Thursday, November 17, 2005

A Whole New World/Me/Whateva la

Nie aku nak tulis panjang-panjang. All in one.

~ Intro ~
Dekat sebulan jugak la aku berasa malas nak blogging nih sebab aku mengalami tekanan mental yang melampau. Aku tak tahu samada aku dapat habis dip nie ke tak... semuanya bergantung kepada result final sem aku. Penatlah buat diploma selama 3.5 tahun dimana 0.5 tahun terakhir tu adalah semester tambahan mengincreasekan ability dan kematureran diriku ini. Ehe!

Raya pun macam tak raya sebab kecuakkan menunggu result yang melampau. Hari Raya? Apa tu Raya? Siapa aku? Dimana aku? (sambil mengira berapa banyak jari yang aku ada)

~ Hari ini ~

Khamis 17/11/2005, 1030AM ;-- ala ala diari la konon.

"Broom Brooommm!!! Pinnnn Pinnnn" ehe! bunyi motor poslaju datang. Bunyi yang sememangnya aku tunggu-tunggu. Hampir-hampir aku keluar ikut tingkap bilik tapi dah 21 tahun aku tinggal kat rumah tu, aku tahu memang tak muat punya aku keluar ikut tingkap. (AMARAN: AYAT JIWANG DIBAWAH!)

Tatkala aku membawa diriku keluar pintu rumahku, syurgaku... Ku terlihat seorang posmen yang terhensem di alam fana ini... syurga telah kehilangan seorang malaikat... Gugur hatiku melihatmu abang posmen... oh abang posmen...

heh sebenarnya abang poslaju gemuk hitam (cam kembar bob AF2) tu jugakla. Dia jaga area umah aku nih bagi Poslaju, Posmen biasa orang lain. Kat tangan dia aku nampak surat besar yang aku penah dapat 3.5 tahun dulu.

"Memang tunggu surat ni ke dik," abang posmen sempoi tu tanya. "A'ah, thanks la bang, Selamat Hari Raya," aku jawab sambil menandatangani (sain) surat tuh.

Dapat dah borang registration UNITEN tu. Untuk pengetahuan, dalam masa 5 jam selepas tu,
(1) aku telah mengisi semua borang tu (tidak termasuk ada part yang mak aku tulis),
(2) aku pergi gunting rambut nak amik gambar,
(3) aku telah pergi ke UNITEN jumpe akak kat kaunter Pejabat Pendaftar confirm aku lulus ke tak exam. (tahukah anda, orang yang jaga kaunter tu tak pernah sama),
(4) Mintak sain saksi, aku mintak kat Asst. Registrar, malas nak jumpe magistret mahupun Justice of Peace (JP) macam aku pernah buat dulu,
(5) Draw duit dari Tabung Haji yang bilangan customer dia ramai gileeeerrrrrssss (a lot),
(6) Buat money order nak register kat Pejabat Pos,
(7) Amik gambar ukuran pasport,
(8) buat medical check-up & X-ray (staff jaga x-ray memang cun, segan aku bukak baju tadik). lupa plak,
(9) aku ke opis YTN dan hampir nak register secara online tapi result tak dapat lagi dik...

Suma dah siap tinggal nak seterika baju kemeja Gucci, dan polish kasut Christian Dior aku ajer, Tali pinggang Armani dah ade dah. Mercedes Benz esok nak pergi sewa. ehe!

Aku lunch pukul 6 petang. Aku memang suka buat kerja cepat-cepat melainkan assignment/homework/balas testo kat FS.

Daddy aku telah start bagi lecture supaya belajar (alahai...) dia suruh jadik successful macam dia, (ini bukan nak berlagak tapi sebagai idola - jadikan mak bapak anda, idola anda). Bapa kepada daddy adalah seorang tukang kebun/imam surau. dan daddy aku selalu cakap;

"You must be very successful, I'm successful. My father is a gardener who don't even cares about my education. Now I'm a ****** ****** officer. You should be more successful than me man!"

FYI, daddy aku kalau bagi semangat mesti speaking punyala. Kono la eden menahan, tapi ade betulnye....

Cukup ar tuh taknak ar citer pasal study nih.

