Showing posts with label Friendster. Show all posts
Showing posts with label Friendster. Show all posts

Tuesday, March 14, 2006

Alone in The Dark Part II: Study Week

Hoooo Yeahhh!
Next week, Monday, 9 o'clock in the morning. I'll be sitting at table number 502, making beautiful shapes of letter "L", answering Laplace questions of Differential Equations final exam question. The most important thing to remember during exams at UNITEN is to wear clothes more than the government had ever donated to the Tsunami's victims in Acheh. SInce the exam will not be conducted in classes but at the university's refrigerator. (RIFURIJURETA as pronounced by Kamei Eri in Hello! Morning ep. #265). Also not to forget some knife and plastic bags to cut and bring home some meats (refrigerator, remember?).

I'm currently on study week, no more classes, no tutorials except maybe one or two. Today's tutorial attendance: 2/35, me & Giant. And we have made a special bond to the lecturer, the three of us get "alung" together. Okay, a message to any alien out there, if you want to adopt me, you can find me at IKAL building, the one opposite the library.

The Uniten's library Facts during Study Week


  • Couples everywhere - This is the best time to know your partner. Do not study, just try making and "controlling" the most "machomest, hensemest, bergayamest, kawaiiest, cutest cantiksekalikest" face you never made before. Marrying the person next to you is very important that it will be asked in the mathematic paper. And try not to korek your idung.

  • For singles: Girls please laughing as pontianakest as you can to attract the opposite sex. Guys please make sure you act like you know everything and act as hardworking as you can. Please put your handphone, car keys, and wallet on the table so everyonegirl can see. Tear up old newspaper and fill it into your wallet to make it thick.

  • Akak potostat became our bodybuilding athlete - Turning pages of past exam questions 73,433,533,221,434 times. Kesian akak nih pagi tadi aku pun potostat kertas soklan. Mata merah, demam.

  • The staff at the frontdesk next to the entrance to the inner library had a cramped neck since he had to check for students ID and shoes.

  • The 5th floor (reserved collections) just below the exam hall is filled with students. A miraculous phenomenon next to UFO sightings.

  • Akaks cleaner working overtime to clean up stuffs and shits. Akaks cleaner are the most powerful figure everywhere in Malaysia since they have the power to enter restrooms that have sign with no skirt.

Read More...

Saturday, January 14, 2006

arkk tanak masuk situ lagi dah...


Hari ini hari Ahad, aku ada test kat library.

Macam biasa sebelum masuk exam hall aku akan berjumpa dengan academic advisor aku, Dr. Tan Das dekat tingkat 6 library tu untuk mengosongkan tangki septik. Malangnya tandas semua penuh (ntah... semuanya tutup aje). ada satu terbuka tapi takde lock. Aku masuk jamban mesti kena ada privacy, tamau guna pee bowl tu, pengalaman lepas ada orang usha macam takde sendiri punya. Lagipun di tandaslah kita mengenal diri kita sendiri.

Maka aku pun teringat nak masuk tandas orang cacat. Memang dari dulu aku suka masuk tandas orang cacat; luas & bersih. Banyak palang-palang besi. Kalau nak practice gimnastik dalam kategori uneven bars, ala yang banyak palang-palang tu la...

Bukak pintu, masuk, masa nak tutup aku perasaan yang tombol sebelah dalam dah tercabut. Yang tinggal lock dia aje. Lock dia bukan jenis selak cam biasa tu tapi mekanikal yang jenis pulas tu. Aku test boleh lock. Aku pun meneruskan aktiviti sihat aku tu. Dalam masa air mencecah bowl tu aku terpikir, betul ke pintu tu elok? Rasa tak sedap hati aje.

Dah siap kerja aku pun pulas la lock tuh, pulas punya pulas, besi lock dia tak gerak-gerak dari initial state-nya iaitu berkunci. TIDAKKK!!!! aku terkunci dalam jamban....

Aku yang baru lepas terkucil, berasa nak terkucil semula atas beberapa sebab.

1. Exam lagi 10 minit tapi aku terkurung dalam jamban.
2. Kalau nak telepon pak guard, henset aku takde airtime walaupun balance ada RM84.34 (status jam 10 malam 15/1/2006)
3a.Nak jerit mintak tolong rasa segan walaupun emergency nih.
3b. Nak jerit mintak tolong kena pakai English ke BM? Kang foreigners ingat ada orang buat projek plak kat dalam jamban. (tolong... tolong...).
3c. Nak jerit mintak tolong tapi risau akan menjejaskan kualiti vokal. Memberi tekanan pada anak tekak dan pita suara.


Dalam masa kurang 20.34 saat, liang-liang roma merembeskan peluh. Hormon adrenaline memancut-mancut keluar. Pusing-pusing lock tu yang tak gerak dia punya besi (tombol pintu nih rosak kat sebelah dalam). Arrrgghh!! panik. Nak nangis pun ada. Dengan sekuat hati aku hentam pintu tu dengan bahu aku, first time buat rasa takde harapan. Pintu dia dahlah besar semacam, padat dan padu serta berat. PRAAKKK!!! second time aku hentam terbukak jugak. Tak taula bunyi ape yang patah, yang penting aku selamat... habis semua lupa dah.

moral: kalau pintu tu dah rosak jangan gatal nak pakai main kunci aje...


Petikan UTUSAN MALAYSIA, Selasa 17 Januari 2006.
"Seorang artis popular ditemui separuh mampus kat dalam jamban di U kat mana dia study sekarang. Dia dipercayai terkurung kerana kerosakkan pintu tandas ketika menghadiri ujian pada hari Ahad yang lepas. Mangsa ditemui oleh seorang cewek cleaner yang bertugas pada hari Isnin."

Read More...

Wednesday, January 11, 2006

Berikanku Sedikit Ruang! Part III : The Return Of The King

Ahh syahdu sungguh hari ini, awan mendung memberikan ketenangan di seluruh sudut hatiku, tak pernah ku rasa lapang, indah bak melodi arowana berenang-renang terperangkap empat penjuru kaca akuarium, menangis dalam air tanpa disedari manusia yang indah tertawa dengan muka seposen ikan arowana tu. [tak larat tulis ayat jiwang dah. baik aku tulis surat jiwang kat aweks (perhatikan terdapat huruf "s" pada ejaan awek)].

ayat ringkas: Hari nie. beli. harddisk. 160GB. takde duit nak beli yang besar. total space 360GB. sekian.

Keriangan sungguh aku hari ini kerana tak perlu lagi memikirkan, mencari-cari sudut-sudut yang sudi pabila memuatnuruni bait-bait baru.

Keriangan diriku sejak tamat pemasangan ku menari-nari classical ballet tanpa kusedari ku tak menyarungkan kasut ballet pink kegemaranku.

heh aku kena buang floppy disk drive sebab takde ruang nak skru besi nih. Kesian kat beberapa keluarga serangga yang kehilangan tempat tinggal yang hangat dalam PC aku. Apa nama binatang nih? angkut-angkut ek? ala yang buat sarang dengan tanah tu. Kat umah nenek aku kat Itali ade jugak tapi spesis lain, dia pakai simen, tak pakai tanah.

Ok bye, aku ada banyak test dalam seminggu nih.

...Akhirnya, cincin itu berjaya dileburkan daripada jatuh ke tangan Sauron si jahanam... end of trilogy.

Read More...

Saturday, December 31, 2005

Nineteen!

Happy new year! Kalau 20 tahun lepas, time nie mesti aku dah tido. Tapi tak untuk hari ini. Sekarang nie baru aje 2jam 10minit dalam tahun 2006. Aku tak tido sebab ada hal yang cukup mustahak. Iaitu menunggu habis download.

Aku mendownload persembahan terakhir Morning Musume untuk tahun 2005. By the time aku siap download, aku pasti diorang pun tak salin baju persembahan diorang, tengah makan-makan
aftershow punya party. Persembahan baru ajer lepas beberapa jam tadi tapi dah ada orang uploadkan dah.

Apa yang special ialah 19 members Momusu buat persembahan sekali, satu lagu - Love Machine. Love Machine adalah lagu Momusu tahun 1999, adalah merupakan single Momusu paling banyak terjual iaitu sebanyak 1,646,630 unit <- Biar aku tulis biar nampak banyak, satu juta, enam ratus empat puluh enam ribu, enam ratus tiga puluh unit. Love Machine juga adalah single ke 7 daripada 28 buah single yang pernah keluar. Single ke 29 akan keluar pada 15-03-2006.

Dalam persembahan tadi, 8 daripadanya ialah anggota yang dah graduated, 1 orang bersara mengejut dan 10 lagi current. Bukan selalu dapat tengok gen 1 sampai gen 7 buat persembahan sekali. Yuko Nakazawa yang 30 lebih tahun pun nak join jugak, pergi masjid la makcik.

Sebenarnya aku lagi suka kalau member-member lama nie still ada dalam group nih sebab diorang nih lawak-lawak dan lebih ceria. Yang baru-baru nie lebih kontrol cun. Yang betul-betul lawak pun tinggal Kamei Eri aje. Kalau dulu ada budak cute yang lawak, Aibon & Nono; si rendah yang ceria, Yaguchan; leader yang lawak dan tinggi, Kaorin; Nacchi yang murah senyum dan Rikachan yang konon-konon cute tapi asyik kena hentam.

Ok sekian terima kasih untuk HAROMONI NEWS, NEW YEAR SPECIARUUUU!!!...

Read More...

Wednesday, December 28, 2005

Hari Hujung Tahun Yang Berasap!

Yay! Dapat jugak aku rileks akhirnya. Hari ini ialah hari yang penuh cabaran. Darah naik kepala dengan kadar pengepaman yang tinggi yang mampu menjadikan aku menghidap darah tinggi. Minggu nie pun dah start dengan masalah loan (waaa harddisk!). Pastu tiba-tiba dapat tahu kena hantar proposal projek yang due dia dah tamat 2 hari lepas!

Maka pagi hari ini aku bangun jam 4.30 pagi - terlajak tido 2 jam, ntahmacammana jam tak bunyik plak. Dengan kadar segera aku menaip non-stop menyiapkan proposal tersebut. Dapat jugak siap daalam masa 2 jam. Pepagi buta aku dah menaiki tangga kat BN <- nie nama blok kat uniten kalau tak tau; nak menghantar proposal. Tiba kat bilik lecturer ada pulak format proposal dia tampal dekat tingkap. BANYAK PULAK TU! keringat mengalir tanpa kusedari. Air garam galian juga hampir-hampir terbazir begitu saja melalui tetingkap mataku.

Lepas ajer kelas pagi tu terus aku menaip non-stop balik. Pastu lepas solat Jumaat sambung balik dengan kadar tergesa-gesa. Punya la laju aku taip sampai processor aku pun tak dapat mengira input-input yang dimasukkan dengan baik. Cerita bermula dari sini.

