Hari tu aku ada dapat surat dari bank. Balance ada la dalam pepuluh ringgit je. Tapi dengan rasa boros, aku nak abiskan jugak. Jadi aku jalan-jalan, jumpe la ada orang jual 2 keping benda nih dengan harga usd 1.99 aku pun terus bid. Bid punya bid punya bid, aku hanya dapat Go Girl punya CD dan Shabondama punya terlepas sebab connection lambat. Yelah, bid dalam 15 saat terakhir, bila aku up, orang sebelah sana pegi up lagi, jadi aku tak sempat. Jadi aku terus bid untuk Morning Musume Sakuragumi Hare Ame Nochi Suki. Okayla tu. Hari nie package ni pun sampai kat aku.
Aku masih ada lagi kupon 20USD tak tau nak pakai buat apa. Kalau nak pakai kena top-up pakai duit sendiri yang mana aku takde buat masa ni. Jadi sapa-sapa yang baik hati boleh la transfer kat akaun BCB aku, dengan mengontact aku kat YM untuk no. akaun. Ingat, setiap wang yang disedekahkan adalah amat berharga...
Nie tengah busy buat slide powerpoint untuk presentation progress report esok pagi hari Rabu. Speech pun tak tulis dan hafal lagi. Tapi yang penting, aku nak present pertama sekali besok. Kenapa aku nak present pertama sekali:
1. Tak risau bila tengok orang lain present lagi best dari anda. Memandangkan kelas itu terdiri dari pelbagai kaum yang tidak berbahasa Melayu, jadi aku kenala keluar menyelamatkan diri dulu.
2. Bila dah present boleh rileks dan kutuk-kutuk orang lain.
3. Aku boleh buat style presentation aku sendiri. Tak perlu ikut cara orang lain.
Sebenarnya untuk group aku, sepatutnya bukan aku, tapi memandangkan orang yang sepatutnya present demam teruk, dan poket 4 dimensi dia juga affected, dia tak dapat la mengambil antidote. Sekiranya anda membaca ini dalam demam, sila ingat bahawa ada pizza yang perlu anda belanja untuk saya.

CD yang aku beli tu, aku bukak, pastu terus simpan. Abis. Nanti aku Haro! Shoppingu lagi. Beli pen yang Tsunku pakai untuk tulis lagu JKM.
Morning Musume Go Girl ~ Koi no VICTORY adalah lagu MM yang pertama sekali dengar dan tengok PV dia. Tapi sehingga PV kedua (JKM) yang mengubah orientasi aku dari Perancis ke Jepun. Thanks to OG yang ringan mulut promote benda nih hampir 2 tahun lepas. Kalau ko tak promote aku mungkin dah jadi pelajar terbaik dengan bilik yang penuh dengan fail mengandungi sijil-sijil dekan.
Aku bukanla lama mengenal MM nih, tapi dedikasi aku lebih dari orang yang dah lama mengenal. Aku mendonlod 10GB pertama semasa exam week final semester diploma aku yang mungkin memanjangkan lagi tempoh semester aku.
Dan dari MM nih aku dapat membuka kedua mata aku ke Jepun. Aku tak layan anime atau JDorama or Jwhatsoever. Tapi sekarang, aku pun masih tak layan anime, dorama pun sekeping-2 je tajuk. Hanya variety shows seperti Lincoln, HG je layan. Disebabkan internet connection teruk, maka aku pun stop layan variety shows nih, melainkan Haromoni, sampaikan cara aku cakap pun pattern perempuan punya. Satu aje yang menghalang aku dengan Jepun ialah ketidakmampuan aku menelan seafood.
Dan dari blog friendster aku yang ada donlod section (dengan kemampuan server yang hebat) sendiri la, Lati0s dan FionaX bawak masuk ke Uniten, dan diorang ada kumpulan peminat diorang sendiri. FionaX sebelum ni aku tak kenal pun sapa FionaX ini. Dan FionaX pulak mengenalkan aku dengan Akak Uyu Momusu (aku tulis no phone dia camtuh) yang dengan seronoknya memberi harddisk 20GB kepada aku, dan aku telah merosakkan dengan tidak sengaja T-T. Tapi kemudiannya dia bagi aku 80GB pulak yang mengeringkan rare item aku. Yang aku tahu, satu rumah dia layan. Yeah! "Murni Musume"! Tapi tu tu dulu, sekarang kalau kira mau 3-4 bulan baru abis tengok semua secara non-stop 24/7.
Sekarang kalau Noob cerita dengan aku dia ada banyak koleksi, cukupla aku sebut "Iye?" dengan rasa kagum agar semangat dia tak dipatahkan.
Sekian terima kasih kerana sudi membaca satu penyampaian yang berbau takbur tapi ikhlas ni. WAAAAAA!!! esok presentation!
p/s: Kastam curik T-shirt Kamei Eri aku bernilai hampir RM200. Duit raya tu T-T.
No comments:
Post a Comment