Tak pernah aku cerita perkara nih dekat orang lain. Selama ni hanya family aku saje yang tahu. Dan mereka sendiri tak pernah ceritakan perkara ini kat aku sehingga aku dapat tahu sendiri. Pernah sekali Mommy & Daddy tersasul kata, bila kutanya, cepat-cepat mereka katakan "takde pape... bila kau 22 tahun nanti kau akan tahu sendiri...". Itu saja yang mereka cakap.
Hampir setengah tahun aku cecah 22, aku tak pernah tanya pun kenapa aku nih pelik. Kenapa aku ni perangai berubah-ubah; kejap cool, kejap hot melampau, kejap senyap, kejap bising dan seperti ombak datang perangai tu berubah-ubah. Kenapa kadang-kadang aku cakap benda dan perkataan yang orang lain tak paham, tapi aku paham. Kenapa aku tak pernah sensitif dengan perasaan orang lain.
Sejak kebelakangan ini, tidur aku selalu diganggu dengan imej-imej yang pelik. Alam yang berbeza, makhluk-makhluk yang berbeza rupa fizikalnya dari manusia biasa. Aku sendiri tidak seperti diriku. Makhluk-makhluk yang bertutur dalam bahasa yang aku sendiri tak paham, tapi aku boleh faham. Mengatakan aku milik mereka.
Sehinggalah pagi ini, tubuhku mengeluarkan organ yang sangat pelik di bahagian belakang. Nak kata macam sirip jerung tak juga, lebih kepada tentacle yang kita boleh lihat dalam cerita Spiderman. Aku agak kaget dan tak semena-mena tentacle-tentacle tersebut (ada 4 semuanya) masuk semula ke tubuhku.

"Sudah tiba masanya..., ketahuilah bahawa kamu bukan dari kalangan manusia," ibuku tiba-tiba terpacul di pintu. "Tapi kami tak pernah bezakan kamu dengan manusia lain". Mommy menceritakan segalanya.
Amat pedih dan pasrah aku menerima segalanya. Aku bukan manusia. Terjawablah segala teka-teki dalam hidupku...

3 comments:
bdn andakah itu ? menakotkan. cam alien :D
heh dah nak ilang dah. bekam banyak khasiatnya. saya pergi ke tempat bekam beramai-ramai.
xsaket ke ? de tarik kulit kite..eiiiiiii xtercabut ke kulit tu ?
Post a Comment