Monday, June 25, 2007

Hai! Takekoputaa de Gozaimasu~ [updated: Bingo! PV]


Online Videos by Veoh.com


Inilah dia, PV (promotional video) single terbaru AKB48 yang akan keluar 18.7 depan. Ramai.... Colorful... Bukak je tracker nampak pulak PV nih terus download. Nasib baik laju. Thanks to vpn, tiada lagi kesan throttled.



Sticker besi Doraemon aku dah sampai. Pagi tadi dengar bunyi posmen dengan pantas aku keluar untuk mengambil surat. Bukak pintu je brader posmen baru abis round area aku nie dan dia mengangkat tangan kanannya menunjukkan ke arah peti surat rumah aku nun jauh di sana, dekat pintu pagar.

Dengan mengangkat tangan kanannya, dia melepaskan throttle motorbike hak milik kompeninya itu lantas motornya tersengguk dan dia tersenyum mengover kemaluan yang dialaminya.

Dapat surat dari Thailand. Aku beli sticker tu dari Thailand dengan harga 5.98. Jika 6 Ringgit dianggap mahal bagi sticker cinonet ini, aku membayar 5.98 USD. Waaaaa sangat mahal!. Sangat kecewa bila bukak surat tu dan nampak sticker yang saiz dia besar sikit dari lobang idung aku nih.

Sticker ini untuk lekat dekat henset. Tapi aku tanak lekat dekat handphone aku, sebab nanti orang tak nampak kilatan Doraemon itu. Aku amat jarang mengeluarkan dan menunjukkan henset aku ni kepada orang ramai kerana ianya sangat besar dan aku sangat phobia berikutan satu insiden yang ngeri disebabkan handphone aku nih.

Pada suatu hari aku sedang memandu menuju COIT di Uniten. Aku mengeluarkan henset aku nie dan seekor biawak yang hendak melintas dekat jalan nak ke COIT tu tiba-tiba ketawa secara tiba-tiba (memang banyak gila biawak dekat situ). Oleh kerana berasa sangat terhibur melihat henset aku yang sangat besar itu, dia tidak nampak bas Uniten yang kontot itu tengah lalu. Maka tamatlah riwayat biawak itu di tengah jalan.

Sticker ini sangat berkilat dan kawaii. Secara automatik aku tak perlu menukar rim atau ekjos KBKK aku nih kerana ia sudah cukup hebat dengan satu tampalan sticker. Ibarat satu biji tahi lalat Azean Irdawaty tu la. Jangan ada tangan yang menggapai menggatal nak kopek sudah. Ade yang kena Pang! sampai hampir layu terkulai, seluruh harapannya berderai.

No comments: