Sunday, June 10, 2007

Haiwan Peliharaan Saya




Saya ada sefamili haiwan peliharaan. Mereka adalah Musang Civet. Saya rasa mereka dari spesis "Stripped Civet" atau nama saintifiknya "Fossa Fossana". Sekiranya mereka bukan dari spesis tersebut, saya ingin juga menganggap mereka dari spesis Fossa Fossana kerana bunyinya agak enak didengar.

"Fossa Fossana" bunyinya lebih kurang dengan Farah Fauzana. Walaubagaimanapun mereka berdua tiada persamaan. Jika dibandingkan secara "side-by-side", kecantikan Farah Fauzana adalah tidak tidak setaraf dengan Fossa Fossana kerana Fossa Fossana lebih cantik dan cute daripada Farah Fauzana.

Saya telah membela musang civet ini hampir satu tahun yang lalu. Sebenarnya bukan saya yang membela mereka tetapi mereka yang membela diri mereka sendiri di dalam bumbung rumah saya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan anda semua dengan Fiefie. Video diatas adalah Fiefie. Pagi tadi ayah saya telah menurunkan arahan supaya menghalau Fiefie yang merayau-rayau di longkang bersebelahan ruang membaca suratkhabar.

Saya ingat saya kena halau emak Fiefie yang sangat garang dan besar dan bengis itu. Rupa-rupanya, Fiefie. Malam tadi Fiefie keluar mencari makan, iaitu buah-buahan yang terdapat di kawasan kejiranan saya. Fiefie gemar memakan epal dirumah Epul, anggur di rumah Fuad dan Strawberri di rimah Ayoy. Di rumah saya dia suka makan buah kiwi yang subur tumbuh di halaman rumah.

Fiefie balik rumah lambat hari ini. Hari sudah siang barulah dia pulang. Agaknya dia sibuk mencuci periuk di rumah Ayoy yang melangsungkan perkahwinan dia semalam. Tahniah Ayoy! Oleh sebab itu, perception dia terhadap alam sekeliling agak berkurangan. Dia cuba menyepuluhposenkan wajah jantannya itu agar tidak dilempang oleh saya yang mahukan dia turun.
Ayoy kahwin semalam. Umur dia baru 23 sama dengan aku. Omedetto~


Saya tak tahu kejantinaan Fiefie. Saya agak dia jantan. Walaupun dia jantan, saya panggil dia Fiefie. Dulu saya ade seekor kucing jantan bernama Ella. Nama dia Ella sebab suara dia rock!

Pernah suatu ketika ada seorang ahli Forum Jiwang mengatakan bahawa Fiefie adalah seekor raccoon dan saya bengong. Saya amat berkecil hati dan dengan sabar saya meng-add mamat tadi tu di YM. Melalui YM, PM dan forum tersebut saya mencarut sepuas-puas hati saya. Namun disebabkan saya juga seorang Glomo disitu dan amat tegas terhadap mereka yang mencarut di forum, saya menaikkan warn meter diri saya sendiri dan memadam carutan-carutan indah itu.

Saya ingin menurunkan Fiefie yang tidak tahu buat apa-apa di awning rumah saya tersebut. Walaubagaimanapun, saya tidak tahu ancaman yang beliau boleh berikan. Jadi saya menghalaunya seperti menghalau kucing iaitu dengan memuncungkan bibir dan membuat bunyi shiohh shioh.

Setelah sekian lama berusaha, Fiefie akhirnya berjaya memanjat ke atas awning tersebut dan dari situ dia terus berlari menuju puncak bumbung rumah saya dan mencari jalan pulang, kembali ke dakapan ibu dan sedaranya yang seekor lagi itu~

No comments: