Friday, May 16, 2008

3 Tahun Tanpamu~


The total amount paid was only RM6.00!

Yaaa 3 tahun lepas time ini, aku memandu ke Shell Sungai Ramai membeli Dunkin's Donut, walaupun baru pulang bedah buang appendix. Walaupun jahitan tu masih baru dan kulit tak sambung lagi aku gagah kan diri sebab aku kempunan makan donut yang akak aku bawak masa melawat aku kat sepital, pastu abang aku lagi sorang dengan tak malunya makan depan aku.

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada:



Nurse2 dari College Masterskills yang buat practical, ramai2 jaga aku, dari Sabah yang cun-cun belaka ahahaha terhibur.

Pakcik katil seberang yang ada kencing manis, nak operate bisul buang nanah kat celah kelangkang dia. Brader nurse tu kena cukur bulu pakcik tu kat area tu dan sampai sekarang aku ingat benda tu sangat lawak dan betapa tingginya martabat jadi nurse tu. Kadang2 tak lalu makan gak.

Doktor bius, doktor bedah, nurse perempuan dan nurse lelaki yang tak pergi semayang Jumaat sebab nak operate aku. Dan semua staf Hospital Putrajaya.

Mamat dari UTM katil sebelah aku yang contact lense dia pecah kat bijik mata sebab kasi pinjam gelas milo dia untuk aku minum. Ei aku gi sepital drive sorang2 tak bawak apa2 beb!

Terima kasih kepada Apak mamat dari UTM tu yang sangat bangga diri, bila jumpa apak aku, tanpa ditanya diceritakan anak2 dia masuk U itu U ini. Chet! Dia tak sedar tu darjat tak kemana-mana, Tuhan dah tunjuk tanda skit anak masuk sepital pun tak sedar lagi ahah!

Dan apak aku yang keje gomen, dapat potongan itu ini tinggal RM6.00 je aahahahha

No comments: