitorang pun gelak la ramai-ramai tengah2 malam tu. Kelas Derhaka ni lah yang kenang cikgu sampai bila-bila, dan kelas ni lah yang ramai berjaya mempunyai profession. Kecuali aku dengan Ameq yang masih jadi siswa Uniten ( tu lah dia Uniten perah student bertahun2). Tak lama kemudian kami pun bergeraklah sebab dah tengah malam takleh duduk lama-lama rumah orang. Suami cikgu ni seorang yang sayang dekat isteri dia. Tengok dia dengan sabar jaga cikgu.
Lepas tu gerak pergi Balakong makan kat mapley. Suziela pun baru datang dan join minum. Keluar lagi cerita-cerita lama. Dah abis tu dalam pukul 2.00 pagi aktiviti diteruskan dengan beramai-ramai ke snooker center. Yang mainnya 4 orang je, yang lain kutuk2 je. haha.
Dekat Subuh barulah pulang. Balik2 je lampu jamban tu dah menyala. Boss aku dah bangun nak pergi masjid. Nasib baik tak perasan aku balik hahaah. Kalau tak ada la PE pagi tu bawah bata lari padang 20 pusingan.
No comments:
Post a Comment