Hari ini hari Rabu. Aku takde kelas pada hari Rabu. Nak duduk rumah pun malas. Maka aku tetapkan setiap Rabu 9-12 aku duduk kat library. Duduk. Masa nak balik rumah ada pulak lawatan sambil belajar. Budak skola mana aku pun taktau. Adala dalam dua kelas kat lobby dengar penerangan pasal library UNITEN.
“Para pelajar sekelian…. Ini ialah Library UNITEN. Kami mempunyai ribuan buku. Selain itu kami juga menyimpan daging-daging, ikan dan ayam beku untuk kegunaan Food Court Uniten. Ini kerana kami mempunyai air-cond yang ultra-sejuk,” kata pegawai yang bagi briefing tu.
“Ketika ini, tidak ramai pelajar yang datang belajar kerana semester baru baru bermula. Hanya sebilangan pelajar yang sedang berusaha agar tidak ditinggalkan couple mereka sahaja yang ada.”
“Apabila tiba musim peperiksaan, kami juga bertindak sebagai hotel untuk para pelajar yang konon-kononnya study datang untuk menunggu panggilan telefon dari ibubapa mereka.” tambah beliau lagi.
Hello Samad
-Hello mak…
kat mana nih? tido ke?
-tak… tengah study kat library…
“Library juga menyediakan kemudahan internet dengan bilangan komputer yang sejajar dengan pelajar. Nisbah komputer dengan pelajar ialah 1:698. Para pelajar dikehendaki menempah komputer 3 bulan lebih awal.”
“Kami mempunyai banyak tandas untuk keselesaan para pelajar. Ianya amat bersih. Kami menempatkan seorang pencuci bagi setiap tandas. Sekiranya ada pelajar yang hendak ke tandas, para pencuci dengan segera masuk dan buat-buat cuci tandas. Paling tidak pun para pencuci akan meletakkan troli pencuci dipintu. Ini supaya para pelajar tidak dapat menggunakan tandas dan tandas kami sentiasa bersih untuk tatapan para pelawat,” tambah pegawai tu lagi.
Aku yang nak turun terus patah balik amik 4-5 biji buku tebal cam JAVA, HTML guide sedangkan aku tak pakai pun buku-buku tu ahaha. Saja nak berlagak kat bebudak.
“Lihat abang itu!” Jerit seorang adik pengawas.
“RAAAAJIINNNNYEEERRRR!!! WAAAHHHH…” sambut rakan-rakannya yang lain.
“Abang, boleh berkenalan…?” tanya seorang adik yang comel
“Abang, besarnya ototmu dilengan! kuat angkat buku laaa…'’
Hidungku membesar berlipat ganda tanpa disedari….
No comments:
Post a Comment