Saturday, March 3, 2007

Pojek

Ai la pojek. Pojek adalah sesuatu yang membuang masa dan mengganggu fokus kat benda lain. Nih lagi sebulan nak final, ada satu lagi kuiz dan satu lagi test dari subjek yang diajar oleh X-V-C uniten, benda yang paling perlu dielakkan oleh student uniten sendiri (aku buat singkatan supaya kalau dia goggle tak jumpe hehe).

Bila masuk kelas dia nih, korang hanya perlu tenung slide dia, tak payah baca, pastu pikir benda-benda lain supaya tak mengantuk. Apekah "benda" yang perlu dipikirkan supaya tak mengantuk? Hehe sendiri paham la. :tanduk:
kalau aku, aku pikir nak makan nasi dengan ayam goreng dengan kuah kari dengan sambal belacan taruk banyak-banyak. Kuah kari mau jenis yang bila dah basuh tangan sudah makan tu, bau dia tak hilang sampaila besoknya. huuuu air liur pun jadi kurang likat.

Incik mau no telepon musume-musume tu tak? dalam group tu saya je single, tapi saya bukan gei macam Awal Shaari.

Pojek punya hal, semalam pegi interview sorang Streamyx Tech, Incik Ideal. Pilihan yang tepat untuk menjawab soalan-soalan mudah dari aku dan group. Tapi jawapan dia ada yang terlampau advance aku pun kena google bila balik rumah sebab tak paham. Tapi oklah sebab risau silap interview orang. Sekurang-kurangnya, musume-musume dalam group aku boleh paham la. Timasih, timasih sebab tolong kitorang. Sebelum nih takde komunikasi berkesan antara aku ngan dia, samada dalam gathering Jwg atau gaythering gay jiwang. Tapi sempat gak kami mengutuk 5-6 orang semalam. Yang merah kitorang kutuk yang hijau kitorang kutuk. Amik korang! kitorang tak kutuk pun saja aku nak tulis kengkonon kitorang kutuk.

Nih nak interview orang atas TM pulak ni Assistant Manager Family Planning & Developement. Masalahnya, time's running out. Harap Incik otai boleh terima request dari group kitorang nih. Ala Incik, meh la borak-borak ngan kitorang. Nanti raya kitorang hantar la kad raya...

Untuk pojek nih jugak, aku buat la online survey. Ini hanya nak menyupport survey-by-hand yang dibuat. Bila baca jawapan yang diisi, pelik-pelik la yang dibagi. antaranya:

16. Adakah anda mempunyai cadangan atau idea untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan internet? Sila nyatakan.

(jawapan isik sendiri)
- Itu bukan kerja saya untuk mencari solution.
- mutu gaya dah (sic) keunggulan.
- suruh artszfar jadi gay

wahahahahaha yang last sekali tu lawak gile. Ada gak laki yang tak tahan ngan aku ek ehehe. meh sini alamat umah. Aku datang, aku sekeh kepala sampai kuar api jadi macam Ghost Rider. Untuk perhatian, saya bukan gei;

Nama saya Jahat, AsPapa Jahat.

AsPapa jangan Aspapa jahat

Jangan Aspapa nakal sangat
Mama jangan mama sekat
Jadi Aspapa tak terleka...

kalau mau gei sila contact Awal Shaari ataupun Faisal wanimilian.

9. Dalam tempoh tiga bulan yang lepas, aktiviti manakah yang telah anda lakukan secara online?
(jawapan isik sendiri)

- mengendalikan radio online dan memuat turun video lucah (hehe ikhlas jawapan dia, rasa cam kenal je mamat nih).
- bergaduh dengan gf saya melalui internet (nih ikhlas jugak, hitech gado, cuma kalau online takde lempang melempang)
- jawab survey (tepat tapi tak tepat. huh?)
- Meng anti virus (satu kata kerja yang patut masuk dalam B. Malaysia).

Nasib baik tak bagi tulis sendiri untuk jantina, kang ntah ape spesis manusia yang keluar kang.
- Transexual yang dah buat operation pasang laki punya "tutu", saya mintak kuda zoro punya saiz, tapi dapat kuda padi.

Besok gi karaoke ah. Itupun kalau takde groupwork petang. Aku baru mendengar dan mula menyanyi lagu Samson kenangan terindah seminggu lepas. Mana aku layan lagu Melayu-Indon nih. Sebab utamanya, aku tak paham B. Melayu.

Jumaat lepas, ada test Calculus pukul 8 malam. Maghrib pukul 7.30 malam. Solat itu penting setiap masa terutamanya exam. Doa tu juga satu ikhtiar. Jadi kat umah aku dok pikir nak semayang maghrib kat mana. Kalau kat umah lewat pulak nak ke hall. Kalau masjid lambat pulak nak abis, kalau kat library uniten karang, ade pulak yang cuit bahu kena jadi imam.

Jadi aku ade idea iaitu menyolat kat surau tol plaza Sg. Balak, Silk Hiway. Takde orang langsung kat situ!!! Gelap je. Surau tu baru sebab takde orang pakai. Karpet dia pun lembut lagi sampaikan boleh sentuh bulu idung aku masa sujud. Semayang pun risau jugak, kang bagi salam ada "benda" tumpang jadi makmum karang.


Pintu surau dia pulak ada engsel yang buat pintu tu tutup sendiri. Kedudukan suis lampu dengan pintu pulak jauh. Masa tutup lampu nak blah, aku bukak pintu luas-luas pastu aku lari masuk dalam, tutup lampu, pastu lari balik sebelum pintu tu tertutup. Gelap gila! Nasib la sebelum pintu tu tertutup, aku dapat sambar tombol dia. Karang pintu tertutup, aku dalam kegelapan, tak boleh bukak pintu, ada pulak tangan-tangan keluar kat dinding tu. uuuu seram beb. Aku pernah terkurung kat jamban library Uniten, 5 minit sebelum exam. Abis kopak pintu tu aku kerjakan. Cerita dia dalam blog Friendster aku.

Lepastu masa drive ada pulak Kancil model baru putih 2 orang naik cucuk aku. Aku pun terbakar hati. Aku kasi la diorang potong aku mana tau bini dia nak beranak ke. Padahal lelaki 2 orang je. Pastu aku masuk balik lane belakang dia. Lepas tu nampak "660". Alahai, aku tekan suku je pedal minyak menyucuk buntut dia. Sampai depan Shell Sg. Ramal tu, aku pun memedal to the floor memotong dia. Bukan setakat memotong, aku memandang tak puas hati dan seterusnya mengambil jarak setengah jam depan dia. Kancil Kusumi Koharu aku dengan sticker P Jepun itu meluncur laju. Tu belum keluar api lagi tu. Ye lah, aku kan Ghost Driver. Bugatti Veyron pun tak mampu parking secepat aku.

1 comment:

sankai said...

yang mamat mengendali radio kenal ;er sesangat....die jer dj yang selalu buat radio on line, padaal torrent tengah jalan donlot dari pretna..mwuaaahhahahha...