Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Thursday, December 28, 2006

I'm an Alien Ue! Ue~

Tak pernah aku cerita perkara nih dekat orang lain. Selama ni hanya family aku saje yang tahu. Dan mereka sendiri tak pernah ceritakan perkara ini kat aku sehingga aku dapat tahu sendiri. Pernah sekali Mommy & Daddy tersasul kata, bila kutanya, cepat-cepat mereka katakan "takde pape... bila kau 22 tahun nanti kau akan tahu sendiri...". Itu saja yang mereka cakap.

Hampir setengah tahun aku cecah 22, aku tak pernah tanya pun kenapa aku nih pelik. Kenapa aku ni perangai berubah-ubah; kejap cool, kejap hot melampau, kejap senyap, kejap bising dan seperti ombak datang perangai tu berubah-ubah. Kenapa kadang-kadang aku cakap benda dan perkataan yang orang lain tak paham, tapi aku paham. Kenapa aku tak pernah sensitif dengan perasaan orang lain.

Sejak kebelakangan ini, tidur aku selalu diganggu dengan imej-imej yang pelik. Alam yang berbeza, makhluk-makhluk yang berbeza rupa fizikalnya dari manusia biasa. Aku sendiri tidak seperti diriku. Makhluk-makhluk yang bertutur dalam bahasa yang aku sendiri tak paham, tapi aku boleh faham. Mengatakan aku milik mereka.

Sehinggalah pagi ini, tubuhku mengeluarkan organ yang sangat pelik di bahagian belakang. Nak kata macam sirip jerung tak juga, lebih kepada tentacle yang kita boleh lihat dalam cerita Spiderman. Aku agak kaget dan tak semena-mena tentacle-tentacle tersebut (ada 4 semuanya) masuk semula ke tubuhku.

"Sudah tiba masanya..., ketahuilah bahawa kamu bukan dari kalangan manusia," ibuku tiba-tiba terpacul di pintu. "Tapi kami tak pernah bezakan kamu dengan manusia lain". Mommy menceritakan segalanya.

Amat pedih dan pasrah aku menerima segalanya. Aku bukan manusia. Terjawablah segala teka-teki dalam hidupku...

Kesan tempat tentacle-tentacle yang keluar dari tubuh

Pagi tadi aku pegi buat bekam (cupping). Tah bila nak ilang tah benda nih. Esok kalau pegi mandi kat PD mesti orang kagum tengok.
selain aku, ADLY Kazuecerro & SHAMSUL SKATE pun buat gak.

Read More...

Thursday, November 9, 2006

Saya bengang dengan kucing jiran saya.

Argh! cuti dah start. Suram jer cuti ni. Biasala lepas exam. Kalau happy maknanya exam senang, tapi... Cuti nih tak tau nak buat hape selain duduk memerap depan PC sambil menggunakan Windows punya calculator nih kira disk space yang tenat. Mampu ke aku beli HD baru? Duit sudah ketiadaan. Nak beli diibuidii pun kena korek tabung ayam. Loan next sem? kirim salam. Ape aku buat cuti nih? Aku...
  • Macam biasa la. Hello! Project. Every second.
  • Habiskan belajar katakana. Baru lesson 17/20. Lepas nih belajar hiragana. Hiragana adalah tulisan yang direka oleh orang Jepun buta. Main conteng jer. Dah abis dua nih baru la nak beli dictionary satu.
  • Jogging. Jogging pada istilah saya ialah bercakap nak jogging setiap hari tapi tak jog pun.
  • Main game - Aku beli NFS Carbon tetapi PC tak mampu nak menghasilkan graphic yang optimum maka dengan kecewa aku delete balik. Baik aku save 6GB space buat save benda download. Tapi sekarang aku main Theme Hospital. Layan walaupun dah sedozen kali aku main benda tu.
  • Update benda blog nih.
Wooo. Awal bulan depan Papaku akan mengerjakan haji (lagi). Tapi kali ini aku akan tinggal bersama ibuku. Last time dua tahun lepas aku tinggal sorang-sorang best gilu (aku pakai gilu sebab bosan dengan GILER, GILOS, GILAK) Gilu = Gila + Ngilu. Waaa saya mau mintak duit lebih sebab mau pergi disko & umah urut. Ahaha. Aku nak beli baju T idaman yang berharga RM200++ ooooo mana ku mau cari duit?


DEWA KAMEI tolongla saya!!!

Read More...