Tepat pukul 4 petang siap jugak proposal berkualiti tinggi daripada aku. Kalau aku lecturer dah lama kasi full mark kat student yang rajin macam aku nie (masalah due date dia 2 hari lepas!). Tepat jam 4 tu jugak hujan turun dengan selebat-lebatnya. Punyala lebat masa aku drive tu tak nampak hape benda. Aku memandu dengan membuka mata hatiku. Ingin juga aku memandu berdasarkan pantulan (macam kelawar) tapi hujan maka sonar aku tak 100% efisien.

Aku memandu dengan kelajuan 39.67 km/j. Wiper aku pula bergerak 73.2 kali ganda lagi laju dari itu. Manakala mulut aku tak henti-henti mencarut pada kadar dua kali ganda kelajuan wiper tadi memaki-hamun kat lori yang langgar lopak kat hiway kena kat windscreen aku. Mau pulak lori bawak babi yang percikkan air lopak tu, maka wajib ke atas diriku untuk menyamak kereta sepot aku.

Tak sampai suku jalan nak sampai kampus, tak hujan pulak, kering. Aku paksa jantung aku mengepam lebih banyak darah ke kaki kanan aku, meningkatkan kadar kelajuan kereta sepot aku dari 39.67km/j kepada 110,000 m/j, sambil menebalkan muka memotong RX-lapan, evo-lapan, Sakailain, dan pelbagai jenis kereta mewah (hanya boleh didapati di area Country Heights, Kajang).
Tekan brek, brek tak makan!! Brake basah sebab berenang kat lopak atas hiway (hiway kualiti rendah). Nak apply Advanced Parachute Braking System kat kereta aku nie, takut parachute tak dapat mengembang dengan baik sebab keadaan hujan.

Pendek cerita dapat jugak aku menghantar proposal yang meningkatkan kadar hyper-tension diriku.

Pulang ke rumah aku kemaskan katil sebab malam karang nak tidur seenak-enaknya. Ke tepuk-tepuk bantalku, untuk meningkatkan keempukkannya agar nikmat tidur dapat kucapai ke peringkat teratas duniawi. Ku tujah-tujah tilam katilku, ianya tenggelam bak menyedutku agar terus aku menyentuhkan tubuhku ke atasnya, keempukkan dan kelembutan tilam diibaratkan donut jenis "crunchy choc" Dunkin's Donut yang aku beli dekat Shell Sungai Ramal masa balik. [harga bagi seketul donut ialah RM 1.80, dua = RM 3.60, 3 = RM 5.40]. Aku harap malam nie dapat tido dengan lena, harap mataku dapat terpateri abadi tanpa memikirkan sebarang masalah dalam tempoh sehari dua nie...

Aku baca balik posting nih ntahhapehapentah motif aku tulis hari ni. Lantakla...
anyway; Happy New Year!


Read More...

Friday, December 23, 2005

Berikanku Sedikit Ruang! Part II

Ishh sedih betul dengan keadaan diriku sekarang ni. Hidup aku menjadi malap, kurang ceria dan diselubungi awan mega mendung yang terpilu. Jantungku sentiasa berdebar-debar. Peluh jantan sentiasa mengalir. Dan acap kali juga romaku menegak. Semuanya disebabkan hanya pada satu keadaan - hard disk space yang tenat. AMBOI..!! (satu penggunaan bahasa yang salah untuk menggambarkan jeritan ketensionan).

Ketaksuban diriku terhadap Momusu mengatasi segala-galanya. Aku sanggup delete apa saja file yang aku telah simpan berkurun lama dalam harddisk untuk memberi ruang kepada video Momusu. Masalahnya aku suka simpan file berkualiti tinggi macam Vob (DYD),fail video avi yang besar contohnya dengan resolution 1024x768 (vcd = 320x240) dan HDTV 1080i punya saiz. Tak sampai sebulan lagi aku mungkin kehabisan ruang dan fail selain MM. siyel. Setiap kali bukak site torrent dan jumpa file MM baru, kena kira dulu harddisk space yang tinggal. Kalau tak cukup, kena pilih file-file yang perlu didelete. File yang dipilih pula perlu dinilai sama ada aku perlukan dimasa depan atau tak.

Sepintas lalu :

file terbaru didonlod: Morning Musume Fanclub Tour Hong Kong (2.09GB)

file tengah donlod: H!P Winter 2004 C'mon Dance World - Natsumi Abe graduation concert (1.22 GB)

mp3 tengah donlod: X-Japan - all album (3.15GB)

latest mp3: Kasih - Broery Marantika (member kasi 2 minggu lepas)

Nak tunggu PTPTPTPTPTN ntah bila la nak dapat. Ntah dapat kadar bantuan penuh tak tahula memandangkan keadaan aku nie mungkin dapat kadar sebahagian. Namun apak ku sudah pencen - itu aja harapan yang dapat menyedapkan hatiku. Oii! kasi la lebih. Mana aku nak cekau duit nak beli harddisk satu terabytes ni?? Dan mana aku nak cekau duit nak bayar tuition fee yang harga satu sem boleh beli sebijik motor? Benda-benda nie la buat aku menjadi super hyper tension + blaja yang ntahhapehapentah.

Nampak banner kat atas sekali tu? Heh tak lawa sangat pun sebab aku kurang pandai pakai photoshop ni. Just main-main aje. Kalau di reload page ni, banner ni akan bertukar. Maka kalau rajin, reload la banyak-banyak kali.

Hardwork, Progress, A Beautiful Star! - Motto yang aku pegang sekarang. Memang betul apa yang ada kat motto tu, kerja keras yang menampakkan kemajuan akan memajukan kita lantas menjadikan kita seorang insan yang berguna. Tapi yang realitinya motto aku ialah "Tido, Sedap, Trus Tak Blaja!".

Motto nie aku amik dari lirik lagu Souda! We're Alive! dari siapa lagi kalau tak Momusu (wahahahaha padan muka korang). Lirik asal dia berbunyi "Doryoku (effort), Zenshin (progress), A Beautiful Star". Ada lagi rasanya lagu nie kat radio blog aku yang malas nak update tu.


Read More...

Wednesday, December 7, 2005

Satu Permulaan yang Baik!

~ Part One ~
(kalau malas skip ke Part Two terus)

Percaya atau tidak 4-5 hari lepas aku baru menamatkan penontonan semua episod dalam satu siri drama Jepun. Itulah aku pertama kali tengok cerita drama Jepun dari episod 1 sampai habis. Kalau cerita Korea ada gak tengok sampai abis. (sorilah aku masih cerita pasal benda-benda berkaitan Jepun nie, takde benda nak citer).

Cerita nyer bertajuk "MINIMONI - The Brementown Musicians". Cerita ni bukanla cerita cinta-cinta yang hero dia muka jambu dan heroin dia muka Barbie. Cerita ini... erm cerita ini... yerla yerla ini cerita budak-budak sebenarnya. Cerita pasal pengajaran dan takde cinta-cinta dalam dia. Aku budak kecik yang terperangkap dalam badan budak besar jadi tak salah la aku tengok. Minimoni nie subgroup Momusu (adusss). Terdiri daripada 3 anggota Momusu paling rendah + sorang minah mixed Jepun & Mat Saleh. Target dia bebudak ler...

Secara pendeknya cerita nie ada 12 episod, terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama berlaku dalam tahun 2004 dimana pelakon utama dia Takahashi Ai (peberet aku nih!), pastu bahagian 2 tahun 1974, lead dia Tsuji Nosomi dan bahagian terakhir berlaku dalam era lepas perang, tahun 1949, lead dia Kago Ai.

Cerita dia start terbalik iaitu dari tahun 2004 pastu baru la dia cerita asal-asal dia. Cerita dia pasal sorang Tuan Muda nie gado ngan mak bapak dia, sebab bapak dia sembelih ayam kesayangan dia (serius, tak tipu). "Hina" (Kago) orang gaji baru kat rumah tu, dialah menceriakan keadaan sampai family nie kembali ceria. Sempena birthday, tuan muda tu nak persembahkan la kat mak bapak dia satu persembahan harmonica dengan si "Hina" nie. Tapi si Hina ni ada hal jadi dia balik lambat sedangkan bapak tuan muda nie nak cepat sebab ada kerja. Tuan muda tu pun mainla dulu tak tunggu Hina pastu dia mati sebab sakit jantung.

Maka roh tuan muda tu jadi restless sebab sampai dia dapat main harmonica dengan sapa-sapa pun baru dia boleh mati dengan tenang. Hanya loser ajer yang boleh nampak hantu ni. Hina tadi mulanya loser tapi mak tuan muda tu dah anta pergi sekolah jadi dia tak nampak dah. Pastu rumah tu ditinggalkan.

Bahagian 2, tahun 1974 adalah minah nie, "Neko" dia nie kira glamor la. Tiba-tiba dia jatuh cinta dengan lagu-lagu Polka, terus dia jadi loser. Dia dengan 2 lagi loser nak buat band polka nie. Satu hari diorang pergi la praktis kat rumah tinggal tu. Pastu jumpa hantu tu, dan diorang ajak masuk band diorang sebagai pemain harmonica sedangkan dia hantu. Last sekali ada insiden yang menyebabkan 2 loser tu berubah jadi winner plak maka tak ada la band polka tu. Tak dapatla hantu tu nak main harmonica. Melepas la jua.

Bahagian 3, tahun 2004, "Donkey" baru pindah kat rumah tu, pastu dia jumpe hantu. Dia dapat assignment buat lakonan jadi dia nak buat persembahan harmonica dengan hantu tu. Tapi akhirnya tak dapat jugak (malas pulak nak cerita).

Akhir sekali, Hina yang dah tua nak buat rumah tu jadi muzium harmonica (Hina nie dah jadi pemilik syarikat pengeluar harmonica terbesar). Masa birthday dia pergi la kat rumah tu sorang-sorang main harmonica, pastu Donkey ngan Neko kebetulan lalu situ terdengar, lalu 3-3 perempuan tu main harmonica. Pastu hantu tu muncul dan dapat la dia main sama-sama... happy ending.

Walaupun cerita simple tapi diorang tetap pandai main emosi dan lain-lain lagi. Ending dia, memang best tapi aku taknak cerita. Nak tengok download, tak nak sudah, aku tak rugi ape-ape, cuma aku menjadi lebih ceria menonton hehe.

~ Part Two ~
Siapa student Uniten mesti tau Imrish Cafe yang agak baru dibuka tu. Terletak kat bekas Deli Cafe yang dah bangkrupt sebab Bangla yang kuat speaking tu dah tukar jadi orang Arab. Cafe nie terletak kat sebelah Koperasi tu le...

