Wednesday, December 7, 2005

Satu Permulaan yang Baik!

~ Part One ~
(kalau malas skip ke Part Two terus)

Percaya atau tidak 4-5 hari lepas aku baru menamatkan penontonan semua episod dalam satu siri drama Jepun. Itulah aku pertama kali tengok cerita drama Jepun dari episod 1 sampai habis. Kalau cerita Korea ada gak tengok sampai abis. (sorilah aku masih cerita pasal benda-benda berkaitan Jepun nie, takde benda nak citer).

Cerita nyer bertajuk "MINIMONI - The Brementown Musicians". Cerita ni bukanla cerita cinta-cinta yang hero dia muka jambu dan heroin dia muka Barbie. Cerita ini... erm cerita ini... yerla yerla ini cerita budak-budak sebenarnya. Cerita pasal pengajaran dan takde cinta-cinta dalam dia. Aku budak kecik yang terperangkap dalam badan budak besar jadi tak salah la aku tengok. Minimoni nie subgroup Momusu (adusss). Terdiri daripada 3 anggota Momusu paling rendah + sorang minah mixed Jepun & Mat Saleh. Target dia bebudak ler...

Secara pendeknya cerita nie ada 12 episod, terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama berlaku dalam tahun 2004 dimana pelakon utama dia Takahashi Ai (peberet aku nih!), pastu bahagian 2 tahun 1974, lead dia Tsuji Nosomi dan bahagian terakhir berlaku dalam era lepas perang, tahun 1949, lead dia Kago Ai.

Cerita dia start terbalik iaitu dari tahun 2004 pastu baru la dia cerita asal-asal dia. Cerita dia pasal sorang Tuan Muda nie gado ngan mak bapak dia, sebab bapak dia sembelih ayam kesayangan dia (serius, tak tipu). "Hina" (Kago) orang gaji baru kat rumah tu, dialah menceriakan keadaan sampai family nie kembali ceria. Sempena birthday, tuan muda tu nak persembahkan la kat mak bapak dia satu persembahan harmonica dengan si "Hina" nie. Tapi si Hina ni ada hal jadi dia balik lambat sedangkan bapak tuan muda nie nak cepat sebab ada kerja. Tuan muda tu pun mainla dulu tak tunggu Hina pastu dia mati sebab sakit jantung.

Maka roh tuan muda tu jadi restless sebab sampai dia dapat main harmonica dengan sapa-sapa pun baru dia boleh mati dengan tenang. Hanya loser ajer yang boleh nampak hantu ni. Hina tadi mulanya loser tapi mak tuan muda tu dah anta pergi sekolah jadi dia tak nampak dah. Pastu rumah tu ditinggalkan.

Bahagian 2, tahun 1974 adalah minah nie, "Neko" dia nie kira glamor la. Tiba-tiba dia jatuh cinta dengan lagu-lagu Polka, terus dia jadi loser. Dia dengan 2 lagi loser nak buat band polka nie. Satu hari diorang pergi la praktis kat rumah tinggal tu. Pastu jumpa hantu tu, dan diorang ajak masuk band diorang sebagai pemain harmonica sedangkan dia hantu. Last sekali ada insiden yang menyebabkan 2 loser tu berubah jadi winner plak maka tak ada la band polka tu. Tak dapatla hantu tu nak main harmonica. Melepas la jua.

Bahagian 3, tahun 2004, "Donkey" baru pindah kat rumah tu, pastu dia jumpe hantu. Dia dapat assignment buat lakonan jadi dia nak buat persembahan harmonica dengan hantu tu. Tapi akhirnya tak dapat jugak (malas pulak nak cerita).

Akhir sekali, Hina yang dah tua nak buat rumah tu jadi muzium harmonica (Hina nie dah jadi pemilik syarikat pengeluar harmonica terbesar). Masa birthday dia pergi la kat rumah tu sorang-sorang main harmonica, pastu Donkey ngan Neko kebetulan lalu situ terdengar, lalu 3-3 perempuan tu main harmonica. Pastu hantu tu muncul dan dapat la dia main sama-sama... happy ending.

Walaupun cerita simple tapi diorang tetap pandai main emosi dan lain-lain lagi. Ending dia, memang best tapi aku taknak cerita. Nak tengok download, tak nak sudah, aku tak rugi ape-ape, cuma aku menjadi lebih ceria menonton hehe.

~ Part Two ~
Siapa student Uniten mesti tau Imrish Cafe yang agak baru dibuka tu. Terletak kat bekas Deli Cafe yang dah bangkrupt sebab Bangla yang kuat speaking tu dah tukar jadi orang Arab. Cafe nie terletak kat sebelah Koperasi tu le...

Aku nak bagitau makanan dia sedap-sedap sehingga para pelakon siri Doraemon; Nobita, Gian dan Senyo pun sarapan kat situ. Muahahaha kalau nasib baik boleh jumpe Doralin ngan Shin Chan sekali. Gian suka makan mee kari, Senyo suka makan ape saje mee yang ade.

Aku nak bagitau yang makcik jaga kaunter tu seorang YANG KECCHOHHH ARRR!!! <- Balas dendam nie... KECOH ARRR DIA NIE.... muahahaha tak puas hati aku. Lawak betul dia nie dengan muka seposen dia.


No comments: