Sunday, September 30, 2007

Za Fasuto Mare-shia no Mowota Gathering~


tu dia Wota-wota Malaysia

Semua orang sangat sporting semalam. Tanpa latihan, masing-masing dah tau tarian wota nih. kalau kat youtube, tu la dia video wotagei pertama sekali dari Malaysia (Wotagei; gei bukan gay tapi "ge" yang bunyinye panjang. Grammar Jepun).


IPB Image IPB Image IPB Image
Buka puasa dengan Photobooks dan Magazines. Read: meron meron~

Semalam adalah gathering peminat-peminat H!P. Kami berbuka puasadi McD. Ada yang berbuka puasa seawal jam 530petang dengan berbuka photobook Reina, Aibon , Morning Musume, serta majalah lain termasuk yang mengandungi artis-artis graveure, AKB48 dan Johnny's Entertainment.

Setelah selesai aktiviti melantak, mengasap, memerut dan menyolat, kami bersama-sama ke sebuah pusat karaoke yang mempunyai list lagu Morning Musume, GAM, Berryz Koubou, Melon Kinenbi dan lain-lain lagi.

Masuk je pusat karaoke tu kedai tu pasang lagu Egao Yes Nude. Tau tau lak kitorang pakai baju MM. lepas tu mula aktiviti-aktiviti karaoke beramai-ramai sambil mengeja lirik dalam hiragana.


Awas! Sebelum anda klik video diatas pastikan anda berusia 18tahun keatas kerana terdapat aksi-aksi syirik.

Siapa yang datang?
  1. Tokey besar fansub H!P dari Malaysia, xMorfis (Wakil Yajima Maimi dan Umeda Erika dari C-ute). Melaksanakan bisnes poskad H!P yang laku macam pisang panas.
  2. Seorang kanak-kanak bernama Mc4Mass yang suka melompat-lompat diatas sofa adalah merupakan fan Berryz Koubou. Membawa koleksi magazine Jepun dan PB.
  3. Michi sebagai yang berusaha pengerusi majlis yang arrange semua benda nih yang sedia mempertahankan Risa Niigaki dari cemuhan orang lain. Turut berkongsi PB dan majalah.
  4. Rabbit, sidekick Michi yang berbaju pink Konkon. Membawa PB, DVD Johnny's Entertainment artiste.
  5. Ayus wakil MPP Uniten. Dia nih aku tak kenal. Aku main ajak dia thru Messenger. Nasib baik dia berpengetahuan meluas gak hihi. Satu-satunya peminat Ai-Chan yang diketahui setakat ini.
  6. Faiz sidekick Ayus yang berwajah ustaz tetapi meminati Michishige.
  7. Sukidesu wakil MMU yang turun jauh dari Perak semalam.
  8. Gomok dari UTP juga turun dari Perak. Peminat Mikitty yang kecewa dan beralih kepada Risako Sugaya dari Berryz Koubou. Walaubagaimanapun, bukankah lagu wota tu lagu Mikitty?
  9. Escapad nih sapa hah? haha tapi aku ingat dia ada bawak kupon McD banyak.
  10. Muizu - Lagi sorang fan Berryz Koubou. Pakai jersi Jepun tulis 48 (AKB48).
  11. Artszfar - aku lah nih. Membawa barang-barang kering yang telah diorder terlebih dahulu. Termasuk juga Haromoni@ yang masih panas didonlod straight dari Jepun. Menang tanpa bertanding bila masa merebut poskad dan souvenir Kamei Eri.
IPB Image IPB Image IPB Image

Karaoke
Antara lagu yang dinyanyikan:

Morning Musume: Onna ni Sachi Are, Kanashimi Twilight, Sakura Mankai, Hawaiian Medley, Go Girl Koi no Victory, Sexy Boy Soyokaze ni Yorisotte.... tak hingat dah
Berryz Koubou: Special Generation
Mikitty: Romantic Ukare Mode
Melon Kinenbi: Akai Freesia
Utada Hikaru: First Love
Otsuka AI: Smily
etc etc

IPB Image IPB Image IPB Image

Acara pun tamat dalam pukul 1030 malam. Itulah dia serba sedikit tentang gathering pertama fan-fan dari Malaysia ini. sekian terima kasih. Gila malas nak tulis.

IPB Image

2 comments:

Bini Tendou said...

ark!
JE??
NEWS ada?
Yamapi ku ada???
kyaaaaaaaaaa~!! XD

artszfar said...

ada beb, semua ada, yang enka pun ada.