GO MY WAY... GO mae he ganbatte yukimashou...
ichiban daisuki na, watashi ni naritai...
3-2-1 GO~!!!
Ini group apa? Ini bukan group, mereka adalah seiyuu (voice actor). Mereka boleh menyanyi. Tak macam seiyuu kat Malaysia ini yang didominasikan oleh beberapa orang makcik, abang-abang dan seorang budak lelaki yang membawa watak Shin Chan dan satu lagi watak dalam rancangan Dora the Explorer My Ass. Bilangan mereka tak lebih sepuluh orang. Sebab tu la semua rancangan kartun ada suara Nobita, suara Seneo. Mereka tak memberi peluang kepada ramai lagi bakat-bakat muda yang ada di luar sana (seperti saya contohnya; yang sangat sesuai membawa watak Tsukushima Kirari, watak utama dalam KiraRebo [Kirarin Revolution]).
Lagu dalam video di atas adalah lagu dalam game XBOX Idolm@ster. Lagu tu sangat ceria dan telah sampai ke tahap "Mokhsa" dan menjadi ringtone utama dalam telepon aku nih. Akak yang pakai baju merah itu mukanya lebih kurang dengan Oshima Yuko. Suara dia sangat nyaring dan dia la yang jerit part 3-2-1 GO~!!!
Hari ini 23 haribulan. Aku sudah takde duit nak bayar vpn service nih. Maka minggu ni terpaksa la mengikat perut untuk mengumpul wang. Hari Isnin kelas 12-4, lunch kat rumah. Hari Selasa kelas 8-12 lunch kat umah. Hari-hari lunch dekat rumah.
Minyak kereta akan dikurangkan penggunaannya dengan tidak memasang aircond (harap banyak hujan la minggu ni sejuk skit hehe), kelajuan purata juga akan dikurangkan sebanyak 80kph iaitu dari purata 130kph ke 50kph. Selain itu juga, drift juga akan kerap dilakukan di setiap corner di Uniten supaya tiada penukaran gear atau aplikasi brek dilakukan. Ini juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan penggunaan minyak. Janji dapat bayar vpn sudah. Bil lain cam stimix tamau bayar lagi ehehe. Masih menunggu ptptptptptn, wah best plak tekat P dengan T laju-laju. Masih menunggu ptptptppttptptpptptn yang ntah bila nak masuk.
Eii kalau buat part time jadi seiyuu boleh ada pocket money...
No comments:
Post a Comment