Aku nak bagitau makanan dia sedap-sedap sehingga para pelakon siri Doraemon; Nobita, Gian dan Senyo pun sarapan kat situ. Muahahaha kalau nasib baik boleh jumpe Doralin ngan Shin Chan sekali. Gian suka makan mee kari, Senyo suka makan ape saje mee yang ade.

Aku nak bagitau yang makcik jaga kaunter tu seorang YANG KECCHOHHH ARRR!!! <- Balas dendam nie... KECOH ARRR DIA NIE.... muahahaha tak puas hati aku. Lawak betul dia nie dengan muka seposen dia.


Read More...

Sunday, November 20, 2005

Yatta!

Yatta - maksud dia ialah "all right" atau "we/I did it" merujuk kepada satu dua website. Aku tengok variety show Jepun (dari torrent) diorang suka sangat cakap benda nih.

Aku hari nie nak cari la maksud dia, dan aku jumpa beberapa fakta menarik seperti;
1- "YATTA!" is a 2001 song by a Japanese fictional band called はっぱ隊 (Happa-tai; literally "Leaf Squad" Japanese
2- The song went triple-platinum in Japan within a number of weeks. While the song was intended to be
humorous, the Internet audience in the United States generally assumed
it to be earnest, probably due to the obvious work that went into the special effects in the video.
3- The song and video have since been used as a web culture in-joke on many different websites

Pendapat aku plak;
1- Nampak gambar lelaki pakai underwear ada daun tuh? Macam tu jugakla diorang buat persembahan live diorang. Diorang glamor sampai dapat buat persembahan kat USA.
2- Dance-step diorang, lirik memang lawak gila, sempoi dan berani. Nak pengsan aku gelak tengok diorang menari.
6- Lead singer macam selalu tengok, dia selalu jadi pengacara sekarang.

Amaran:
4- Dengan pakai seluar dalam macam tu, ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Nanti ada pulak yang tanya, "Daddy... uncle tu taruk ape dalam seluar kecik dia??".
5- Tidak sesuai ditonton oleh lelaki gay dan transvet <- nie apedaa susah sangat nak eja.
6. Tidak sesuai ditonton ketika makan kerana para penyanyi tak trim bulu ketiak.

aku rekomenkan untuk menghappykan suasana anda.


Read More...

Thursday, November 17, 2005

A Whole New World/Me/Whateva la

Nie aku nak tulis panjang-panjang. All in one.

~ Intro ~
Dekat sebulan jugak la aku berasa malas nak blogging nih sebab aku mengalami tekanan mental yang melampau. Aku tak tahu samada aku dapat habis dip nie ke tak... semuanya bergantung kepada result final sem aku. Penatlah buat diploma selama 3.5 tahun dimana 0.5 tahun terakhir tu adalah semester tambahan mengincreasekan ability dan kematureran diriku ini. Ehe!

Raya pun macam tak raya sebab kecuakkan menunggu result yang melampau. Hari Raya? Apa tu Raya? Siapa aku? Dimana aku? (sambil mengira berapa banyak jari yang aku ada)

~ Hari ini ~

Khamis 17/11/2005, 1030AM ;-- ala ala diari la konon.

"Broom Brooommm!!! Pinnnn Pinnnn" ehe! bunyi motor poslaju datang. Bunyi yang sememangnya aku tunggu-tunggu. Hampir-hampir aku keluar ikut tingkap bilik tapi dah 21 tahun aku tinggal kat rumah tu, aku tahu memang tak muat punya aku keluar ikut tingkap. (AMARAN: AYAT JIWANG DIBAWAH!)

Tatkala aku membawa diriku keluar pintu rumahku, syurgaku... Ku terlihat seorang posmen yang terhensem di alam fana ini... syurga telah kehilangan seorang malaikat... Gugur hatiku melihatmu abang posmen... oh abang posmen...

heh sebenarnya abang poslaju gemuk hitam (cam kembar bob AF2) tu jugakla. Dia jaga area umah aku nih bagi Poslaju, Posmen biasa orang lain. Kat tangan dia aku nampak surat besar yang aku penah dapat 3.5 tahun dulu.

"Memang tunggu surat ni ke dik," abang posmen sempoi tu tanya. "A'ah, thanks la bang, Selamat Hari Raya," aku jawab sambil menandatangani (sain) surat tuh.

Dapat dah borang registration UNITEN tu. Untuk pengetahuan, dalam masa 5 jam selepas tu,
(1) aku telah mengisi semua borang tu (tidak termasuk ada part yang mak aku tulis),
(2) aku pergi gunting rambut nak amik gambar,
(3) aku telah pergi ke UNITEN jumpe akak kat kaunter Pejabat Pendaftar confirm aku lulus ke tak exam. (tahukah anda, orang yang jaga kaunter tu tak pernah sama),
(4) Mintak sain saksi, aku mintak kat Asst. Registrar, malas nak jumpe magistret mahupun Justice of Peace (JP) macam aku pernah buat dulu,
(5) Draw duit dari Tabung Haji yang bilangan customer dia ramai gileeeerrrrrssss (a lot),
(6) Buat money order nak register kat Pejabat Pos,
(7) Amik gambar ukuran pasport,
(8) buat medical check-up & X-ray (staff jaga x-ray memang cun, segan aku bukak baju tadik). lupa plak,
(9) aku ke opis YTN dan hampir nak register secara online tapi result tak dapat lagi dik...

Suma dah siap tinggal nak seterika baju kemeja Gucci, dan polish kasut Christian Dior aku ajer, Tali pinggang Armani dah ade dah. Mercedes Benz esok nak pergi sewa. ehe!

Aku lunch pukul 6 petang. Aku memang suka buat kerja cepat-cepat melainkan assignment/homework/balas testo kat FS.

Daddy aku telah start bagi lecture supaya belajar (alahai...) dia suruh jadik successful macam dia, (ini bukan nak berlagak tapi sebagai idola - jadikan mak bapak anda, idola anda). Bapa kepada daddy adalah seorang tukang kebun/imam surau. dan daddy aku selalu cakap;

"You must be very successful, I'm successful. My father is a gardener who don't even cares about my education. Now I'm a ****** ****** officer. You should be more successful than me man!"

FYI, daddy aku kalau bagi semangat mesti speaking punyala. Kono la eden menahan, tapi ade betulnye....

Cukup ar tuh taknak ar citer pasal study nih.

~ Aku yang debab ~
Sepanjang cuti nih semua anggota keluarga kata aku debab, tang pipi dengan bawah dagu, aku ada 5 lapis dagu ehe! (lemak). Aku kata kat mama aku dapat borang UNITEN nanti nak start jogging la... Maka besok pagi (15/11) aku akan start jogging pada pukul 6.30 pagi (untuk pengetahuan aku tiap-tiap hari bangun pukul 5.30 pagi sebab rumah aku adalah kem tentera. (daddyku seorang soljar).

Pipiku tembam, dan aku tergelak nonton gambar pasport baru siap tadi. Menurut medical check-up siang tadi, dengan tinggi dan beratku sekarang, aku masih berada dalam tahap normal dalam BMI [body mass index, berat(kg)/tinggi(meter)xtinggi(meter)]...

Ok kepada adik-adik peminat bolehla menunggu sepanjang jalan utama Taman Koperasi Cuepacs sebab tu memang route jogging aku sejak azali lagi...

~ Bahasa Jepun ~
Sejak sebulan setengah yang lepas dimana aku start mengumpul video-video Morning Musume termasuk variety show diorang aku minat pulak dengan bahasa ni. Antara perkataan terawal yang aku belajar ialah;

i - sugoi; maksudnya hebat kalau impressed dengan sesuatu cakap nih.
ii - kawaii; ini ramai yang tau maknanya "cute". Boleh dicakap pada banyak situasi dimana ada objek cute seperti:
1- ada jumpa budak kecil cute
2- ada gambar hello kitty kat henset korang
3- ada nampak bunga kat taman
4- ada nampak budak pakai cermin mata bawak Kancil warna biru
5- ada nampak gambar arnab warna putih atas panties perempuan warna pink
6- cakap ajer bile-bile
iii - kowai; scary, guna bila ada benda seram atau dalam situasi seram
iv - yatta; maksud dia "I did it" cam tu la

kalau salah tolong betulkan sebab aku baru nak belajar. Nanti dah pandai sikit aku cakap Jepun dengan Mizuchi-sensei & Fuad-sensei. Watashi wa Aspa desu. banana o-hitotsu kudasai. (eeehhhh???? sugoiiii!!!)

~Morning Musume~ (skip kalau taknak baca)
Heh hidup aku lebih ceria nonton video diorang, lagi-lagi dalam rancangan Utaban dimana 2 pengacara lelaki dia memang lawak gilerrrrsss. Ada yang ada english subtitle, yang takde pun lawak jugak. Dah dekat 100GB aku kumpul. Tak cukup harddisk, aku burn video-video Alizee masuk CD-R, tak layak dah dia ada dalam HDD aku. habis madu sepah dibuang. Aku juga telah tulis artikel pasal MM nie untuk Jiwang.org, boleh klick bawah nie kalau nak baca.

Morning Musume: Kumpulan Wow! Jepun

Kepada yang anti MM, atau tak suka girl groups or whateva lantakla korang. Seperti kata pujangga, aku la tu; Lain Orang, Lain Style. Aku minat lagu-lagu yang boleh buat aku happy, antaranya lagu kiddie macam lagu sesame streets ke, PP Girls ke, sebab tu la aku layan MM, tak pening kepala.

Antara video (short clips) yang menjadi pilihan untuk posting kali ini (streaming alright, no broadband, no, can't do)

Morning Musume watches clip from The Ring
- dalam talk show nih, Makoto Ogawa cerita pasal dia tengah tengok The Ring, pastu dia tertido, pastu dia mimpi yang Sadako keluar kat TV dia, dia terjaga, TV kat depan dia, pastu dia tak dapat tido sebab dia ingat betul-betul. Semua member MM dan cuak giler dan pastu monitor depan dia....(sila tonton)...
Mari Yaguchi punyala cuak sampai nangis. Dia juga terkencing dalam seluar dalam rancangan tu (aku tambah bagi best ajer).

Kamei Eri Leg Trick - Dalam Utaban (rancangan yang pengacara dia memang lawak samdol skit). Ntah hape ntah Kamei Eri jalan tak betul skit. perkataan paling sesuai ialah kawaii kepada pengacara tu... ape nama dia ntah, taka-san ajerla

New Single Video Clip - Single terbaru MM, baru keluar 9/11 haritu, Chokkan 2: Nogashita sakana wa ookiizo

ok bye!

Read More...

Friday, October 7, 2005

Good Morning Musume!

Yeah! Aku buat satu post special kepada group yang baru aku obsessed sejak dua hari lepas iaitu Morning Musume. Morning Musume nih kumpulan dia agak pelik sikit sebab terlampau RAMAI! Lepas tu ahli kumpulan nih tak kekal. Bila tiba masa, ada anggota akan 'graduated' dimana dia boleh pergi solo plak. Ahli baru masuk melalui audition.

Pada Mei 2005, anggota kumpulan nie tinggal 10 orang ajer iaitu dalam generasi ke-7. Paling banyak group nih cecah ialah 16 orang. Aku minat time diorang ada 15 & 14 orang (generasi ke 6 camtu la, tahun 2003- awal 2005) dan kebanyakkan lagu dan video yang aku minat ialah dalam generasi nih. Lagu diorang banyak dalam rentak rancak dan happy.

Baca sini cerita lagi panjang pasal Morning Musume.

Top 5 Morning Musume favourite aku:

Ai Takahashi: Minat betul tengok dia senyum, style dia. Ada kesan pakai
bracers-kah dia nih?

Eri Kamei: Senyum besh gak, manja gedik skit. Pastu
yang besh tang gigi taring satu tuh!

Sayumi Michishige: Supa-kawaii.
Gaya dia memang besh. Time Tour kat Hawaii '04 memang syiok tengok dia menari. Taik lalat kat dagu.

Asami
Konno: Mulut unique sebab bengot skit. hehe bibir dia tajam la. Cuba menarik perhatian dengan gaya budak kecik.

Hitomi Yoshizawa: Gaya macam matured sangat. Tinggi pulak tu.Tapi lahir tahun '85. Suara kasar tak macam yang lain ala ala Nobita-Doraemon. Dagu kecik. Sempoi. Sekarang jadi leader.

Read More...

Monday, October 3, 2005

Berikanku Sedikit Ruang!

Harddisk space aku dah nak abis. Aku baru tersedar tadi semasa nak download file-file baru. Selalu semua sumbat kat temporary folder kat drive C: supaya dapat aku bezakan file-file baru dan lepas tu barulah di sort kan ke folder-folder yang bersesuaian.

Tanpa fikir panjang aku terus nak pergi The Mines angkat CD-R nak copy semua movie file. Time nak pergi pulak hujan start nak turun. Apa sangat yang nak diburn? Whose Line Is It Anyway 3 seasons dah 10GB tu kena masuk CD. Dexter's Laboratory 2 seasons pun kena jugak. Total nanti adala dalam 16GB (aha kita belajar sebut Gigabytes ari nih yek). Walau pun poket ku kering. Kena la jugak beli. Nasib baik besok puasa.

Cadangnya nak beli harddisk baru tapi atas sebab-sebab teknikal terbantut la niat tu. Total space ada dalam 200GB. 1/4 daripada tu (which is 50GB) adalah video file Alizée sahaja. Whoh akula tokan di Malaysia ini wakwakwak.

Nie ada 3 GB on the way dari Jepun. Ni OG la nie introduce kat Morning Musume pulak. Giler ada 15 supa-kawaii girls menari in-sync dalam video clips diorang. 1.5 GB adalah koleksi mp3-mp3 diorang, lagi separuh tu pulak DVD rip concert diorang plak. Walaubagaimanpun, dah terlambat dah nak meminati diorang nih sebab banyak anggota diorang dah tinggalkan group ni. Ala sedangkan Alizée yang beranak tu pun still minat lagi kan. Nih ada biodata (x15) diorang. Klik sini kalau nak baca . Aku minat yang mulut bengot-bengot skit. Tapi kat dalam video jer bole tahu yang mana satu ehe.

Okla. Nanti-nanti la pulak. Lepas exam ke. Good luck kepada bebudak Uniten yang terbaca blog ini. Wek!

Read More...

Friday, September 2, 2005

I Hate Kenduri Kahwin


I swear by my left slipper jamban that I will not attend any kenduri kahwin invitations of family's friends. Everytime I attend any kenduri kahwin, I will hear the same dialogues over and over and over again.

Auntie: Ee eeii dah besar dah dia.
I usually say: Heeee.... peace!
I should say: Ya lah. Of course I've grown up. I've watched Ripley's Believe it or Not, Guiness World Records and that kind of stuff and I never know that men can become younger or smaller. If I can, you can expect to see me as a baby attending a wedding reception.

Auntie: Kerja apa? Belajar lagi?
I usually say: Ha'ah heee... peace!
I should say: Both I'm a student and I'm a serial killer.And you're in my list.

Auntie: Anak makcik pun belajar kat .... jugak.
I usually say: ye ke? heee... peace!
I should say: Pedulik hape aku. Macam aku pernah jumpe ajer anak awak.

Uncle: Eh, lama tak jumpa.
I usually say: Heee... peace!
I should say: WTF! I don't know you. You are the one who hit my car and ran away right?

Auntie: Berapa anak you dah kahwin?
My mom: 13 ;-for example lah
Auntie: Mine 25
I should say: Oi! my mom didn't ask you lar. Are you a newscaster?

Auntie: Berapa dah cucu?
My mom: 97 ;- also an example lah
Auntie: Mine 176
I should say: And you are the one who gave birth to the babies, right?

Come on, you can do better that rather than talking nonsense like that. Talk something useful. Do not try to compare me with your son/daughter. I got nothing to do with them.

Heee peace. do not get angry lar. Just something to think of.

Read More...

Monday, August 29, 2005

I Got Sunshine on a Cloudy Day...

Today my mother asked me to buy a chicken foldover after I've finished my Mandarin class at 9.30PM. So after the class had finished, I went to Mc D's which is only a few walks from the language center.

Then I saw the most beautiful girl in my life... oooohhhhahaha. The cashier girl, behind the counter. Busy and angry with the couple in front of me. I'm also almost lost my temper to the couple as they had a lot of questions asked to the cashier girl. I can't wait. She's fair, got a high cheek bone, short hair, white skin - transparent skin is better because I can see her blood vessels at her cheeks that makes her face pinkish all the time plus her lips is also pink in color. Her face... so 'masam' however maybe because she's under pressure or tired working behind that counter. She's a tomboyish looking girl. So angry with everyone. Saying hello to me like trying to tell a dog to shut up. Heh if she'd nicer to me, I'll ask for her phone number heh. But what the hell... she knocked the door to my heart - direct BM translation [jiwang!].
If I got spare money I'll buy a set of Mc Value meal and leave it for her... as a sign of love [OMG! it's the cinta pandang pertama].

But I'm I going to see her again? NO! Who am I compared to her... I got no money, I cannot afford to buy roses for her, I cannot call her all night talking jiwang-jiwang stuff. I don't have a big car to pick her up at her house... loser.

SHITT!!! I forgot to read her name tag!

p/s: Sial betul harga Big Mac naik 20 sen [sekarang RM5.00]. Lepas nih makan double cheese burger 3 bijik cukup ler. [RM 2.50 bukan promosi kan?]
3 x 2.50 + (3 x 2.50 x 5%) = RM 10.30

Read More...

Wednesday, July 27, 2005

Rabu ialah hari melepak

Hari ini hari Rabu. Aku takde kelas pada hari Rabu. Nak duduk rumah pun malas. Maka aku tetapkan setiap Rabu 9-12 aku duduk kat library. Duduk. Masa nak balik rumah ada pulak lawatan sambil belajar. Budak skola mana aku pun taktau. Adala dalam dua kelas kat lobby dengar penerangan pasal library UNITEN.

“Para pelajar sekelian…. Ini ialah Library UNITEN. Kami mempunyai ribuan buku. Selain itu kami juga menyimpan daging-daging, ikan dan ayam beku untuk kegunaan Food Court Uniten. Ini kerana kami mempunyai air-cond yang ultra-sejuk,” kata pegawai yang bagi briefing tu.

“Ketika ini, tidak ramai pelajar yang datang belajar kerana semester baru baru bermula. Hanya sebilangan pelajar yang sedang berusaha agar tidak ditinggalkan couple mereka sahaja yang ada.”

“Apabila tiba musim peperiksaan, kami juga bertindak sebagai hotel untuk para pelajar yang konon-kononnya study datang untuk menunggu panggilan telefon dari ibubapa mereka.” tambah beliau lagi.

Hello Samad
-Hello mak…
kat mana nih? tido ke?
-tak… tengah study kat library…

“Library juga menyediakan kemudahan internet dengan bilangan komputer yang sejajar dengan pelajar. Nisbah komputer dengan pelajar ialah 1:698. Para pelajar dikehendaki menempah komputer 3 bulan lebih awal.”

“Kami mempunyai banyak tandas untuk keselesaan para pelajar. Ianya amat bersih. Kami menempatkan seorang pencuci bagi setiap tandas. Sekiranya ada pelajar yang hendak ke tandas, para pencuci dengan segera masuk dan buat-buat cuci tandas. Paling tidak pun para pencuci akan meletakkan troli pencuci dipintu. Ini supaya para pelajar tidak dapat menggunakan tandas dan tandas kami sentiasa bersih untuk tatapan para pelawat,” tambah pegawai tu lagi.

Aku yang nak turun terus patah balik amik 4-5 biji buku tebal cam JAVA, HTML guide sedangkan aku tak pakai pun buku-buku tu ahaha. Saja nak berlagak kat bebudak.

“Lihat abang itu!” Jerit seorang adik pengawas.
“RAAAAJIINNNNYEEERRRR!!! WAAAHHHH…” sambut rakan-rakannya yang lain.
“Abang, boleh berkenalan…?” tanya seorang adik yang comel
“Abang, besarnya ototmu dilengan! kuat angkat buku laaa…'’
Hidungku membesar berlipat ganda tanpa disedari….


Read More...

Thursday, July 7, 2005

Bodoh at McDonald's


Before that…, yup I’m back. I’ve deleted the old contents because I got into a series of unfortunate events. heh.

Back to the topic. The 4th of July… the first day of the new semester…. I went to McDonald’s Bangi. After I’ve got my meal, I sat at a table next to a man in his mid-30 I think.

He got up to fetch some ketchup and leaves his meal on the table. Then one kid took his regular-sized coke and went upstairs.

When the man came back to his table, he got panic and start blaming the person sitting next to his table. And that person is ME!

“Air..?? Air aku… Air aku mana?”

“Hoi kau amik air aku ke?!!!”

- aaaa???

“Air … aku? Air aku hilang!!! er hello (calling the staff) Air hilang yer.. boleh ganti?” (asking for replacement)

Bastard betul la this guy. Can’t you be polite to other people? Main tuduh aje buat malu aku. I nearly choked to death with some french fries. Instead of “Hoi”, you can use “excuse me” or something more polite. How can a thief sits next to the person he stole from? Thank god I can control myself that time. Next time I’ll asked Nawal to belasah him.

Later, the kid came back with his mother. The kid was thinking that the man’s meal was his mother’s. And one full regular-sized coke went straight into the bin.

Read More...