~ Aku yang debab ~
Sepanjang cuti nih semua anggota keluarga kata aku debab, tang pipi dengan bawah dagu, aku ada 5 lapis dagu ehe! (lemak). Aku kata kat mama aku dapat borang UNITEN nanti nak start jogging la... Maka besok pagi (15/11) aku akan start jogging pada pukul 6.30 pagi (untuk pengetahuan aku tiap-tiap hari bangun pukul 5.30 pagi sebab rumah aku adalah kem tentera. (daddyku seorang soljar).

Pipiku tembam, dan aku tergelak nonton gambar pasport baru siap tadi. Menurut medical check-up siang tadi, dengan tinggi dan beratku sekarang, aku masih berada dalam tahap normal dalam BMI [body mass index, berat(kg)/tinggi(meter)xtinggi(meter)]...

Ok kepada adik-adik peminat bolehla menunggu sepanjang jalan utama Taman Koperasi Cuepacs sebab tu memang route jogging aku sejak azali lagi...

~ Bahasa Jepun ~
Sejak sebulan setengah yang lepas dimana aku start mengumpul video-video Morning Musume termasuk variety show diorang aku minat pulak dengan bahasa ni. Antara perkataan terawal yang aku belajar ialah;

i - sugoi; maksudnya hebat kalau impressed dengan sesuatu cakap nih.
ii - kawaii; ini ramai yang tau maknanya "cute". Boleh dicakap pada banyak situasi dimana ada objek cute seperti:
1- ada jumpa budak kecil cute
2- ada gambar hello kitty kat henset korang
3- ada nampak bunga kat taman
4- ada nampak budak pakai cermin mata bawak Kancil warna biru
5- ada nampak gambar arnab warna putih atas panties perempuan warna pink
6- cakap ajer bile-bile
iii - kowai; scary, guna bila ada benda seram atau dalam situasi seram
iv - yatta; maksud dia "I did it" cam tu la

kalau salah tolong betulkan sebab aku baru nak belajar. Nanti dah pandai sikit aku cakap Jepun dengan Mizuchi-sensei & Fuad-sensei. Watashi wa Aspa desu. banana o-hitotsu kudasai. (eeehhhh???? sugoiiii!!!)

~Morning Musume~ (skip kalau taknak baca)
Heh hidup aku lebih ceria nonton video diorang, lagi-lagi dalam rancangan Utaban dimana 2 pengacara lelaki dia memang lawak gilerrrrsss. Ada yang ada english subtitle, yang takde pun lawak jugak. Dah dekat 100GB aku kumpul. Tak cukup harddisk, aku burn video-video Alizee masuk CD-R, tak layak dah dia ada dalam HDD aku. habis madu sepah dibuang. Aku juga telah tulis artikel pasal MM nie untuk Jiwang.org, boleh klick bawah nie kalau nak baca.

Morning Musume: Kumpulan Wow! Jepun

Kepada yang anti MM, atau tak suka girl groups or whateva lantakla korang. Seperti kata pujangga, aku la tu; Lain Orang, Lain Style. Aku minat lagu-lagu yang boleh buat aku happy, antaranya lagu kiddie macam lagu sesame streets ke, PP Girls ke, sebab tu la aku layan MM, tak pening kepala.

Antara video (short clips) yang menjadi pilihan untuk posting kali ini (streaming alright, no broadband, no, can't do)

Morning Musume watches clip from The Ring
- dalam talk show nih, Makoto Ogawa cerita pasal dia tengah tengok The Ring, pastu dia tertido, pastu dia mimpi yang Sadako keluar kat TV dia, dia terjaga, TV kat depan dia, pastu dia tak dapat tido sebab dia ingat betul-betul. Semua member MM dan cuak giler dan pastu monitor depan dia....(sila tonton)...
Mari Yaguchi punyala cuak sampai nangis. Dia juga terkencing dalam seluar dalam rancangan tu (aku tambah bagi best ajer).

Kamei Eri Leg Trick - Dalam Utaban (rancangan yang pengacara dia memang lawak samdol skit). Ntah hape ntah Kamei Eri jalan tak betul skit. perkataan paling sesuai ialah kawaii kepada pengacara tu... ape nama dia ntah, taka-san ajerla

New Single Video Clip - Single terbaru MM, baru keluar 9/11 haritu, Chokkan 2: Nogashita sakana wa ookiizo

ok bye!

No comments: